Memory Stick

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Memory Stick

Sony Memory Stick dengan sokongan MagicGate.
Dimaju oleh:Sony
Dilanjutkan kepada:Memory Stick Duo, Memory Stick Micro, Memory Stick PRO-HG
Dilanjutkan kepada:Memory Stick Duo, Memory Stick Micro, Memory Stick PRO-HG

Memory Stick (kadang-kadang disingkatkan kepada MS) adalah format kad ingatan kilat yang mula dilancarkan oleh Sony pada bulan Oktober 1998 [1], dan istilah tersebut juga digunakan bagi merangkumi keseluruhan keluarga Memory Stick. Antaranya termasuklah Memory Stick PRO, penambah baikan yang membolehkan kapasiti storan yang lebih besar serta kadar pemindahan data yang lebih pantas; Memory Stick Duo, versi lebih kecil bagi Memory Stick (termasuklah PRO Duo); serta Memory Stick Micro (M2) yang lebih kecil lagi. Pada Disember 2006 Sony melancarkan Memory Stick PRO-HG, varian berkelajuan tinggi bagi MS PRO untuk kegunaan gambar pegun dan video berdefinisi tinggi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Memory Stick asal cuma boleh didapati sehingga saiz 128 MB, dan satu lagi versi iaitu Memory Stick Select membolehkan 2 cip ingatan 128 MB dipasang pada kad yang sama. Masalah tersebut hanya dapat diatasi melalui pengenalan Memory Stick PRO. Kad 8 GB telah diperkenalkan pada Pertunjukan Elektronik Pengguna 2006 di Las Vegas, Nevada dan menurut Sony, kelajuan potensi maksimum bagi Memory Stick PRO adalah 32 GB.

Walaupun jangka hayat produk bagi Memory Stick boleh dikatakan setanding dengan format terkenal lain seperti CompactFlash dan Secure Digital (SD), kegunaannya hanya terhad kepada produk buatan Sony ataupun Sony Ericsson. Sony turut memberi lesen bagi SanDisk dan Lexar untuk mengeluarkan Memory Stick.

Jenis-jenis Memory Stick[sunting | sunting sumber]

  1. Memory Stick asal (4 - 128 MB; 256 MB (128x2 MB) untuk Memory Stick Select)
  2. Memory Stick PRO
  3. Memory Stick Duo dan PRO Duo
  4. Memory Stick Micro
  5. Memory Stick PRO-HG

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Kelajuan pemindahan[sunting | sunting sumber]

Asal:

  • Kelajuan tulis maksimum: 14.4 Mbit/s (1.8 MB/s)
  • Kelajuan baca maksimum: 19.6 Mbit/s (2.5 MB/s)

Duo/PRO Duo:

  • Kelajuan pemindahan: 159 Mbit/s (20 MB/s)
  • Kelajuan tulis maksimum: 15 Mbit/s
  • Kelajuan baca maksimum: 80 Mbit/s (PRO Duo Berkelajuan Tinggi)

Micro (M2):

  • Kelajuan pemindahan: 160 Mbit/s (20 MB/s)

Saiz rekabentuk[sunting | sunting sumber]

  • Standard dan PRO: 50.0 mm (panjang; P) × 21.5 mm (lebar; L) × 2.8 mm (tebal; T)
  • Duo dan PRO Duo: 31.0 mm (P) × 20.0 mm (L) × 1.6 mm (T)
  • Micro: 15.0 mm (P) × 12.5 mm (L) × 1.2 mm (T) (lebih kurang 1/4 saiz MS Duo)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]