Menara Putih Thessaloniki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 40°37′34.93″N 22°56′54.34″E / 40.6263694°N 22.9484278°E / 40.6263694; 22.9484278

Menara Putih Thessaloniki

Menara Putih Thessaloniki (Bahasa Yunani: Λευκός Πύργος Lefkós Pýrgos; Bahasa Turki: Beyaz Kule; Templat:Lang-lad) adalah sebuah monumen dan muzium yang terletak berdekatan pantai di kota Thessaloniki, ibu negeri bagi wilayah Macedonia di utara Greece. Menara sekarang telah mengantikan sebuah kubu Byzantine, yang disebut sekitar kurun ke-12, bahawa empayar Uthmaniyah telah membina semulanya untuk mempertahankan pelabuhan kota setelah beberapa ketika Sultan Murad II menawan Thessaloniki pada tahun 1430. Menara ini kemudian dijadikan penjara semasa pemerintahan Uthmaniyah.

Menara Putih kemudian dimodel semula dan bahagian luarnya diputihkan selepas Greece berjaya menguasai kembali kota ini pada tahun 1912. Ia kemudian menjadi simbol bagi kota ini.

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pandangan kawasan sekitar menara

Menara Putih ini berbentuk silinder dengan diameter 23 m (75 ka) dan setinggi 34 m (112 ka) dari aras bumi, bahagian atas terletak sebuah turet berdiameter 12 m (39 ka) dan 6 m (20 ka) tinggi. Beberapa embrasure di dinding luar menara boleh diakses melalui sebuah anjakan berpilin; yang lain pula boleh diakses melalui sebuah blik tengah yang terletak setiap di setiap aras yang pada struktur ini yang setinggi 6 tingkat.

Turet menempatkan sebuah pelantar dengan diameter 10 m (33 ka), dan pelantar ini terletak di atas menara utama.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menara ini yang pernah satu ketika mengawal kota di tembok laut bahagian hujung timur untuk beberapa tahun tunduk kepada Venice, di mana Thessaloniki telah diserahkan oleh Byzantines pada tahun 1423. Menjadi pengetahuan umum bahawa menara ini telah dibina oleh Uthmaniyah tidak lama selepas tentera Sultan Murad II menawan Thessaloniki pada tahun 1430.[1] Sehingga tahun 1912, satu inskripasi dalam Turki Uthmaniyah yang terletak di atas pintu menyatakan struktur ini bertarikh AH 942 (1535–1536).

Sejarawan Franz Babinger berspekulasi bahawa kerja rekabentuknya dilakukan oleh arkitek Uthmaniyah yang terkenal, Mimar Sinan, yang dikenali membina banyak kubu termasuk menara yang serupa di pelabuhan Albania, Valona pada tahun 1537.[2]

Pengubahsuaian[sunting | sunting sumber]

Menara sekarang berkemungkinan besar telah mengantikan sebuah menara yang lebih tua binaan Byzantine yang dipetik oleh archbishop Eustathius of Thessalonica pada kurun ke-12 semasa penawanan kota pada tahun 1185.[3]

Struktur binaan Uthmaniyah ini sendiri mengalami beberapa perubahan selama bertahun-tahun. Gambaran awal[bila?] menunjukkan ia asalnya ditutupi oleh sebuah bumbung berkon, sepertimana menara-menara sama di kubu Yedikule dan Rumelihisarı di Istanbul.

Menara Putih pada tahun 1912, menunjukkan chemise yang mengelilingi menara sehingga ia dimusnahkan pada tahun 1917

Sehingga kemusnahannya pada tahun 1917, sebuah chemise berdiri di kaki menara, memberi sokongan untuk senjata berat dan mengelilingi sebuah kawasan sekurang-kurangnya tiga kali diameter menara utama. Turet oktagonal di atas chemise dan caponier di aras bumi memberi tembakan sisi sekitar menara. Tidak jelas sama ada chemise merupakan sebahagian skim asal untuk menara atau ia telah ditambah kemudiannya.[1]

Selama berkurun-kurun menara ini merupakan sebahagian daripada tembok bagi kota lama Thessaloniki, memisahkan kawasan kediaman Yahudi di kota daripada perkuburan Yahudi dan Muslim.[4] Tembok-tembok kota telah dimusnahkan pada tahun 1866.

