Menara masjid Bab Berdieyinne runtuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Menara Masjid Bab Berdieyinne pada Disember 2009

Menara Masjid Lalla Khenata runtuh pada jam 12.45, hari Jumaat 19 Februari 2010 di Bab Berdieyinne, Meknes, Maghribi. Seramai 41 jemaah di bawah menara terbunuh dan 75 lagi luka.[1][2]

Puncanya hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat, tanaman dan jalan raya rosak. Ketika kejadian, seramai 300 jemaah sedang solat Jumaat dan imam / khatib sedang memulakan khutbah Jumaat. Mereka yang cedera dibawa ke Fez, 60 km ke utara.[3]

Raja Muhammad VI mengarahkan menara masjid itu dibina semula seperti bentuk asal. Masjid abad ke-18 itu dibina atas arahan menteri wanita bernama Khnata Bent Bakkar. Meknes adalah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Meknes terletak 120 km dari Rabat. Baginda juga mengarahkan semua masjid lama dipeiksa semula kestabilan strukturnya.[2]

Operasi menyelamat lambat datang kerana jalan raya sempit dan halangan hujan lebat. Kenderaan berat tidak dapat melaluinya. Dinding rumah dan kedai berdekatan masjid sangat rapuh jika terlanggar.[4] Siaran televisyen sering melaporkan bumbung masjid dan bangunan lain runtuh tetapi jarang menara masjid runtuh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]