Meera Alyanna binti Mukhriz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Meera Alyanna Mukhriz (lahir 13 Jun 1995) ialah selebriti Instagram terkenal. Anak bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir dan cucu bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. Lulus dari University London.

Pada 21 Ogos 2020, Meera Alyanna dan suaminya ditahan di sebuah pub TTDI kerana melanggar PKPP.[1]

Beliau mempunyai lebih dari 200,000 pengikut di akaun Instagram ally.mukhriz.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 2019, Meera Alyanna menghadiri majlis graduasi setelah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Pemasaran Strategik tahun 2018. Meera Alyanna berkongsi beberapa posting di laman Instagram miliknya mengenakan jubah konvokesyen di Imperial College Business School, London.[2]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Perlanggaran SOP COVID-19[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Ogos 2020, Meera Alyanna dan suami ditahan di sebuah pub TTDI kerana melanggar PKPP.[3]

Pada 27 Ogos 2020, Mukhriz Mahathir mengesahkan Meera Alyanna dan anak menantunya ditahan dan didenda RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Mukhriz itu berkata beliau kecewa dengan pasangan terbabit yang ditahan pihak polis ketika serbuan di sebuah pub di ibu negara.[4][5]

Pada 28 Ogos 2020, Meera Alyanna memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.[6] Dalam masa sama, beliau turut menyatakan kekesalannya serta malu terhadap perbuatannya yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab ketika seluruh rakyat Malaysia masih lagi resah dengan penularan pandemik COVID-19.[7]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Februari 2020, Meera Alyanna berkahwin dengan Ezran Daud Cheah.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]