Megat Khas Megat Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fail:Megat Khas Megat Omar.jpg
Megat Khas Megat Omar

Dato' Seri Dr Haji Megat Khas bin Megat Omar (8 April 1908 - 21 Jun 1979).Beliau lahir di Istana Talang, Kuala Kangsar, Perak dan dari keturunan Megat Terawis,Bendahara pertama negeri Perak.

Bapanya Megat Omar Bin Megat Muhammad Ali dari Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Anaknya Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas menjadi ahli politik UMNO dan menang dalam Pilihan raya 1986 hingga 1995 bagi Parlimen Kelana Jaya, Selangor.

Beliau mendapat pendidikan di King Edward VII College di Singapura dan kemudian menjadi orang Melayu pertama menjadi ahli Kolej Diraja Physicians ( MRCP ). Sepanjang hayatnya, beliau dianugerahkan beberapa pingat dan anugerah. Beliau bersara sebagai Pakar Perubatan Negeri Perak.

Beliau juga aktif dalam St John Ambulans .

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 71 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Kuala Kangsar, Gurap, Ipoh , Perak.