Pergi ke kandungan

Melayu Deli (album Noraniza Idris)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Melayu Deli adalah sebuah album gandingan penyanyi-penyanyi muda dan lama yang menyanyikan semula lagu-lagu popular berentak Melayu Deli yang sebelum itu popular di Indonesia. Album ini menyaksikan kemunculan pertama penyanyi asli remaja yang kini bergelar Ratu Pop Tradisional atau lebih dikenali dengan jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris yang ketika itu baru sahaja menyertai pertandingan Bintang RTM 1985. Album ini dikeluarkan berupa bentuk fizikal daripada syarikat rakaman Life Records bekerjasama dengan Hup Hup Sdn. Bhd. pada tarikh 1 Januari 1986.

Melayu Deli
Album gandingan oleh
Dilancarkan pada1 Januari 1986
Dirakamkan padaJulai - Disember 1985
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreTradisional
Melayu Deli
Panjang41:02
BahasaBahasa Melayu
SyarikatLife Records
Hup Hup Sdn. Bhd.
PenerbitOmar Taib
Kronologi Album gandingan Noraniza Idris
Melayu Deli
(1986)
Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama Vol.1
(1986)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs 4/5 bintang

Biarpun hanya mampu ke peringkat separuh akhir, bakat nyanyian Noraniza yang ketika itu baru berusia 17 tahun dikesan lebih cenderung kepada muzik tradisional dan sejak itu beliau diberi peluang untuk merakamkan lagu-lagu berirama sebegini.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Mulanya, Noraniza Idris telah menyertai Bintang RTM pada tahun 1983 dan 1985 sebelum merakamkan lagu dalam album. Ketika menjalani rakaman peringkat awal Bintang RTM 1985, Hamidi Rashid, pengurus artis dan reportaire Life Records pada masa itu, tertarik dengan kelunakan suara Noraniza Idris, dia lalu mendekati Noraniza dan bapanya, Idris Ahmad ketika kedua-dua anak beranak itu menikmati juadah di kantin Angkasapuri. Hamidi menawarkan Noraniza menjadi artis syarikat rakamannya, ia merupakan peluang keemasan biarpun pertandingan Bintang RTM belum selesai, selepas difikir semasak-masaknya lalu bapa Noraniza pun bersetuju anaknya menjadi artis rakaman. Dan beliau pun rasmi bernaung dibawah syarikat rakaman Life Records pada tahun 1985, kala itu beliau berusia 17 tahun.

Ringkasan album

[sunting | sunting sumber]

Album Melayu Deli ini Noraniza Idris dianggap beruntung kerana dapat merakam suara untuk album lagu-lagu daripada filem bersama penyanyi terkenal lain seperti A. Dayang, J. Sham, S. Jibeng dan L. Ramli yang berjudul Melayu Deli. Sejak itu, Noraniza terus diberi peluang merakamkan satu demi album bersama Life Records. Bermula dari situ, Noraniza Idris telah membentuk imej dan personalitinya sebagai seorang penyanyi.

Menerusi album ini, menyaksikan kemunculan pertama penyanyi muda remaja, Noraniza Idris, dimana album ini menyumbangkan 10 lagu tradisional klasik yang digubah semula yang mana dipetik daripada filem lama semasa era 50-an dan 60-an serta lagu tradisional klasik daripada Melayu Deli, yang mana lagu-lagunya sebelum ini popular di Indonesia. Album ini dirakam oleh beliau semasa beliau masih dalam penyertaan berentap di Bintang RTM 1985. Album ini telah rasmi dikeluarkan berupa bentuk fizikal daripada syarikat rakaman Life Records pada tarikh 1 Januari 1986. Album ini menjadi album yang pertama dirakam oleh beliau dan akhirnya nama Noraniza Idris mula dikenali di Malaysia dan sebahagian negara jiran, Indonesia dikeranakan keluaran album ini.

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukKomposerMasa
1."Hujung Sireh" (Noraniza Idris) Tradisional3:42
2."Cermin Budi" (Sham) Said Effendi4:26
3."Mak Inang Kampung" (L. Ramli & Noraniza Idris) Tradisional4:46
4."Lela Manja" (Noraniza Idris) Tradisional3:38
5."Takdir Tuhan" (S. Jibeng) Rashid
M. Noor
3:54
6."Inang Pulau Kampai" (L. Ramli) Tradisional3:49
7."Sri Siantan" (A. Dayang) Tradisional4:32
8."Senandung Cina" (Sham) Tradisional4:37
9."Suriram" (A. Dayang & Sham) Tradisional2:57
10."Pura Pura" (L. Ramli) Said Effendi4:41
Jumlah masa: 41:02

Label syarikat

[sunting | sunting sumber]
  • Hak Cipta Fonografi ℗ – Hup Hup Sdn. Bhd.
  • Hak Cipta © – Hup Hup Sdn. Bhd.
  • Diedarkan (1) – Hup Hup Sdn. Bhd.
  • Diedarkan (2) – Life Records

Sejarah keluaran

[sunting | sunting sumber]
Negara Tahun dikeluarkan Format Label
Malaysia 1986 Kaset, CD, Album, Promo Life Records, Hup Hup
2004 CD, Album, Terbitan semula

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]