Pergi ke kandungan

Megat Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Megat Rahim
Fail:Megat Rahim image
Maklumat latar belakang
Nama lahirMegat Abdul Rahim bin Megat Abdul Razak
Kelahiran (2002-04-28) 28 April 2002 (umur 23)
Pantai Medical Centre, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Genre
PekerjaanPenyanyi
Alat muzikVokal
Tahun aktif2018–kini
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
Pautan berkaitan
Pautan lainInstagram: megatrahim28 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Megat Abdul Rahim bin Megat Abdul Razak (lahir 28 April 2002) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau dikenali menerusi lagu "Sinar" yang dikeluarkan pada 2018 dibawah Beegood Music dan "Sudahlah" bersama Chubb-E yang dikeluarkan pada 21 Februari 2020.[1] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat.[2]

Kerjaya muzik

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018, Megat Rahim melancarkan single pertamanya, "Sinar" yang berentak pop jaz di bawah label Beegood Music.[1] Beliau kemudian menandatangani kontrak bersama Najah Music dan muncul bersama single "Sudahlah" hasil ciptaan Chubb-E.[1][3] Single ketiganya, "Kuasa Dua" ciptaan Shazee Ishak dan dikeluarkan pada Jun 2021.[4][5]

Pada tahun 2022, Megat Rahim terpilih sebagai salah seorang daripada 11 peserta Big Stage musim keempat bersama-sama dengan Tuah Adzmi, Danial Chuer, Ajoi Zainal, Lia Aziz, Aisha Retno dan Elica Paujin. Beliau sebelum ini pernah menghadiri uji bakat Big Stage pada tahun 2018, namun penyertaan beliau ditolak kerana faktor usia.[1] Semasa konsert minggu pertama, beliau tidak dapat bertanding kerana disahkan positif COVID-19 dan harus kuarantin diri.[6] Bagaimanapun, beliau tersingkir di konsert minggu keenam.

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan Keputusan Big Stage musim 4
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Game On "Sudahlah" Megat Rahim (Dikecualikan)
Minggu 2 Hypebeat "Evo" Joe Flizzow & SonaOne 10
Minggu 3 Playlist 2000 "Pencinta Wanita " Irwansyah 11
Minggu 4 Go Viral! "Surat Cinta Untuk Starla" Virgoun Tambunan 9
Minggu 5 This Is Siti Nurhaliza "Aku Cinta Padamu" Siti Nurhaliza 4
Minggu 6 Rotasi 36T "Kelentang Kelentong" Hael Husaini 8

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Tahun
"Sinar" 2018
"Sudahlah" 2020
"Kuasa Dua" 2021

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2022 Big Stage (musim 4) Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria
  1. ^ a b c d Sudirman Mohd Tahir (5 Mei 2020). "Cabaran baharu Megat Rahim". Harian Metro. Dicapai pada 10 Februari 2022.
  2. ^ Sairul Zamri Misrani (19 Januari 2022). "Big Stage 2022 kembali, Tegar, Jerung Merah antara yang bertanding". Kosmo!. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  3. ^ "Muncul Single Sudahlah, Megat Rahim Mahu Jadi Lebih Versatil". Kopiplanet. 4 Mei 2020. Dicapai pada 10 Februari 2022.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (17 Jun 2021). "Megat Rahim ketengah genre R&B". Harian Metro. Dicapai pada 10 Februari 2022.
  5. ^ Aqmar Mustaza (21 Jun 2021). "Megat Rahim guna Kuasa Dua untuk lebih dikenali". Sinar Harian. Dicapai pada 10 Februari 2022.
  6. ^ Mohd Haikal Isa (7 Februari 2022). "Peserta Big Stage 2022, Megat Rahim positif Covid-19". Kosmo!. Dicapai pada 10 Februari 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]