Membasuh muka

Membasuh muka atau mencuci muka ialah tindakan membasuh muka untuk menyingkirkan tanah, kuman, minyak, serpihan dan apa-apa bahan yang tidak diperlukan yang terdapat pada lapisan muka, dengan menggunakan sama ada sabun atau agen pembersih dan air. Kotoran yang melekat atau sisa bahan yang tidak dikehendaki daripada bahan kosmetik sukar melarut dalam air. Jadi, produk pembersihan muka dalam tabiat membasuh muka harian dapat menyingkirkan bahan yang tidak dikehendaki berkenaan secara berkesan dengan pemecahan ia kepada partikel-partikel kecil.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum dianggap sebagai rutin menjaga kebersihan kendiri, manusia membasuh muka untuk melaksanakan ritual keagamaan atau budaya sejak dahulu lagi.[1] Manusia mengikis kulit mereka sendiri dengan menggunakan objek, seperti serpihan batu. Merentasi tamadun yang berbeza, manusia mula menemukan proses pembuatan sabun, dan secara semula jadi menggabungkan penggunaan sabun dalam rutin mereka membasuh muka. Salah satu rekod terawal proses pembuatan sabun dapat dilihat dalam penghasilan tablet tanah liat Sumeria pada tahun 2000 SM.[1] Pada 600 SM, tumbuhan dan bahan semula jadi seperti abu pokok dan lemak haiwan telah digunakan dalam penghasilan sabun orang Phoenicia. Orang Rom juga membentuk sabun di sekitar Gunung Sapo.[2] Pada zaman moden, saponifikasi ialah proses menghasilkan sabun secara kimia. Idea menggunakan sabun untuk membasuh muka terus berkembang seiring masa bagi memenuhi keperluan manusia, seperti menambahkan ekstrak tumbuhan ke dalam cecair pencuci muka.[2]
Muka dianggap sebagai komponen penting dalam tubuh manusia, yang digunakan untuk mewakili imej seseorang individu untuk dipertonton di khalayak khususnya dalam kalangan masyarakat Asia Timur.[3] Dalam kes sedemikian, penampilan seseorang memainkan peranan penting dalam menengakkan nilai moral yang mana menjadikan tindakan membasuh muka, atau menjaga kebersihan muka sebagai amalan yang penting untuk dilakukan. Membasuh muka berfungsi sebagai cara menyucikan akhlak seseorang.[3] Konsep ini kemudiannya beransur-ansur perlahan berkembang dan menjadi sebahagian daripada cara relaksasi pada wajah. Banyak produk kebersihan muka telah diperkenalkan dengan kepelbagaian bahan yang digunakan, bau, warna yang berbeza-beza untuk menawarkan pelbagai manfaat penjagaan kulit muka.[2]
Peranan
[sunting | sunting sumber]Membasuh muka boleh mengekalkan kebersihan kulit dengan berkesan kerana tindakan pembasuhan antara air dan sabun atau agen pembersih boleh menanggalkan lapisan kotoran yang terdapat pada wajah seperti minyak yang terkumpulan di bawah permukaan kulit pada siang hari.[4] Ia penting bagi menyingkirkan bahan pencemar, rembesan kelenjar minyak yang berlebihan, dan kekotoran lain yang boleh menyumbat liang pori dan boleh menyebabkankan masalah kulit seperti jerawat kepada individu yang memiliki kulit yang sensitif.[5] Membersihkan muka secara berkala boleh menyumbang kepada kesihatan kulit yang baik secara keseluruhannya kerana dapat menghalang pembentukan bakteria serta mengurangkan risiko keadaan kulit yang bermasalah seperti jerawat, bintik hitam dan cela lain.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 Mukhopadhyay, Partha (2011). "Cleansers and Their Role in Various Dermatological Disorders". Indian Journal of Dermatology. 56 (1): 2–6. doi:10.4103/0019-5154.77542. PMC 3088928. PMID 21572782.
- 1 2 3 Ertel, Keith (2000). "Modern Skin Cleansers". Dermatologic Clinics. 18 (4): 561–575. doi:10.1016/s0733-8635(05)70207-2. PMID 11059364.
- 1 2 Lee, Spike W. S.; Tang, Hong Hong; Wan, Jing; Mai, Xiao Qin; Liu, Chao (2015). "A cultural look at moral purity: wiping the face clean". Frontiers in Psychology. 6 (577): 577. doi:10.3389/fpsyg.2015.00577. PMC 4428058. PMID 26029134.
- ↑ CDC (2022-06-15). "Facial Cleanliness". Centers for Disease Control and Prevention (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-27.
- ↑ Lee, Sang Ju; Seok, Joon; Jeong, Su Yeong; Park, Kui Young; Li, Kap Sok; Seo, Seong Jun (2016). "Facial Pores: Definition, Causes, and Treatment Options". American Society of Dermatologic Surgery. 42 (3): 277–285. doi:10.1097/DSS.0000000000000657. PMID 26918966.