Memaut (biologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ekor yang memaut.

Memaut adalah sifat sesuatu anggota atau organ badan yang disesuaikan untuk mencengkam atau memegang.

Contoh[sunting | sunting sumber]

Antara anggota badan yang mampu mencengkam adalah:

  • Kaki dan tangan
    • Semua tangan primat (monyet, mawas dan manusia) boleh memaut
    • Cakar kucing juga memaut
  • Ekor
    • Ekor mamalia yang panjang (cth. rumpun monyet, kucing)
    • Kebanyakan rumpun cicak mempunyai ekor memaut
  • Lidah: zirafah
  • Hidung (belalai): gajah, cipan
  • Sesungut sotong gurita

Kebolehan memaut memberikan haiwan dan manusia satu kelebihan semula jadi yang hebat untuk memanipulasi alam semula jadi untuk makan, mengorek dan mempertahankan diri. Ia membolehkan banyak haiwan seperti primat untuk menggunakan alat untuk membuat kerja yang mustahil tanpa anggota badan khusus. Contohnya, cimpanzi boleh menggunakan ranting untuk mencabut anai-anai dan lundi seperti mana manusia memancing ikan. Bukan semua anggota memaut digunakan untuk menggunakan alatan; contohnya, lidah zirafah digunakan untuk tabiat makan dan menjilat diri.