Megat (kartunis)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Megat Roslan bin Abdul Wahid atau lebih dikenali dengan nama Megat (lahir 14 Ogos 1964) merupakan seorang kartunis Malaysia. Beliau dilahirkan di Taiping, Perak, Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sebagai kartunis di ruangan "Mekar GG" di majalah Gila-Gila. Selepas itu, beliau menyumbang kartun di majalah Batu Api, Mat Jenin dan Gelihati.

Beliau menggunakan pen celup dan berus dalam penghasilan lukisan beliau. Kartun beliau bersifat ringkas namun sinis.

Sekarang,[bila?] beliau menerima dan melukis kartun secara dalam talian di laman Facebook dan Instagramnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]