Megat Terawis
Megat Terawis merupakan Bendahara Perak dan bergelar Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. Dia merupakan anak kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. Keturunannya merupakan pemegang jawatan Bendahara di Perak. Salah seorang dari keturunannya, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), berkahwin dengan anak Sultan Muzaffar Shah II of Perak, iaitu Raja Shah Alam Sayong.
Megat Terawis telah datang ke Perak bersama-sama dengan Sultan Muzaffar Syah I dari Kampar dan mendirikan kerajaan di sana. Selang beberapa lama, berlaku perselisihan antara baginda dengan Tun Saban yang membawa kepada perperangan. Sultan Muzaffar Syah I menawarkan jawatan Bendahara kepada sesiapa yang berjaya membunuh Tun Saban, dan disahut oleh Megat Terawis. Megat Terawis kemudiannya dilantik menggantikan Tun Mahammad menjadi Bendahara Perak dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.
Sejak hari itu orang-orang keturunan Megat menjawat jawatan Bendahara di Perak. Pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain Sultan Perak ke-15 (1756-1770) Bendahara Megat Abu Kasim meletak jawatan Bendahara dan menyerahkan jawatannya kepada sultan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan sultan mendirikan Istana di Pulau Indera Sakti yang dibawah kelolaan Bendahara. Selepas itu, jawatan Bendahara Perak dipegang oleh mereka dari darah raja.
Keturunan Megat Terawis banyak berhijrah dari Perak Tengah khususnya dari Kampung Gajah ke Kuala Kangsar, Perak kerana istana Sultan Perak dipindahkan ke sana. Makam Megat Terawis kini terletak di Kampung Gajah , Perak di tebing kanan Sungai Perak. Papan tanda dan binaan makam telah dibuat oleh Jabatan Muzium Perak. Makam ini berhampiran dengan jambatan Kampung Gajah.
Keturunan[sunting | sunting sumber]
Sesetengah ahli keluarga Megat Terawis yang terkenal kini termasuk:
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
- Megat Muhammad Ali bin Megat
- Megat Omar bin Megat Muhammad Ali
- Dato' Seri Dr. Megat Khas bin Megat Omar
- Tan Sri Megat Najmuddin bin Megat Khas
- Dato' Seri Dr. Megat Khas bin Megat Omar
- Megat Omar bin Megat Muhammad Ali
- Megat Mohd Isa
- Dato' Megat Yunus bin Megat Mohd Isa
- Dato' Seri Megat Jaafar bin Megat Yunus
- Dato' Megat Yunus bin Megat Mohd Isa
- Megat Ayub
- Tan Sri Megat Junid bin Megat Ayub
- Datuk Megat Firdouz bin Megat Junid
- Dr. Puteri Julia Nabilah binti Megat Junid
- Tan Sri Megat Junid bin Megat Ayub
- Dato' Megat Mohd Nordin
- Megat Ainuddin bin Dato' Megat Mohd Nordin
- Megat Mohd Nor
- Tan Sri Dato’ Megat Zaharuddin bin Megat Mohd Nor
- Megat Shamsuddin
- Megat Kamaruddin bin Megat Shamsuddin
- Megat Alias
- Puteri Faizah binti Megat Alias
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Tempat-tempat Bersejarah Perak, N.A. Halim, Jabatan Muzium - 1981, ms 80-81.
- Buku Megat Terawis Journey To Our Roots https://www.facebook.com/Megat-Terawis-Journey-To-Our-Roots-270767753311955/