Melastik Ke Hatimu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Melastik Ke Hatimu
GenreDrama
Komedi romantik
Berdasarkan daripada
Melastik Ke Hatimu
karya Aqma Dee
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Pencinta Setiamu" oleh Usop
Lagu penutup"Pencinta Setiamu" oleh Usop
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod38
Penerbitan
Penerbit eksekutifNorshahila Harun Shah
PenerbitDato Sri Jaspal S. Korotana
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Januari 2021 – 11 Februari 2021
Kronologi
MengikutiHadiah Dari Tuhan
Diikuti olehRomantika 4 Hari 3 Malam

Melastik Ke Hatimu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Azmi Hatta dibintangi oleh Janna Nick dan Andi Bernadee. Diadaptasi dari novel 2018 bertajuk sama karya Aqma Dee, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 21 Januari hingga 11 Februari 2021 menggantikan Hadiah Dari Tuhan.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Haura Annisa, seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim Johari tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad Nazhan, seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang sering tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Akhirnya mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula cuba mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim seorang. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah telah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR PENARAFAN TERTINGGI JUMLAH TONTONAN ATAS TALIAN SUMBER
5 juta
10 juta
14 juta
[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Melastik Ke Hatimu MyInfotaip (20 Januari 2021). Dicapai 21 Januari 2021.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (31 Januari 2021). Janna seronok jadi Haura Harian Metro. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  3. ^ Buka aib sendiri, demi drama Melastik Ke Hatimu, Andi Bernadee terpaksa tinggalkan diri Diarkibkan 2021-02-04 di Wayback Machine Hot FM. 4 Februari 2021. Dicapai pada 28 Februari 2021.
  4. ^ Danial Affiq (22 Februari 2021). "14 juta penonton layan Takdir Yang Tertulis". Oh Bulan!. Dicapai pada 28 Februari 2021.
  5. ^ Norhayati Nordin (24 Februari 2021). "Samarinda, Lestary sama hebat". Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2021.