Daripada Menara Merah ke Menara Putih[sunting | sunting sumber]

View of the tower from around 1919

Menara ini telah digunakan dengan jayanya sebagai sebuah kubu, garrison dan penjara. Pada tahun 1826, atas perintah Sultan Mahmud II, satu pembunuhan beramai-ramai di atas pemberontakan oleh Janissary yang dipenjarakan di sini. Di sebabkan "mangsa-mangsa seksaan dan hukuman Uthmaniyah yang tidak terkira", menara ini mendapat nama sebagai "Menara Darah" atau "Menara Merah" (Bahasa Turki: Kanli Kule), satu nama yang kekal sehingga akhir kurun ke-19.[4]

Pada tahun 1912, apabila Thessaloniki diserahkan oleh empayar Uthmaniyah kepada negara Hellenic semasa Perang Balkan Pertama, menara ini dikapuri sebagai satu simbolik pembersihan, dan mendapat namanya sejak peristiwa ini. Raja George I dari Greece telah dibunuh tidak jauh daripada Menara Putih pada bulan Mac 1913.

Menara ini kini berwarna kekuningan tetapi masih mengekalkan namanya sebagai Menara Putih. Ia berdiri di garis air Thessaloniki, Jalan Nikis (Kemenangan). Ia menempatkan sebuah muzium yang didedikasikan kepada sejarah Thessaloniki dan merupakan salah satu tarikan utama pelancong.

Muzium Menara Putih[sunting | sunting sumber]

Sebuah pandangan moden Menara Putih dengan kawasan kejiranan di belakangnya.
Pandangan daripada bahagian timur bumbung

Menara Putih menempatkan sebuah pameran yang didedikasikan kepada kota Thessaloniki dan sejarahnya sepanjang zaman. Ia diatur oleh Muzium Kebudayaan Byzantine dan ditadbir oleh Ephorate Antik Byzantine di bawah Kementerian Kebudayaan Greek.

Menara ini dibuka kepada orang awam, dan para pengunjung berpeluang untuk melihat peta kota lengkap dengan monumen dan muzium, satu garis masa bersama peristiwa-peristiwa berkaitan dengan Thessaloniki, rencana saintifik daripada para sejarawan dan arkeologi terkenal, bibliografi dsb. Lawatan sekolah boleh dirancang dengan menghubungi Muzium Byzantine.[5][6][7]

Pameran 2002[sunting | sunting sumber]

For the first few months of 2002 the White Tower housed 'Byzantine Hours', an exhibition devoted to ordinary life in Byzantine times.

Exhibits on the first floor were part of the thematic unit entitled 'Professionals in the market place'. To be more precise, there were tools and other objects belonging to goldsmiths, blade-smiths, cobblers, glass-makers and tilers, coins and a model of the city of Thessaloniki market place. The second floor was devoted to journeys and trade. So exhibits included objects and texts related to journeys by sea and overland, fairs, spectacles and pilgrimages.

The third floor was focused mainly on the presentation of the Byzantine home and what the inside, the decoration, suppers and the neighbourhood were like. One floor above this there was an exhibition of life at home with garments and footwear, cosmetics, perfume and jewellery, personal grooming, and even superstitions. The theme of the top floor was death, covering burial and graves, funerary customs, finds from graves, gravestone inscriptions from cemeteries, even objects and specimens of magic were on display in the show cases on the top floor of the Tower.

The tower is now used as a museum.

Kontroversi not matawang Menara Putih[sunting | sunting sumber]

Fail:White tower banknote.jpg
Cenderamata not matawang tidak rasmi daripada Republik Macedonia mengambarkan Menara Putih Thessaloniki

Pada awal tahun 1990-an, Menara Putih, yang terletak di ibu negeri wilayah Macedonia Greek, menjadi tumpuan satu kontroversi penting antara Greece dan Republik Macedonia yang baharu merdeka, dahulunya sebagaian daripada bekas Yugoslavia. Kontroversi ini adalah sebahagian daripada pertikaian yang lebih besar berkenaan nama Macedonia yang bersejarah.

