Menara Pemudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Pemandangan menara dari Üsküdar.

Menara Pemudi (Bahasa Turki: Kız Kulesi; bentuk Uthmaniyah كز كولسي) adalah menara terletak di sebuah pulau kecil di bukaan selatan selat Bosphorus terletak 200 meter dari pantai Üsküdar bahagian Anatolia kota raya Istanbul, Turki. Menara ini didirikan dari zaman kerajaan Bizantium. Ia menjadi menara pemerhati pada zaman Muhammad al-Fatih.[1]

Bahagian dalam menara ini telah diubahsuai menjadi kafe dan restoran dengan pemandangan peninggalan kota ini pada zaman-zaman Rom, Bizantiyah dan Uthmaniyah.[2] Menara ini dapat diakses melalui kapal-kapal layar persendirian yang melakukan perjalanan ke menara beberapa kali sehari.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Müller-Wiener, Wolfgang (1977). Bildlexikon zur Topographie Istanbuls: Byzantion, Konstantinupolis, Istanbul bis zum Beginn d. 17 Jh (dalam bahasa Jerman). Tübingen: Wasmuth. m/s. 334. ISBN 9783803010223.
  2. ^ "Maiden's Tower official website: Photo gallery". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-26. Dicapai pada 2021-07-30.
  3. ^ "Maiden's Tower official website: Timetable of boat transfers to the tower". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-18. Dicapai pada 2021-07-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]