Menantu Bilal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menantu Bilal
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehMazelan Manan
PengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
Amar Asyraf
Nazeera Sardi
Syazwan Zulkifli
Ruhainies Farehah
Talha Harith
Chacha Maembong
Lagu pembukaanBoleh Blah - Nana Sheme
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod11 Episode
Penerbitan
Tempoh siaranJumaat - Ahad, 6.58 petang.
Syarikat penerbitan
(Enuja Production Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Dahlia)
Siaran asal2 Jun 2017 – 24 Jun 2017
Kronologi
MengikutiCucu Tauke Beras
Diikuti olehEncik Suami Mat Salih Celup

Menantu Bilal ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Zamri Zakaria, di bintangi oleh Amar Asyraf, Nazeera Sardi dan Syazwan Zulkifli. Siri ini memulakan tayangan di Slot Dahlia TV3 5 Jun 2017 mengantikan Cucu Tauke Beras. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Memaparkan kerenah tiga menantu iaitu Marlisa dari Negeri Sembilan, Normala (Pulau Pinang) dan Norain (Terengganu) yang masing-masing cuba memenangi hati mentua dengan pendekatan tersendiri.

Bilal Brahim dan Mak Esah adalah orang yang disegani dan menjadi tempat penduduk kampung mengadu serta mendapat nasihat. Daripada masalah ayam itik hinggalah masalah bercerai-berai. Semuanya berjaya diselesaikan mereka.

Pasangan ini mempunyai tiga anak lelaki iaitu Rahim, Rahman yang tinggal di Kuala Lumpur, manakala Rashid tinggal bersama mereka. Ketiga-tiga mereka mengambil keputusan berkahwin serentak dengan pasangan masing-masing yang berasal dari tiga negeri berlainan.

Keadaan menjadi kecoh apabila buat pertama kali mereka menyambut Ramadan dan mengadakan persediaan Aidilfitri.

Menantu ini bersaing bagi mengambil hati Lebai Brahim dan Mak Esah antaranya berebut-rebut memasak walaupun ada di antara mereka tidak tahu memasak dan terpaksa mempelajarinya melalui buku resipi dan pelbagai hal lagi.

Selain isu itu, pasangan ini turut berdepan masalah membabitkan penduduk kampung seperti soal pertentangan idea dalam membuat keputusan mengenai imam jemputan untuk solat terawih, moreh, khatam al-Quran dan soal berapa rakaat solat Tarawih yang patut dilakukan.

Tidak ketinggalan mereka juga berdepan masalah sikap penjual yang tidak mematuhi syarat berjualan ketika Ramadan, masalah mercun dan meriam sehinggalah ke soal penduduk yang makin berkurangan mengerjakan solat Tarawih.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Menantu Bilal. MyInfoTaip. Dicapai 17 Ogos 2021.