Menara Ostankino
Rencana ini perlu dikemas kini.(Oktober 2022) |
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Rusia. (Oktober 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Menara Ostankinskaya | |
---|---|
Останкинская телебашня | |
Etimologi | Ostankinsky District (en) |
Ketinggian yang direkodkan | |
Tertinggi di dunia dari 1967 hingga 1974[I] | |
Didahului oleh | Bangunan Empire State |
Diatasi oleh | CN Tower |
Maklumat umum | |
Status | Siap |
Jenis | Pemerhatian, telekomunikasi, pelancongan |
Lokasi | Moscow, Rusia |
Negara | Rusia dan Kesatuan Soviet |
Koordinat | 55°49′11″N 37°36′42″E / 55.81972°N 37.61167°EKoordinat: 55°49′11″N 37°36′42″E / 55.81972°N 37.61167°E |
Pembinaan bermula | 1963 |
Disiapkan pada | 1967 |
Dirasmikan pada | 1968 |
Pemilik | Perusahaan kesatuan Rangkaian Penyiaran Televisyen dan Radio Rusia |
Maklumat ketinggian | |
Menara antena | 540.1 m (1,772.0 ka) |
Bumbung | 385.4 m (1,264.4 ka) |
Tingkat teratas | 360.4 m (1,182.4 ka) |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 120 (bersamaan) |
Keluasan tingkat | 15,000 m2 (160,000 ka2) |
Lif/mesin pengangkat | 11[1] |
Keluasan permukaan | 15,000 m² |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Nikolai Nikitin (en) , Moisey Abramovitsj Sjkoed (en) , Dmitri Ivanovich Burdin (en) , Leonid Batalov (en) , Lev Nikolaevitsj Sjtsjipakin (en) |
Jurutera penstrukturan | Nikolai Nikitin |
Tapak web | |
http://www.tvtower.ru/ | |
Rujukan | |
[2][3] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Menara Ostankino (Rusia: Останкинская телебашня ) adalah sebuah menara televisyen dan radio yang terletak di Moscow, Rusia. Menara setinggi 540 m ini direka oleh Nikolai Nikitin. Pembangunannya dimulai pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1967. Menara ini memegang rekod struktur bangunan tertinggi di dunia untuk satu dekad, sehinggalah Menara CN siap dibina di Toronto, Kanada. Walau begitu, sehingga tahun 2005 Menara Ostankino masih memegang rekod yang sama untuk daerah Eurasia.
Pada tahun 2003, media memberitakan bahawa antena baru sudah dipasang, menambah tinggi menara sampai 577 m. Namun tinggi antena yang baru ternyata sama dengan yang lama. Rencana untuk antena baru yang lebih tinggi sudah dipertimbangkan tetapi belum ada sumber dana. Bagaimanapun, Menara Ostankino hampir pasti kehilangan statusnya walaupun antena baru dipasang, kerana Menara Rusia yang sedang dibina dijangkakan akan mencapai 612 meter.
Kemalangan
[sunting | sunting sumber]Menara Ostankino mengalami kebakaran pada 27 Ogos 2000, mengorbankan tiga orang. Selain itu, isyarat televisyen dan radio untuk lebih dari 18 juta orang di Moscow dan sekitarnya terganggu. Api muncul pertama kali sekitar 98 m di atas geladak pemerhatian dan restoran Seventh Heaven. Kebakaran ini menyebabkan pemindahan seluruh pengunjung dan kakitangan dari lokasi, yang selesai dalam waktu 90 minit dari munculnya api. Disebabkan oleh alat-alat elektronik di menara ini sudah cukup tua dan kurang terjaga, kerosakan yang terjadi sangat parah. Satu-satunya stesen televisyen yang tidak terganggu adalah stesen swasta NTV namun pemerintah menyatakan keutamaan harus diberikan kepada televisyen pemerintah, dan kerana itu saluran TV RTR mulai melakukan siaran ke sejumlah daerah Moscow.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ostankino Tele Tower at Skyscraperpage.com
- ^ Menara Ostankino di Emporis
- ^ "Menara Ostankino". SkyscraperPage.
- Zarakhovich, Yuri (31 Ogos 2000). August, the Cruelest Month. TIME Europe.
- Dougherty, Jill, dll. (28 Ogos 2000). Fire rages in Moscow's giant TV tower Diarkibkan 2007-10-12 di Wayback Machine. CNN.com.