Melur Untuk Firdaus (musim 2)
Melur Untuk Firdaus | |
---|---|
Musim 2 | |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 35 |
Keluaran | |
Rangkaian | TV3 Disney+ Hotstar |
Tarikh siaran | 16 Mac 2023 – kini |
Kronologi musim |
Musim kedua Melur Untuk Firdaus[1], juga dikenali sebagai Melur Untuk Firdaus 2 memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 16 Mac 2023.[2]
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Musim baharu ini bermula dengan kisah rumah tangga Melur (Anna Jobling) dan Firdaus (Meerqeen) yang kini kembali bahagia. Kedua-dua mereka ingin mengukuhkan perhubungan mereka namun mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam mencari kebahagiaan. Tambahan pula, Firdaus terpaksa mengendalikan projek syarikat di luar bandar, menyebabkan dirinya sibuk dengan kerja dan banyak meluangkan masa dengan rakan sekerjanya Mawar (Eyka Farhana).
Melur teruja untuk mengembangkan kerjayanya dalam dunia penulisan buku kanak-kanak. Dalam usaha membuka syarikat penerbitan novel kanak-kanak, rakan kongsinya, Zackery (Azim Yusof) dalam diam menaruh hati kepada Melur.
Pada masa yang sama, Lili dan anaknya Damia kini hidup lebih tenang setelah suaminya Zain dipenjarakan. Namun, apabila Zain dibebaskan dari penjara, Lili mula rasa resah kerana trauma dengan perbuatan Zain memukulnya. Melur memujuk Lili supaya berdoa agar Zain insaf dan berubah perangai.
Mawar pula sebenarnya ingin bercuti ke luar negara tetapi ayahnya Tuan Idrus memaksa Mawar bekerja supaya bersedia untuk mengambil alih syarikatnya suatu hari nanti. Mawar enggan bekerja sehinggalah suatu hari secara kebetulan bertemu dengan Firdaus dalam situasi yang membuatkan hati Mawar bergelora. Peristiwa ini membuatkan Mawar terus bersemangat untuk bekerja.
Mampukah pasangan Melur dan Firdaus ini mengekalkan hubungan cinta mereka walau diuji dengan pelbagai rintangan?
Pelakon[sunting | sunting sumber]
Pelakon utama[sunting | sunting sumber]
- Anna Jobling sebagai Melur (Adriana Zulaikha)
- Meerqeen sebagai Firdaus Iskandar
- Eyka Farhana sebagai Mawar
- Azim Yusof sebagai Zack (Zachery)
Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]
- Fimie Don sebagai Haris Danial
- Sabrina Sharleen sebagai Rania
- Kuza sebagai Kamariah
- Azhar Amir sebagai Kamaruzzaman
- Haleeda Mazlin sebagai Rohana
- Zainol Ismail sebagai Nasaruddin
- Hani Nazrina sebagai Lily
- Hairi Safwan sebagai Zain
- Qaseh Qhairiena sebagai Damia
- Taib Zamannuri sebagai Raikal
- Tengku Tieya sebagai Nana
Episod[sunting | sunting sumber]
No. keseluruhan | No. dalam musim | Tajuk | Tarikh keluaran asal | |
---|---|---|---|---|
29 | 1 | "Episod 1" | 16 Mac 2023 | |
Melur dan Firdaus mula menulis catatan motivasi setiap minggu dan berjanji untuk mengeratkan hubungan mereka. | ||||
30 | 2 | "Episod 2" | 17 Mac 2023 | |
Firdaus mengingatkan dirinya akan mula sibuk dengan projek di Pahang. Melur teruja dan doakan agar projek berjalan lancar dan sanggup berjauhan selalu dengan Firdaus asalkan cinta mereka sentiasa mekar mewangi. | ||||
31 | 3 | "Episod 3" | 20 Mac 2023 | |
Melur memberi semangat kepada Firdaus untuk memulakan projek baru. Melur keluar dengan Haris tetapi diserang oleh Nasarudin. Mawar terjatuh cinta pandang pertama kepada Firdaus dan bersemangat untuk kerja. | ||||
32 | 4 | "Episod 4" | 21 Mac 2023 | |
Nasarudin mengadu pada Firdaus yang Melur keluar dengan lelaki lain dan malukan mereka. Firdaus marah dan tuduh melulu Melur tanpa usul periksa. | ||||
33 | 5 | "Episod 5" | 22 Mac 2023 | |
Firdaus dan Melur yang berbalah tentang Haria, akhirnya berdamai dan menjadikannya satu pengajaran. Haji Nasarudin perli Melur yang belum hamil dan desak buat ujian kesuburan. | ||||
34 | 6 | "Episod 6" | 23 Mac 2023 | |
Melur kecewa buku pertamanya tidak laku dan berusaha cari syarikat penerbitan untuk terbitkan buku kanak-kanak baru dengan sokongan ibu bapa, Haris dan Firdaus. | ||||
35 | 7 | "Episod 7" | 24 Mac 2023 | |
Firdaus tetap sokong Melur yang belum dapat cari penerbit. Melur ingatkan Firdaus untuk tidak jalankan misi pengukuhan cinta mereka kerana sibuk dengan kerja. | ||||
36 | 8 | "Episod 8" | 27 Mac 2023 | |
Melur dan Rykarl buat kek sebagai kejutan buat Firdaus. Mawar cemburu tengok Melur yang sengaja manja-manja dengan Firdaus. | ||||
37 | 9 | "Episod 9" | 28 Mac 2023 | |
Mawar menggunakan Rykarl untuk mengetahui hal tentang Firdaus. Bapa Firdaus tidak sabar untuk menimang cucu. | ||||
38 | 10 | "Episod 10" | 29 Mac 2023 | |
39 | 11 | "Episod 11" | 30 Mac 2023 | |
40 | 12 | "Episod 12" | 31 Mac 2023 |
Penerbitan[sunting | sunting sumber]
Ia telah dihebahkan pada September 2022 bahawa Melur Untuk Firdaus akan kembali untuk musim kedua yang dijadualkan untuk tayangan awal 2023.[3][4] Portal XTRA melaporkan pada 3 Mac 2023 bahawa Eyka Farhana akan berlakon di samping Anna Jobling dan Meerqeen dalam musim kedua drama ini dengan melakonkan watak sebagai Mawar.[5]
Siaran[sunting | sunting sumber]
Melur Untuk Firdaus 2 memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 16 Mac 2023 menggantikan Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Ia juga boleh ditonton melalui penstriman di Disney+ Hotstar.[6]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Melur Untuk Firdaus 2". Kepala Bergetar. Dicapai pada 17 March 2023.
- ^ Drama Melur Untuk Firdaus 2. Myinfotaip la. Dicapai 4 Mac 2023
- ^ "Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju". MyKMU. 14 September 2022. Dicapai pada 16 Mac 2023.
- ^ "Tak Sabar! 'Melur Untuk Firdaus Season 2' Trending Di Twitter, Anna Jobling & Meerqeen Buat Peminat Excited". XTRA. 8 Januari 2023. Dicapai pada 16 Mac 2023.
- ^ Afiqah Azizan (3 Mac 2023). "Eyka Farhana Jayakan Watak Baharu Dalam 'Melur Untuk Firdaus 2'". XTRA. Dicapai pada 17 Mac 2023.
- ^ Ain Mahthir (17 Mac 2023). "Baru Episod Pertama Melur Untuk Firdaus 2, Ramai Akui Seronok Tengok 'Chemistry' Dua Pelakon Utamanya!". Syor. Dicapai pada 17 Mac 2023.