Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu
Kuala Namu International Airport

Bandar Udara Internasional Kuala Namu
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
PengendaliPT Angkasa Pura II
LokasiKota Medan, Indonesia.
Peta
Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu is located in Bumi
Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu
Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu (Bumi)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu adalah sebuah lapangan terbang antarbangsa (atau "bandar udara internasional") untuk kota Medan, Indonesia. Lokasinya merupakan bekas areal perkebunan PT. Perkebunan Nusantara II Tanjung Morawa, terletak di Kuala Namu, Desa Beringin, Kecamatan Beringin, Kabupaten Deli Serdang. Kuala Namu akan menggantikan Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia yang sudah dibina sejak 1937 lagi. Apabila selesai dibangunkan, Kuala Namu yang diharapkan dapat menjadi lapangan terbang pangkalan transit antarabangsa untuk kawasan Sumatra dan sekitarnya, akan menjadi lapangan terbang terbesar kedua di Indonesia setelah Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.[1]

Latar belakang pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pemindahan lapangan terbang ke Kuala Namu telah dicadang sejak tahun 1991. Dalam kunjungan kerja ke Medan, Azwar Anas, Menteri Perhubungan saat itu, berkata bahawa demi keselamatan penerbangan, lapangan terbang akan dipindah ke luar kota.[2]

Persiapan pembangunan diawali pada tahun 1997, namun krisis kewangan yang bermula pada tahun yang sama kemudian memaksa rencana pembangunan ditunda. Sejak saat itu khabar mengenai lapangan terbang ini jarang terdengar lagi, hingga muncul momentum baru saat terjadi kecelakaan pesawat Mandala Airlines pada September 2005 yang jatuh sesaat setelah berlepas dari Polonia. Kecelakaan yang merungut nyawa Gabenor Sumatra Utara Tengku Rizal Nurdin tersebut juga menyebabkan beberapa warga yang tinggal di sekitar wilayah lapangan terbang meninggal dunia akibat letak lapangan terbang yang terlalu dekat dengan pemukiman. Hal ini menyebabkan munculnya kembali seruan agar lapangan terbang di Medan segera dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai.

Selain itu, kapasiti Polonia yang telah lebih batasnya juga merupakan faktor direncanakannya pemindahan lapangan terbang.

Pembebasan lahan[sunting | sunting sumber]

Rencana pembangunan selama bertahun-tahun terhambat masalah pembebasan lahan yang belum terselesaikan. Hingga Jun 2006, baru 1,650 hektar lahan yang telah tidak bermasalah (telah diselesaikan sejak 1994), sementara lahan yang dihuni 71 kepala keluarga lainnya masih sedang dirundingkan, namun pada November 2006 dilaporkan bahwa Angkasa Pura II telah menyelesaikan seluruh pembebasan lahan.[3]

Proses pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pembangunannya direncanakan akan dilaksanakan sepanjang tiga tahap.[4] Tahap I dimulai pada 29 Jun 2006 dan selesai pada tahun 2009 atau paling lambat 2010. Tahap ini dibangun sendiri oleh pemerintah dengan PT. Angkasa Pura II, dengan pembagian berupa sisi darat (misalnya terminal, kawasan parkir) dibangun Angkasa Pura sementara sisi udara dibangun Direktorat Jenderal Udara dari Departemen Perhubungan. Dana untuk pembangunan Tahap I terdiri dari Rp. 1.3 trilion dari Angkasa Pura dan dana pinjaman sebesar Rp. 2.3 trilion sehingga jumlahnya adalah Rp. 3.6 trilion.[5] Prasarana awal berupa pemagaran panel beton, pemulihan jalan, dan pembuatan pos jaga senilai Rp 6 juta dilakukan dari November 2006 hingga Februari 2007.[4] Pada akhir November 2006 juga diumumkan pemenang tender untuk pasukan perancang lapangan terbang. Dari 18 peserta, tujuh telah melewati proses prakelayakan dan akan bersaing hingga dipilih tiga peserta terbaik, dan seterusnya hanya satu yang terpilih. PT. Wiratman & Associates kemudian terpilih sebagai pemenang tender perancangan lapangan terbang pada Januari 2007.[6] Setelah itu, pemenang diberi waktu lapan bulan untuk merancang lapangan terbang (hingga Ogos 2007). Setelah proses ini selesai, tender pembangunan lapangan terbang yang diperkirakan akan berlangsung selama dua bulan akan dilaksanakan. Jika sesuai jadual, maka pembangunan sisi darat akan dimulai pada November 2007 dan diselesaikan dalam dua tahun.[7] Tahap II yang direncanakan dibangun bersama oleh pemerintah dan investor, akan dimulai tahun 2010.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pembangunan Tahap I disertai pula oleh pembangunan jalur kereta api Railink dari Stesen Aras Kabu di Kecamatan Beringin ke lapangan terbang yang berjarak sekitar 450 meter. Stesen Aras Kabu sendiri terhubung ke Stesen Medan dengan jarak 22.96 km. Diperkirakan jarak tempuh dari Medan hingga Kuala Namu akan berkisar antara 16-30 minit.[8] [9]

