Memorial Tun Abdul Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Memorial Tun Abdul Razak
Maklumat am
Ditubuhkan Mei 6, 1982 (1982-05-06)
Jenis Muzium sejarah
Pemilik Arkib Negara Malaysia
Maklumat geografi
Lokasi Sri Taman, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Maklumat pelawat
Laman sesawang www.arkib.gov.my/memorial-tun-abdul-razak

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Memorial Tun Abdul Razak merupakan sebuah bangunan kediaman rasmi Tun Abdul Razak yang pada asalnya dikenali sebagai Bangunan Sri Taman. Bangunan ini kemudiannya telah dijadikan muzium bagi memperingati jasa beliau serta dirasmikan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (gelaran beliau pada waktu itu) pada 6 Mei 1982. Tun Abdul Razak telah mendiami bangunan ini semenjak tahun 1962 sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada bulan Januari 1976.[1]

Bahan pameran[sunting | sunting sumber]

Memorial ini mempamerkan bahan-bahan kepunyaan Tun Abdul Razak sendiri dan juga bahan-bahan yang berkaitan dengan beliau.[1]

Keseluruhan bahagian pameran terbahagi kepada dua. Bahagian satu iaitu pameran di Bangunan Sri Taman yang mempamerkan kira-kira 650 bahan dan boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar iaitu bahan-bahan arkib, bahan-bahan muzium, dan bahan-bahan perpustakaan. Semua bahan dipamerkan mengikut tajuk-tajuk tertentu, antaranya ialah Biografi, Personalia, Pertahanan, Pelajaran, Hadiah dan Cenderamata, Sosial, Politik, Pembangunan, Hal Ehwal Luar Negara, Kegiatan Agama, Kembali ke Rahmatullah dan Yayasan Tun Razak. Selain gambar-gambar dan dokumen, bahan-bahan milik peribadi beliau dan keluarga turut dipamerkan.

Bahagian dua pula mempamerkan kira-kira 1580 bahan mengenai penglibatan dan kegiatan Tun Abdul Razak semasa menjawat jawatan Menteri dan Perdana Menteri Malaysia. Bahan-bahan dipamerkan mengikut tajuk-tajuk tertentu. Selain daripada bahan-bahan pameran, terdapat juga persembahan multimedia sebagai maklumat tambahan kepada pelawat. Terdapat juga contoh Rumah FELDA yang dipamerkan di bahagian luar bangunan. Seterusnya, memorial ini menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pelawat seperti perpustakaan dan bilik penyelidikan serta kedai cenderamata.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Memorial Tun Abdul Razak". Arkib Negara Malaysia. Dicapai pada 26 Februari 2013. 
  2. ^ "Memorial Tun Abdul Razak". Arkib Negara Malaysia. Dicapai pada 26 Februari 2013.