Melubangtenggelam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Monumen bagi kapal yang ditenggelamkan oleh Amandus Adamson di Sevastopol. Armada Laut Hitam Rusia telah dilubangtenggelamkan sebelum Pengepungan Sevastopol semasa Perang Crimea.

Melubangtenggelam adalah perbuatan sengaja menenggelamkan sesebuah kapal dengan membiarkan air masuk kedalam badan kapal. Ini boleh dicapai dalam beberapa cara—kunci paip laut atau hac boleh dibuka kepada air laut, atau lubang mungkin dirobek kedalam badan kapal dengan kekerasan atau dengan bahan letupan. Melubangtenggelam mungkin dilakukan untuk melupuskan sesebuah kapal yang ditinggalkan, berusia, atau ditawan; untuk mengelak kapal tersebut daripada menjadi bahaya navigasi; sebagai satu tindakan memusnahkan diri untuk mengelak kapal itu daripada ditawan oleh pihak musuh (atau, dalam kes kapal terlibat dalam aktiviti haram, oleh pihak berkuasa); sebagai kapal blok untuk menyekat pergerakan melalui selat atau didalam pelabuhan; untuk menyediakan terumbu karang buatan bagi penyelam dan kehidupan laut; atau untuk mengubah aliran sungai.

Nota[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • George, S. C. (1981). Jutland to Junkyard. Edinburgh: Paul Harris Publishing. ISBN 9780862280291.