Ada pula usulan pembangunan Jalan Tol Medan-Kuala Namu sebagai usaha pengembangan prasarana pengangkutan dari dan ke lapangan terbang. Namun pelaksanaan pembangunan selama waktu pembangunan jalan tol tahun 2005-2010 belum dikabulkan oleh pemerintah pusat.

Luas lapangan terbang dan kapasiti[sunting | sunting sumber]

Tahap 1 lapangan terbang diperkirakan dapat menampung tujuh hingga 10 juta penumpang dan 10,000 pergerakan pesawat pertahun,[5] [10] sementara setelah selesainya Tahap II lapangan terbang ini rencananya akan menampung 25 juta penumpang pertahun.

Luas terminal penumpang yang akan dibangun adalah sekitar 6.5 hektar dengan kemudahan kawasan komersil seluas 3.5 hektar dan kemudahan kargo seluas 1.3 hektar. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu memiliki panjang landasan pacu 3,750 meter, dan boleh didarati oleh pesawat berbadan lebar.

Airlines and destinations[sunting | sunting sumber]

Passenger[sunting | sunting sumber]

PenerbanganDestinasi
AirAsia Kuala Lumpur–Antarabangsa, Pulau Pinang
Batik Air Chennai (Bermula 11 Ogos 2023[11]), Jakarta–Halim Perdanakusuma, Jakarta–Soekarno-Hatta, Jeddah,[12] Kuala Lumpur–Antarabangsa, Singapore[13]
Batik Air Malaysia Kuala Lumpur–Antarabangsa
Citilink Banda Aceh, Batam, Gunungsitoli,[14] Jakarta–Halim Perdanakusuma, Jakarta–Soekarno-Hatta, Kuala Lumpur-Antarabangsa [15], Pekanbaru, Pulau Pinang, Sibolga[14]
Seasonal: Jeddah
Firefly Pulau Pinang[16]
flynas Charter: Jeddah
Garuda IndonesiaJakarta–Soekarno-Hatta
Seasonal: Jeddah, Medina
Indonesia AirAsia Banda Aceh, Bandung, Bangkok–Don Mueang, Jakarta–Soekarno-Hatta,[17] Kuala Lumpur–Antarabangsa, Pulau Pinang
Lion Air Banda Aceh, Batam, Jakarta–Soekarno-Hatta, Kota Pontianak [Notes 1], Pulau Pinang, Surabaya, Yogyakarta–International[18]
Malaysia Airlines Kuala Lumpur–Antarabangsa
Qatar Airways Doha (Bermula 15 Januari 2024[19])
Singapore Airlines Singapore
Super Air Jet Bandung, Jakarta–Soekarno-Hatta, Padang [20]
Susi Air Blangkejeren, Blangpidie, Silangit, Tapaktuan
Wings AirBanda Aceh, Dumai, Gunungsitoli, Jambi, Lhokseumawe, Meulaboh, Padang, Padang Sidempuan, Pekanbaru, Sibolga, Silangit, Simeulue, Takengon

