Pergi ke kandungan

Mega (album Mega)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mega
Album studio oleh
Dilancarkan pada19 September 1989
Dirakamkan pada1989
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreHeavy Metal, Hard Rock, Glam Rock, Power Ballad
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatJojo's Production
PengedarBMG Pacific (masih menggunakan logo PMC)
PenerbitRahim Othman
Kronologi Mega
Mega
(1989)
Ilustrasi
(1991)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Mega merupakan album sulung kumpulan rock terkenal, Mega yang dikeluarkan pada tahun 1989 oleh Jojo's Production dengan BMG Pacific bertindak sebagai pengedar album. Album ini menampilkan 3 lagu hit iaitu Pasti ciptaan Saari Amri, Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara ciptaan M. Nasir dan Mega Cinta ciptaan Nordin Taib.

Di Sebalik Rakaman

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1989, kumpulan Mega yang ketika itu dianggotai oleh Adie, Sam, Man Penang, Lomaq dan Joey telah mendapatkan khidmat Rahim Othman, seorang komposer terkenal yang namanya kian meningkat naik menerusi produknya bersama kumpulan Gersang untuk menerbitkan album pertama mereka. Rakaman album pertama mereka dijalankan di King's Studio, Petaling Jaya, Selangor. Selain mencipta lagu sendiri, Mega juga menerima beberapa lagu ciptaan komposer seperti M. Nasir, Rahim Othman, Saari Amri dan Nordin Taib (Din Search) untuk dimuatkan dalam album.

Namun setelah menyiapkan rakaman 2 lagu terawal Mega iaitu Pasti dan Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara, Lomaq telah menarik diri dan digantikan oleh Mad, bekas pemain gitar bes kumpulan FRU. Tidak lama kemudian, vokalis Man Penang telah dikeluarkan daripada rakaman. Biarpun dihujani halangan, mereka tetap meneruskan rakaman album sambil membuka ujibakat untuk mencari vokalis yang sesuai.

Hasil sesi ujibakat, Mega sepakat memilih bekas vokalis kumpulan D'Riyadh iaitu Zarith yang berasal dari Gopeng, Perak sebagai vokalis baharu Mega. Zarith terus sahaja merakamkan suaranya untuk kesemua 10 lagu yang dimuatkan dalam album pertama mereka. Album pertama yang menggunakan nama kumpulan sebagai judul album mendarat di pasaran pada penghujung tahun 1989.

Pasca Rakaman Album

[sunting | sunting sumber]

Album sulung Mega ini merekodkan jualan melebihi 100,000 unit. Hal ini tidak menghairankan kerana kuasa pemasaran Jojo's Production yang tidak henti-henti mempromosikan kumpulan Mega sebelum album muncul. Malah, tiga lagu hit Mega iaitu Pasti, Mega Cinta dan Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara tercalon dalam Muzik-Muzik 1990. Pencapaian tersebut dianggap luar biasa berbanding kumpulan-kumpulan rock lain yang rata-ratanya tercalon sebanyak dua lagu sahaja. Nama Mega terus memuncak lagi di persada seni tanah air apabila lagu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara dipilih sebagai Juara Bulanan Muzik-Muzik bagi bulan April 1990, seterusnya melayakkan mereka bertanding di peringkat akhir Juara Lagu 1990.

Namun begitu, perkara yang tidak diduga berlaku kepada Mega apabila vokalisnya, Zarith demam sewaktu hari pertandingan yang membuatkan beliau tidak dapat menyampaikan vokalnya dengan baik sepertimana di dalam album. Demi mengelakkan hal di antara Mega dengan Jojo's Production berterusan, Zarith menarik diri dari meneruskan perjuangan bersama Mega. Tidak lama selepas itu, Joey telah dikeluarkan dari kugiran Mega disebabkan cara permainannya yang tidak lagi sehaluan dengan anggota yang lain.

  1. Asmazaris bin Ismail (Zarith) - vokal
  2. Hasdi bin Kamal Ariff (Adie) - gitar
  3. Husni bin Kamal Ariff (Sam) - gitar
  4. Mohamed bin Sulaiman (Mat Mega) - gitar bes
  5. Abdul Hamid bin Shahlan (Joey) - dram

Senarai Lagu

[sunting | sunting sumber]
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara "S. Amin ShahabM. Nasir4:32
2."Badai "Saari AmriSaari Amri5:14
3."Dunia Zaman sekarang (Cinta Itu Wang) "S. Amin ShahabSam Mega5:01
4."Di Galeri Ini "BobSam Mega3:58
5."Mega Cinta (I) "Wan ZulNordin Taib3:58
6."Di Tahun 2000 "S. Amin ShahabNordin Taib3:23
7."Kau Dan Aku "Wan ZulRahim Othman4:40
8."Hanya Dalam Gagasan "S. Amin ShahabM. Nasir4:04
9."Muzik Bergema "BobNordin Taib4:44
10."Pasti "Saari AmriSaari Amri5:52


Nota :
- Solo oleh Adie
- Solo oleh Sam