Mehdi Benatia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Medhi Benatia)
Medhi Benatia
Maklumat peribadi
Nama penuh Medhi Amine El Mouttaqi Benatia
Tarikh lahir (1987-04-17) 17 April 1987 (umur 36)
Tempat lahir Courcouronnes, Perancis
Ketinggian 1.89 m (6 ka ​2 38 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Juventus
Nombor 4
Kerjaya remaja
2000–2002 Clairefontaine
2002–2003 Guingamp
2003–2005 Marseille
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2008 Marseille 0 (0)
2006–2007Tours (pinjam) 29 (0)
2007–2008Lorient (pinjam) 0 (0)
2008–2010 Clermont 56 (2)
2010–2013 Udinese 80 (6)
2013–2014 Roma 33 (5)
2014– Bayern Munich 29 (2)
2016–2017Juventus (pinjam) 12 (1)
2017– Juventus 6 (0)
Pasukan kebangsaan
2005 Perancis B18 1 (0)
2006–2007 Maghribi B20 4 (0)
2008– Maghribi 42 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 Oktober 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 3 Jun 2016

Medhi Amine El Mouttaqi Benatia (Arab: مهدي بنعطية; lahir 17 April 1987) merupakan pemain bola sepak Maghribi yang kini bermain untuk kelab gergasi Itali, Juventus dan pasukan kebangsaan Maghribi di posisi bek tengah.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Benatia telah dilahirkan di Courcouronnes yang terletak di Perancis. Bapa beliau ialah orang Maghribi manakala ibunya ialah orang Algeria.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Benatia sertai Marseille pada tahun 2003 dan menandatangani kontrak profesional pertamanya dua tahun kemudian. Selepas melalui tempoh pinjaman di kelab Tours dan Lorient, beliau berpindah ke kelab Ligue 2, Clermont pada 1 Julai 2008 dengan bayaran perpindahan percuma.

Pada 1 Julai 2010, Benatia menandatangani kontrak bersama kelab Serie A, Udinese Calcio dengan percuma. Beliau membuat 80 penampilan untuk Udinese dan menjaringkan enam gol.

Roma[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Julai 2013, Benatia menandatangani kontrak lima tahun bersama Roma pada 13 Julai 2013 denga bayaran 13.5 juta euro. Pada 26 September, Benatia menjaringkan gol pertamanya untuk Roma ketika pasukannya melakar kemenangan 2-0 ke atas Sampdoria. Selepas menjaringkan gol menentang Bologna, Catania dan Chievo Verona pada separuh kedua musim, beliau menamatkan musim ini dengan lima gol daripada 33 perlawanan.

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Ogos 2014, Bayern Munich mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Benatia selepas Benatia menandatangani kontrak lima tahun denga bayaran sebanyak 26 juta euro. Bayern menewaskan Manchester City, Chelsea, Barcelona dan Real Madrid yang ingin menggunakan khidmat beliau. Pada 17 September 2014, beliau membuat debut untuk Bayern semasa menang 1-0 ke atas Manchester City, iaitu pada perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara UEFA 2014-15.

Pada perlawanan Liga Juara-Juara iaitu menentang lawan yang sama Manchester City, beliau dibuang padang pada minit ke-20 kerana mengasari Sergio Agüero. Pasukannya tewas 3-2 di tempat lawan.

Benatia menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern pada 13 Disember apabila menang 4-0 ke atas FC Augsburg. Kemenangan Bayern pada perlawanan itu meletakkan kelabnya 10 mata di takhta liga.

Dipinjam ke Juventus[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Julai 2016, juara Itali Juventus mengikat Benatia secara pinjaman semusim dengan harga 3 juta euro bersama pilihan untuk membeli terus pada harga 17 juta euro pada penghujungnya. Beliau membuat debut untuk Juve pada 27 Ogos pada perlawanan menentang Lazio di tempat lawan pada aksi Serie A yang berkesudahan Juve menang 2-0.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Benatia sewaktu bermain untuk Maghribi pada 2011.

Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Maghribi ketika menentang Zambia pada 19 November 2008 pada perlawanan persahabatan. Beliau mula bermain pada minit ke-46. Pada 4 Jun 2011, Benatia menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2012 menentang Algeria, 4-0.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 4 Jun 2011 Marrakesh, Maghribi  Algeria 1–0 4–0 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2012

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich

Pautan luar[sunting | sunting sumber]