Memil-buchimgae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Memilbuchimgae)
Memil-buchimgae
JenisBuchimgae
Tempat asalKorea
Kawasan/rantauGangwon
Bahan utamaGandum kuda, sayuran atau kimchi
Hidangan serupaBlini, Kaletez
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Nama Korea
Hangul메밀부침개
Perumian Semakanmemil-buchimgae
McCune–Reischauermemil-puch'imgae

Memil-buchimgae (메밀부침개) atau lempeng gandum kuda ialah sejenis buchimgae, atau lempeng Korea. Ia hidangan serupa krep yang dibuat dari adunan bater cair gandum kuda dan kubis Napa.[1]

Bersama dengan hidangan gandum kuda lain, ia keistimewaan tempatan tradisional di Wilayah Gangwon, iaitu gandum kuda ditanam secara meluas kerana iklim pergunungan yang sejuk. Daerah Pyeongchang dan Jeongseon terkenal dengan hidangan gandum kuda seperti memilmuk (jeli gandum kuda) dan memilguksu (mi gandum kuda). Perayaan tempatan terbesar di Pyeongchang dipanggil Festival Memilbuchigi sebelum ia dinamakan semula Festival Pyeongchang pada tahun 2015. [2](Memilbuchigi bermakna memilbuchimgae dalam dialek Gangwon.) Banyak memilbuchimgae dapat dilihat di Pasar Pyeongchang, pasar petani yang diadakan di Pyeongchang setiap lima hari.[3]

Penyediaan[sunting | sunting sumber]

Memilbuchimgae

Adunan bater disediakan dengan mencampurkan tepung gandum dan air menjadi agak cair. Kadang-kadang sedikit tepung gandum atau kanji boleh ditambah kerana gandum kuda mempunyai unsur-unsur lekat yang kurang. Dengan cara tradisional, gandum kuda yang dicampur dengan air akan dikisar dengan batu giling dan adunan itu ditapis melalui penyaring.[4] Adunan yang ditapis dimasak di atas sodang (소당) yang merupakan tudung sot (솥, periuk besar tradisional) dan digunakan untuk goreng tohor. Beberapa kepingan salur kubis napa masin dan daun bawang yang dipotong menegak di atas sodang yang dipanaskan, dan adonan dicurah ke atasnya.[5] Kimchi masam boleh digantikan dengan kubis. Apabila membuat memilbuchimgae, adunan perlu dituangkan dengan tipis kerana memilbuchimgae tebal dianggap kurang enak.[6] Minyak perilla digunakan untuk memasak hidangan.[5]

Makanan yang dibuat dengan memilbuchimgae[sunting | sunting sumber]

Bingtteok, keistimewaan Jeju.

Memilbuchimgae boleh juga menjadi bahan untuk membuat hidangan lain seperti memil chongtteok (메밀총떡) atau juga memil jeonbyeong (메밀전병). Hidangan ini dibentuk seperti ladu atau balutan berinti dengan bahan yang ada mengikut resipi, rasa, atau rantau. Di rantau Jeju, hidangan itu dinamakan bingtteok (빙떡) atau Jejudo bindaetteok[7] dan diisi dengan lobak rebus yang dicarik. Inti yang biasa digunakan di Wilayah Gangwon pula ialah japchae (salad mi), kimchi masam cincang, lobak, daun bawang, bawang putih, dan daging babi atau sotong yang dicarik yang diperisakan dan digoreng bersama.[8] Di rantau Pyeongchang, setengah mi telus yang dipanggil cheonsachae (천사채) yang dibuat daripada kelp, selalu digunakan.[5][9]

Hidangan ini dianggap sebagai anju yang baik kerana gabungan rasa manis dan sedikit campuran dari memilbuchimgae dan rasa tajam dari intinya membuatnya menjadi hidangan iringan yang baik untuk minum minuman beralkohol.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 억새, 갈대 명승지와 함께하는 '맛기행' ②강원 정선 [A 'gastronomic travel' with the reed and purple maiden silvergrass spot: 2. Gangwon Jeongseon]. Ilyo Sisa (dalam bahasa Korea). 10 October 2016. Dicapai pada 8 December 2016.
  2. ^ 박, 영서 (2 October 2015). "<주말 N 여행> 강원권: '도깨비전설'로 돌아온 안흥찐빵" [<Weekend N Trave> Gangwon region: Anheungjjinppang's comeback with dokkaebi legends]. Yonhap (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 9 December 2016.
  3. ^ Han Chi-ho (한지호). 홍천 '메밀마을' (dalam bahasa Korean). Nate.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  4. ^ 평창시장(평창5일장) (dalam bahasa Korean). Korea Tourism Organization.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ a b c d Lee Cheol-won (이철원) (2006-10-06). 메밀부치기 빠지면 차례상 아이래요 (dalam bahasa Korean). Ohmynews.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ 메밀전 (dalam bahasa Korean). 디지털강릉문화대전.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Copeland Marks (1999). "Cheju-do Bindaedoek". The Korean Kitchen: Classic Recipes from the Land of the Morning Calm. Chronicle Books. m/s. 90p. ISBN 0-8118-2233-8.
  8. ^ 메밀전병 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  9. ^ 천사채 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Pancakes