Mega Man X4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mega Man X4
Mega Man X4
Kulit depan untuk PlayStation bagi versi Amerika Utara
PembangunCapcom
Penerbit
PengeluarKeiji Inafune
Yoshinori Takenaka
PerekaKoji Ohkohara
Mitsuru Endo
Hiroyuki Yamato
KomposerToshihiko Horiyama
SiriMega Man
Mega Man X Sunting ini di Wikidata
PlatformSega Saturn, PlayStation, Windows, PlayStation Network (PlayStation 3, PlayStation Vita, PlayStation Portable)
Pelepasan
1 Ogos 1997
  • Sega Saturn
        PlayStation
            Windows
              Telefon mudah alih
                  (Versi Zero)[3]
                  PlayStation Network
                  GenreAksi
                  ModPemain tunggal

                  Mega Man X4, dikeluarkan di Jepun sebagai Rockman X4 (Jepun: ロックマンX4) merupakan permainan video yang dibangunkan oleh Capcom. Ia merupakan judul keempat dalam siri Mega Man dan judul kedua dikeluarkan untuk konsol Sega Saturn dan Sony PlayStation. Kedua-dua versi ini dikeluarkan serentak di Jepun pada 1 Ogos 1997, manakala di Eropah judul ini dikeluarkan untuk platform PlayStation sahaja.

                  Permainan video ini berkisarkan kepada masyarakat di sebuah tempat yang dihuni oleh manusia dan robot pintar yang dipanggil sebagai Reploids pada abad ke-22. Pasukan tentera yang dipanggil Maverick Hunters ditugaskan untuk menyekat kebangkitan Mavericks, robot yang berkelakuan jahat. Watak utama dalam permainan video ini iaitu Mega Man X dan Zero terlibat dalam konflik di antara pihak Hunters dan pasukan robot Reploid yang dipanggil sebagai Repliforce.

                  Mega Man X4 merupakan permainan video bergenre aksi. Dalam permainan ini, pemain perlu melengkapkan 8 jenis peringkat yang berbeza dimana pemain akan berlawan dengan musuh, memperoleh kuasa dan mendapatkan senjata khas apabila mengalahkan bos di setiap peringkat. Tidak seperti judul lain dalam siri Mega Man X, permainan video ini membolehkan pemain memilih watak yang akan digunakan sebelum permainan bermula iaitu X yang biasa menggunakan serangan jarak jauh atau Zero yang memiliki pedang jarak dekat.


                  Plot[sunting | sunting sumber]

                  Plot bagi Mega Man X4 ditunjukkan dalam bentuk video penuh atau teks semasa permainan dimulakan. Jalan cerita pula sedikit berbeza bergantung kepada watak yang dipilih. Jalan cerita pula mengambil tempat pada abad ke-22 pada tahun 21XX, pada ketika ini manusia hidup bersama dengan robot pintar dikenali sebagai Reploid. Akibat daripada kekalahan ketiga Maverick Sigma iaitu seorang Maverick yang terkuat sekali, kumpulan kedua Maverick Hunter telah bangkit yang dikenali sebagai Repliforce, diketuai oleh seorang robot Reploid bernama General dan Colonel.

                  Beberapa tahun kemudian, General telah didatangi dengan seorang makhluk misteri, cuba untuk meyakinkan General bahawa Hunters adalah kumpulan yang berbahaya dan memberi cadangan agar kumpulan ini dimusnahkan. General bagaimanapun tidak mengendahkan makhluk misteri tersebut kerana tidak ingin mengingkari makhluk manusia. Sementara itu, Zero seringkali mengalami mimpi ngeri yang sama; seorang makhluk misteri mengejutkan dia dan mengatakan Zero sebagai masterpiece, kemudian mengarahkannya memusnahkan sasaran yang tidak diketahui sebelum hilang. Semasa Zero ingin menghalang perbuatan makhluk misteri tersebut, dia telah dilumpuhkan dengan seksanya, diikuti dengan bayangan mengenai pembunuhan beramai-ramai. Selepas itu, keganasan mula meletus yang diikuti dengan kejatuhan Sky Lagoon iaitu bandar terapung, menyebabkan ramai makhluk manusia dan robot Reploids terbunuh. Permainan bermula apabila X atau Zero ditugaskan untuk melakukan siasatan ke atas punca bagaimana bandar Sky Lagoon terjatuh.


                  Bentuk permainan[sunting | sunting sumber]

                  Bentuk permainan dalam Mega Man X4 adalah serupa dengan siri-siri sebelumnya. Pemain akan menghabiskan beberapa peringkat yang disediakan. Dalam peringkat itu, pemain perlu mengelak beberapa halangan seperti memusnahkan musuh menggunakan senjata serta melawan bos. Dalam beberapa peringkat, pemain akan menggunakan kenderaan seperti motor terapung dan robot mekanik[5]. Di setiap peringkat pula, pemain akan berdepan dengan bos dan mendapat senjata baru setelah mengalahkan bos.

                  Nilai maksimum nyawa bagi watak pemain boleh ditambah dengan mencari "Tangki Nyawa" di setiap kelapan-lapan peringkat. Tangki lain seperti "W-Tank" untuk memenuhkan nilai kuasa senjata khas dan "EX Tank" yang menambah hayat watak pemain dari dua ke empat turut boleh dijumpai.


                  Rujukan[sunting | sunting sumber]

                  1. ^ a b c Mega Man X: Official Complete Works. Udon Entertainment. 6 Januari 2010. m/s. 40–7. ISBN 978-1-897376-80-5.
                  2. ^ a b GameSpot Staff (24 September 1997). "Mega Man X4 Hits Stores". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada 17 Julai 2010.
                  3. ^ a b Capcom staff (24 November 2011). "携帯アプリ「ロックマンX4 エックスVer.」配信!". Rockman Unity. Capcom. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-14. Dicapai pada 14 Disember 2011. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |8= (bantuan)
                  4. ^ Hilliard, Kyle (26 Ogos 2014). "Mega Man X4 And X5 Heading To PlayStation 3 And Vita". Game Informer. GameStop. Dicapai pada 12 November 2014.
                  5. ^ PSM staff (Oktober 1997). "Previews: Mega Man X4". PlayStation: The Official Magazine. Imagine Publishing (2): pp. 58–9. ISSN 1940-0721. |pages= has extra text (bantuan)