Menanti Hari Esok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Menanti Hari Esok (filem))
Menanti Hari Esok
PengarahJins Shamsuddin
PenulisJins Shamsuddin
Lakon layarJins Shamsuddin
Dihasilkan olehJins Shamsuddin
Dibintangi
Disunting olehJohari Ibrahim
Muzik olehAhmad Nawab
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPERFIMA
Tarikh tayangan
1977
Masa tayangan
125 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Menanti Hari Esok merupakan sebuah filem drama Malaysia 1977. Filem ini diarahkan dan ditulis oleh Jins Shamsuddin serta diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem ini mula ditayangkan pada 1977 di pawagam seluruh negara dan menampilkan Jins Shamsuddin, Noorkumalasari dan ramai lagi.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Talib bin Ayob merupakan seorang guru besar yang mempunyai tiga orang anak, seorang isteri dan juga seorang menantu. Hidupnya diputarbelitkan apabila disahkan menghidap penyakit barah dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk terus hidup. Dia menyorokkan keadaannya daripada keluarganya kecuali dengan isterinya.

Anak sulungnya Jalil berkelakuan derhaka kepadanya kerana dianggap telah mengkhianati arwah ibunya dengan menikahi Ani yang merupakan adik kepada arwah isterinya. Maria, isteri Jalil juga mempunyai lidah yang tajam. Mereka berkomplot untuk membolos harta Talib.

Anaknya yang kedua, Ayu pula merupakan pelajar perubatan. Dia seorang yang baik hati dan bercinta dengan Faizal, anak seorang yang ternama. Malangnya, Ayu mengandungkan anak Faizal dan merasakan hubungan mereka makin renggang. Dia cuba untuk terjun daripada sebuah bangunan, namun dihalang oleh Jalil dan Maria. Jalil yang berang pergi ke rumah Faizal dan memaksanya untuk bernikah dengan Ayu. Bapa Faizal membenarkannya dengan syarat mereka berkahwin di luar negara.

Setelah beberapa bulan, Talib tidak lagi bekerja dan sudah menjual keretanya. Dia sering kelihatan merayau di tengah bandar. Pada suatu hari, dia bertembung dengan rakannya Harun yang membawa Talib ke rumah urut. Tukang urut di situ yang bernama Aida ditugaskan untuk melegakan Talib dan menghantarnya pulang. Jalil yang menyaksikan kejadian ini menuduh ayahnya sebagai seorang yang hipokrit dan menyatakan hasratnya untuk mengusir semua orang setelah mendapat rumah keluarga mereka. Pada masa yang sama, Talib menuduh Ani berkelakuan curang terhadapnya dengan doktor yang merawatnya.

Di England, Ayu dan Faizal tiba untuk menjalankan proses pernikahan seperti yang telah diarahkan oleh ayah Faizal, Borhan. Namun demikian, Faizal bertindak memberitahu Ayu bahawa Borhan sebenarnya telah menyuruh Ayu menggugurkan kandungan tersebut. Ayu tidak mahu melakukan sedemikian kerana merasakan bahawa janin itu tidak bersalah, tetapi berjaya dipujuk oleh Faizal. Proses gugur itu berjaya dilakukan, meskipun kebenarannya adalah bahawa Borhan tidak meminta Faizal bertindak begitu. Jalil dapat tahu akan keadaan ini dan menyuruh Borhan untuk menghantarkan pesanan untuk mereka pulang ke tanah air.

Talib memutuskan untuk berpisah dengan Ani atas alasan menginginkannya mendapat peluang untuk meneruskan cinta selepas pemergiannya. Di samping itu, Talib juga menjemput Ayu apabila dia pulang ke Malaysia, lantas membawanya ke sebuah rumah baharu. Rumah itu dibeli oleh Talib untuk Ayu. Jalil mengekori Ayu yang membawa adik mereka Epi ke rumah tersebut. Jalil menuduh ayahnya memilih kasih dan Ayu membongkarkan rahsia penyakit Talib. Jalil berasa amat kesal atas perangainya sebelum ini.

Beberapa hari sebelum tarikh ajal Talib, Ayu mendengar rakaman suara degupan jantung kandungannya yang digugurkan. Ini menyebabkannya menelan pil tidur secara berlebihan. Talib membawa Ayu ke hospital dalam keadaan gegas dan turut rebah apabila tiba di situ. Babak pengebumian dan perspektif mayat dimainkan ketika kedua-duanya menjalani pembedahan. Akhirnya, Talib yang terselamat, malah didapati bahawa barahnya tidak lagi begitu kritikal manakala Ayu yang rupanya telah kembali ke Rahmatullah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Fotografi utama bermula pada Julai 1976 di Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia dan London, England dan selesai pada September 1976

Kawasan rumah baharu Ayu adalah di sekitar Jalan 1 Ampang Jaya.

Album runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Pelakon Wanita Terbaik

  • Noorkumalasari

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

  • Salim Bachik

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]