Medal Peringatan Memel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahagian hadapan (kiri) dan bahagian belakang (kanan)

Medal Peringatan Kepulangan Memel (Bahasa Jerman: Die Medaille zur Erinnerung an die Heimkerhr des Memellandes 22. März 1939 atau The Return of Memel Commemorative Medal) ialah satu pingat kebesaran Jerman Nazi yang dikurniakan semasa zaman antara perang dan merupakan Medal Pendudukan siri yang terakhir.

Penghuraian[sunting | sunting sumber]

Didalam aksi tanpa pertumpahan darah yang terakhir, Jerman mengilhak Klaipėda Region (Wilayah Memel) daripada Lithuania pada 22 Mac 1939 selepas diberi kata dua lisan. Pada 23 Mac satu pendudukan aman di bandar dan daerah telah dilaksanakan oleh askar Jerman yang didaratkan oleh kapal. Kawasan ini yang terletak di utara Prusia Timur, dengan 160,000 penduduk, telah diserahkan kepada Lithuania selepas Perang Dunia I susulan daripada Pemberontakan Klaipėda dan Konvensyen Klaipėda tahun 1924. Bagi memperingati pendudukan tersebut, "Medal Memel" ini telah dizahirkan pada 1 Mei 1939. Ia dikurniakan buat kali terakhir pada 1 Disember 1940. Sejumlah 31,322 medal telah dianugerahkan.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Medal tersebut telah direka oleh Profesor Richard Klein. Sementara bahagian hadapan masih serupa dengan dua medal yang sebelum ini, bahagian belakang pula tertulis "Zur Erinnerung an die Heimkerhr des Memellandes 22. März 1939" (bagi memperingati hari kepulangan Memelland pada 22 Mac 1939), dikelilingi oleh kalungan daun oak yang menggantikan slogan Parti Nazi. Anugerah tersebut dikurniakan kepada anggota tentera, politik dan orang awam yang telah terlibat dalam pengilhakkan Memel kepada Jerman.

Medal ini telah dicelup dengan pewarna berserta kemasan gangsa dan dipakai disebelah kiri poket pakaian seragam. Medal ini digantung dari riben putih dengan jalur hijau ditengah dan dua jalur merah di kedua belah riben, melambangkan warna bendera Lithuania Minor.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

.