Menara Jam Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Menara Jam Besar terletak di Jalan Putera, Alor Setar, Kedah. Ia dibina pada tahun 1912 dahulu dan kini berusia lebih kurang 100 tahun. Tiba pada waktu-waktu tertentu, jam ini akan berbunyi. Daripada segi reka bentuknya, terdapat dua unsur yang ditonjolkan di sini iaitu unsur Islam dan Hindu.

Unsur Islam dapat dilihat pada bahagian kubahnya berserta lambang bulan sabit yang biasanya dapat dilihat pada masjid-masjid. Begitu juga ukiran yang terdapat di sekeliling menara ini. Tetapi, kalau diperhatikan pada bahagian bawah menara tersebut, ukirannya melambangkan unsur Hindu, terutamanya pada bahagian pintu masuknya.[1]

Pembinaan bangunan Jam Besar ini mempunyai kaitan rapat dengan Masjid Zahir yang bersebelahan iaitu daripada segi peranan dan fungsinya. Ia memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya bilal yang bertugas di masjid bagi menentukan waktu masuknya waktu solat sebelum azan dilaungkan. Dahulunya jam di menara ini akan berbunyi setiap kali menjelang masuknya waktu solat dan diikuti dengan paluan nobat yang akan dimainkan di Balai Nobat dan sejurus kemudian azan akan dilaungkan dari Masjid Zahir.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mercu Tanda Kedah Darul Aman - Menara Jam Besar, Alor Setar Memori Kedah. Dicapai 29 Mac 2013.
  2. ^ Alor Star Dalam Fokus : Menara Jam Besar mykedah.com. Dicapai 29 Mac 2013.