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ laluan Lion Air KNO->PNK Melalui Batam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "New Airport Under Construction: Medan, Sumatra", 4 Julai 2006
  2. ^ "Lahan Calon Lapangan Terbang Kuala Namu Telantar", KOMPAS, 5 Agustus 2003
  3. ^ "Pemprovsu akan Terus Awasi Tahapan Pembangunan Bandar Udara Kuala Namu", Analisa, 8 November 2006
  4. ^ a b "PT Angkasa Pura II Mulai Membangun Terminal 3", KOMPAS, 16 November 2006
  5. ^ a b "Hari Ini, Wapres Letakkan Batu Pertama Pembangunan Bandara Kuala Namu" Diarkibkan 2008-04-13 di Wayback Machine, Analisa, 29 Jun 2006
  6. ^ "Desains Bandara Kuala Namu Selesai Agustus", KOMPAS, 12 April 2007
  7. ^ "Pemenang Tender Desain Terminal Kuala Namu Diumumkan Akhir Bulan Ini", Analisa, 16 November 2006
  8. ^ "Presiden SBY dan Wapres JK Tinjau Lokasi Bandara Kuala Namu Awal Juni 2006", Sinar Indonesia Baru, 4 Mei 2006
  9. ^ "Warga Sekitar Harapkan Pekerjaan", KOMPAS, 29 Jun 2006
  10. ^ "VP to lay down corner stone of Kuala Namu airport development"[pautan mati kekal], ANTARA, 19 Jun 2006
  11. ^ "BATIK AIR RESUMES CHENNAI FROM AUGUST 2023". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 12 Jun 2023. Dicapai pada 14 Jun 2023. Indonesian carrier Batik Air from August 2023 plans resume service to Chennai in India, including a new nonstop service from Indonesia: Jakarta – Kuala Lumpur – Chennai eff 24AUG23 1 daily 737-800, service resumption and Medan Kualanamu – Chennai eff 11AUG23 1 daily 737-800 (New nonstop flight).
  12. ^ "Batik Air outlines A330 Saudi Arabia service from Dec 2019". Routesonline. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 August 2019. Dicapai pada 27 August 2019.
  13. ^ "Batik Air (Indonesia) to launch Medan-Singapore service". CAPA. 24 June 2022.
  14. ^ a b "Citilink Buka Tiga Rute Penerbangan Baru dari Medan".
  15. ^ "CITILINK ADDS MEDAN – KUALA LUMPUR FROM MID-JUNE 2023". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 2 Jun 2023. Dicapai pada 2 Jun 2023. Indonesian carrier Citilink from mid-June 2023 plans to add new service to Malaysia, with the opening of Medan Kualanamu – Kuala Lumpur route. Effective 16JUN23, Airbus A320 aircraft will operate this route on daily basis.
  16. ^ "Firefly = Penang-Kualanmu daily flight on Firefly's 737".
  17. ^ Liu, Jim. "Indonesia AirAsia resumes Jakarta – Medan Kualanamu in March 2020". Routesonline. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2020. Dicapai pada 3 February 2020.
  18. ^ "Default". agent.lionair.co.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2017. Dicapai pada 2 April 2020.
  19. ^ "Qatar Airways confirms major network expansion and resumption of flights to 11 cities". www.aviacionline.com. Dicapai pada 7 March 2023.
  20. ^ "LION AIR GROUP 1Q24 DOMESTIC INDONESIA NETWORK ADDITIONS: Super Air Jet (IU)". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 17 Januari 2024. Dicapai pada 21 Januari 2024. Super Air Jet (IU)
    Makassar – Denpasar eff 25JAN24 1 daily A320,
    Makassar – Samarinda eff 03JAN24 4 weekly A320,
    Padang – Medan Kualanamu eff 24JAN24 2 daily A320,
    Pontianak – Balikpapan eff 24JAN24 1 daily A320,
    Surakarta – Balikpapan eff 02FEB24 1 daily A320,
    Surakarta – Denpasar eff 25JAN24 1 daily A320.