Pergi ke kandungan

Melissa Campbell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Melissa Campbell
Kelahiran
Melissa Alexander Campbell

(1991-02-25) 25 Februari 1991 (umur 34)
Pusat pendidikanThe New York Conservatory for Dramatic Arts
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1997–kini
PasanganWinston Chew (k. 2023)
Anak-anak1

Melissa Alexander Campbell (lahir 25 Februari 1991) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak, beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Puteri Fa-Ying dalam filem Hollywood 1999, Anna and the King.[1][2][3]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Campbell dilahirkan pada 25 Februari 1991 di Newcastle, New South Wales, Australia. Keluarganya berpindah ke Malaysia pada 1996 sewaktu beliau berusia 5 tahun, yang mana beliau dibesarkan di Kuala Lumpur.[1][4]

Selepas tamat sekolah menengah di Sri KDU di KL, beliau berpindah ke New York pada usia 18 tahun untuk melanjutkan pelajaran di The New York Conservatory for Dramatic Arts. Selepas lima tahun di sana, Melissa berpindah ke Los Angeles selama tiga tahun untuk mengejar impian yang lebih besar sebagai seorang pelakon.[1]

Pada usia 6 tahun, Campbell memulakan kerjaya awalnya dengan membintangi iklan ubat gigi Colgate.[5] Kemudian pada usia 8 tahun, beliau memperoleh kejayaan meluas apabila ditawarkan membintangi filem Anna and the King (1999) arahan Andy Tennant lakonan Chow Yun-Fat dan Jodie Foster dengan memegang watak sebagai Puteri Fa-Ying.[6] Ditanya mengenai pengalamannya berlakon dalam filem ini, beliau berkata: "Saya masih ingat semua yang berlaku – daripada proses pemilihan pelakon hingga akhir, sehingga tayangan perdana filem".[1]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Campbell berkahwin dengan Winston Chew pada Oktober 2023 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Malekai Chew.[7][8][9]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Anna and the King Puteri Fa-Ying Filem pertama
2021 Siapa Tutup Lampu? Amanda
2024 Padu Chantelle
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Neighbours Laura Pinski Network 10 1 episod; siri drama TV Australia
2009 Ghost 2 Alicia Soo 8TV
2015 Secret Space Disasters So Yeon-Yi Science Channel 1 episod; dokudrama
2021 Cinta Untuk Raf Dr. Kim TV1
2025 Keluarga Itu Camelia TV3
First Wives: Sisters Before Misters Michelle Astro Citra
2025–2026 Bad Cop Jia Vern Astro Ria

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Aplikasi Catatan
2019–2020 Keluarga Baha Don Suzi Faye Viu Drama web pertama; musim 2
2019 Kopitiam: Double Shot Seleb
2023 That Cover Girl Su Ann Prime Video
2026 Di Sebalik Jubah Tonton

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Kreatif Akademi Asia 2020 Pelakon Komedi Terbaik Dirinya sendiri Menang [10]
  1. ^ a b c d William K.C. Kee (14 September 2021). "Melissa Campbell: 'Pursue your Goals with Passion'" (dalam bahasa Inggeris). myeppo. Dicapai pada 24 Jun 2022.
  2. ^ Jason Lim (7 Disember 2020). "Dream with ambition" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 25 Jun 2021.
  3. ^ Jo Teh (12 Mei 2007). "'Princess' set to return" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  4. ^ Karmun Ng (1 Julai 2020). "Breaking into Hollywood: Melissa Campbell" (dalam bahasa Inggeris). First Classe. Dicapai pada 25 Jun 2021.
  5. ^ Noel Wong (22 November 2023). "Melissa Campbell, rising starlet of Malaysia". FMT Lifestyle (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Dicapai pada 28 Jun 2024.
  6. ^ Dennis Chua (19 Jun 2023). "#Showbiz: From goodie to baddie" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 25 Jun 2023.
  7. ^ "Melissa Campbell tak tersinggung terima komen berunsur lucah, anggap 'modal' netizen nak bersembang". mStar Online. 13 April 2025. Dicapai pada 28 Jun 2025.
  8. ^ "Melissa Campbell kongsi cabaran 'shooting' First Wives ketika hamil". Astro Awani. 2 Mei 2025. Dicapai pada 28 Jun 2025.
  9. ^ Ainun Mat Zooki (2 Mei 2025). "Melissa Campbell Kongsi Cabaran Shooting Astro Originals First Wives Ketika Hamil - "Saya Ni Jenis Tak Suka Duduk Rumah"". Astro Gempak. Dicapai pada 28 Jun 2025.
  10. ^ Budiey (16 Oktober 2020). "The Bridge & Kopitiam: Double Shot Menang di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2020". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 September 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]