Fail:LocationMacedonia-HEL-2-z.png
Μακεδονία (Macedonia, wilayah terbesar di Greece moden
Fail:LocationMacedonia-ROM-2-z.png
Македонија (Macedonia Utara, negara berjiran dengan wilayah Greek

}} Cenderamata not matawang tidak rasmi "Makedonka" yang dicipta oleh pertubuhan nasionalis di Republik Macedonia, mengambarkan Menara Putih Thessaloniki, meskipun menara ini terletak di wilayah Macedonia Greece dan bukannya di Republik Macedonia. VMRO-DPMNE bertindak lebih jauh sehingga mencadangkan agar not matawang Menara Putih diterima sebagai not matawang rasmi. Bagaimanapun, kerajaan di Skopje menolaknya untuk kegunaan rasmi dan menerima pakai rekabentuk berlainan untuk denar Macedonia baharu, yang mana dikeluarkan pada tahun 1992.[8]

Bagaimanapun IMPRES mencetak not matawang tidak rasmi yang mengambarkan Menara Putih,[9][10] yang mana telah dijual sebagai cenderahati di jalan-jalan Skopje, membawa penafian, "Ini merupakan not matawang cenderahati dan bukan untuk kegunaan rasmi."[11][12]

Percetakan matawang ini menjadi topik khabar angin di Greece bahawa matawang bagi sebuah negara jiran baharu menggunakan simbol-simbul Greek  —menjadikan ia satu kontroversi besar, di sebabkan pertikaian dengan Republik Macedonia berkenaan nama dan benderanya.[13] Not-not ini bagaimanapun tidak pernah diedarkan, kerana ia bukan not matawang sah, tetapi episod ini menambah kesakitan bagi kedua-dua buah negara dan menambah ketegangan.[14]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Tracy (2000), p.303–307.
  2. ^ Tracy (2000), p.306, note 56.
  3. ^ Kiel, Machiel (1973). "A Note on the Exact Date of Construction of the White Tower of Thessaloniki". Balkan Studies. 14: 325–357. 
  4. ^ a b Glenny, p.181
  5. ^ "White Tower. Thessaloniki. - New exhibition at the monument-symbol of the city". Museum of Byzantine Culture. Diarkibkan daripada asal pada 22 June 2012. Dicapai 22 July 2012.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  6. ^ Museums of Macedonia web site
  7. ^ Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported license
  8. ^ Roudometof, Victor (2002). "Toward an Archaeology of the Macedonian Question". Collective Memory, National Identity, and Ethnic Conflict. Greenwood Publishing. m/s. 64. ISBN 0-275-97648-3. 
  9. ^ [1][pautan putus]
  10. ^ Sassoon, Donald (1997). Looking Left: European Socialism After the Cold War. I.B. Tauris. m/s. 77. ISBN 1-86064-180-6. 
  11. ^ Smith, Helena (31 January 1992). "Gamble of the Macedonia Gambit". The Guardian. Guardian Newspapers. m/s. 23. 
  12. ^ Karakasidou, Anastasia; R Brian Ferguson (2003). The State, Identity and Violence. Routledge. m/s. 202. ISBN 0-415-27412-5. 
  13. ^ Borza, Eugene N.; Titchener, Frances B.; Moorton Jr., Richard F. (1999). The Eye Expanded: Life and the Arts in Greco-Roman Antiquity. University of California Press. m/s. 256. ISBN 0-520-21029-8. 
  14. ^ Marks, Michael P.; Peter J. Katzenstein (1997). Tamed Power: Germany in Europe. Cornell University Press. m/s. 149. ISBN 0-8014-8449-9. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Glenny, Misha (2001). "A maze of conspiracy". The Balkans: Nationalism, War and the Great Powers, 1804-1999 (edisi Penguin 2001 softcover). New York, New York: Penguin. m/s. 181. ISBN 0-14-023377-6. 
  • Simons, Marlise (February 3, 1992). "As Republic Flexes, Greeks Tense Up". New York Times. 
  • Tracy, James D (2000). City Walls: The Urban Enceinte in Global Perspective. Cambridge University Press. ISBN 0-521-65221-9. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Landmarks of Thessaloniki Templat:Ottoman monuments of Thessaloniki Templat:Museums in Thessaloniki