Mempercayaimu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Mempercayaimu"
Single oleh Mina Amira
Dikeluarkan pada17 Julai 2020
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop Balada
Panjang3:54 (single)
5:47 (muzik video)
SyarikatFusion Records MY
PenulisAchah Saputra, Zul Norizan
PenerbitZul Norizan
Kronologi single Mina Amira
"Seindah Lebaran"
(2020)
"Mempercayaimu"
(2020)

"Mempercayaimu" merupakan lagu nyanyian Mina Amira[1] yang dikeluarkan pada 17 Julai 2020. Lagu ini merupakan single pertama beliau selepas bergelar juara dalam episod ketiga I Can See Your Voice Malaysia[2] musim yang kedua (2013)

Produksi[sunting | sunting sumber]

Lagu ini ditulis sepenuhnya oleh Achah Saputra[3] dan digubah bersama Zul Norizan dan Achah Saputra. Lagu ini telah ditulis dan dirakam lebih 5 bulan awal sejak 2019 dan sudahpun memulakan pra-produksi bagi muzik video, tetapi terpaksa ditangguh akibat penularan wabak COVID-19 pada awal 2020.

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video "Mempercayaimu" diarahkan oleh Norshahrin Zainuddin dan dilakonkan oleh Fattah Fawzy dan beberapa pelakon sampingan seperti Nor Azirah dan Nabil Rahman.

Gimik yang dibawakan untuk mempromosikan muzik video "Mempercayaimu" terjadi tanpa disangka akibat sebuah rakaman video oleh salah seorang tenaga kerja dari kru penggambaran menjadi tular di media sosial Twitter, menimbulkan salah faham orang ramai yang lakonan tersebut merupakan pergaduhan di sebuah kedai makan Raja Bakor Doplohtiga.

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital

Carta dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Senarai carta dan pencalonan bagi 'Mempercayaimu' disemua platform dan media.

Tahun Nama Pencalonan Oleh
2021 Carta Lagu Baru Nak Up Era FM

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]