Mekanik kereta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mekanik membaiki pelbagai bahagian kereta.

Mekanik kereta adalah Pomen bagi pelbagai jenis kereta atau bahagian khusus atau bagi jenis kereta tertentu. Dalam pembaikian kereta, peranan utama mereka adalah bagi mendiagnosis masalah dengan cepat dan tepat. Mereka sering kali perlu memberi sebut harga kepada pelanggan sebelum memulakan kerja atau selepas separa lerai bagi pemeriksaan. Mekanik menggunakan kedua-dua kaedah eletronik bagi mengumpul data dan juga deria mereka. Pekerjaan mereka mungkin membabitkan membaiki hanya bahagian khusus atau menggantikan satu atau beberapa bahagian menyamai seperti kerja pemasangan.

Pemulihan kenderaan asas merupakan tugasan asas bagi kerja mekanik di negara industri moden, sementara di tempat lain mereka hanya dicari apabila kenderaan sudahpun menunjukkan tanda-tanda kerosakan. Jagaan menghalang juga merupakan bahagian asas kerja mekanik, tetapi ini tidak mungkin dalam kes kenderaan yang tidak diuruskan oleh mekanik secara berkala. Salah satu aspek yang sering disalah faham bagi jagaan menghalang adalah penggantian berjadual bagi pelbagai bahagian, yang berlaku sebelum berlaku kegagalan bagi mengelakkan kerosakan lebih mahal. Oleh kerana ini bererti bahagian kereta digantikan sebelum kerosakan disedari, ramai pemilik kereta tidak memahami kenapa perbelanjaan perlu dikeluarkan bagi menggantikan bahagian yang tidak rosak.

Dengan kemajuan pesat teknologi, kerja mekanik telah berubah dari mekanikal sepenuhnya, kepada merangkumu teknologi eletronik. Oleh kerana kenderaan hari ini memiliki sistem komputer dan eletronik yang rumit, mekanik perlu memiliki pengetahuan asas lebih luas berbanding masa dahulu. Kebelakang ini, istilah "mekanik kereta " semakin kurang digunakan di negara maju dan digantikan dengan gelaran euphemistic “juruteknik kereta”. Semakin cepat menghilang adalah 'mekanik tepi jalan', yang memiliki sedikit pengetahuan mengenai sistem komputer hari ini.

Disebabkan peningkatan kepelbagaian jenis teknologi yang dipasang pada kenderaan masa kini, kebanyakan pengedar kereta dan bengkel bebas kini menawarkan diagnostik komputer sofistikated kepada setiap juruteknik, tanpanya mereka tidak mampu mengenalpasti kerosakan atai membaiki kenderaan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

USA[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, beberapa program dan sekolah menawarkan latihan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan kemahiran sebagai mekanik kereta, atau juruteknik kereta telahpun wujud. Beberapa aspek yang biasa diajar bagi mereka yang menceburi bidang kerjaya ini adalah: diagnosis dan membaiki powertrain, buangan ("emissions"), dan sistem gantungan. The National Automotive Technicians Education Foundation (NATEF) bertanggung jawab bagi menilai program latihan juruteknik berbanding piwaian yang dimajukan oleh industri kereta. NATEF mengesahkan program dalam empat kategori berlainan: kereta, badan kereta, lori (teknologi diesel) dan bahan api lain.

Sesetengah mekanik adalah disahkan oleh "Automotive Service Excellence - ASE"), yang merupakan kaedah piawaian ujian tahap kemahiran. Sungguhpun ia tidak diperlukan menurut undang-undang bagi mekanik mendapatkan pengesahan, sesetengah syarikat hanya mengaji atau memberi kenaikan pangkat pekerja yang lulus ujian ASE. Teknologi yang digunakan dalam kereta bertukar dengan pesat dan makenik perlu bersedia untuk belajar teknologi dan sistem baru ini. Mekanik kereta merupakan kerja yang memerlukan kekuatan fizikal, sering kali terdedah kepada suhu melampau dan perlu mengangkat benda berat dan kekal dalam kedudukan tidak selesa bagi tempoh lama dan juga terdedah kepada minyak gasolin, abestos dan bahan kimia yang lain.

Internet turut berkembang kepada mekanik, dengan mekanik disahkan memberikan nasihat di talian. Mekanik sendiri sering menggunakan Internet bagi maklumat untuk membantu mereka mengdiagnosis/atau membaiki kenderaan. Buku panduan perkhidmatan menjadi kurang penting dengan komputer dengan talian kepada internet menggantikannya. Trend penggunaan Internet ini sejajar dengan populasi yang semakin maju.

Krew Pit[sunting | sunting sumber]

Krew Pit bagi kereta lumba merupakan bentuk kerja kemahiran khas yang dilakukan oleh sesetengah mekanik. Ia kadang kala ditonjolkan sebagai glamour dalam filem dan talivisen dan dianggap terhormat dalah sesetengah bahagian industri kereta. Bekerja sebagai krew Pit dalam litar lumba profesional adalah kerja merbahaya dan amat memberi tekanan tetapi mempunyai bayaran tinggi. Kerja ini kadang-kala dianggap sukar didapati kerana tahap kemahiran yang diperlukan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

(: