Pergi ke kandungan

Menghidupkan Ilmu Agama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ihya Ulumuddin
Jilid pertama Ihya Ulumuddin
Umum
PengarangImam Al-Ghazali
NegaraParsi
BahasaBahasa Arab
SubjekAkhlak Islam dan falsafah
Tarikh penerbitan
Awal abad ke-12

Menghidupkan Ilmu Agama[1] atau Ihya Ulumuddin (Arab: إحياء علوم الدين, rumi: Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn) ialah sebuah kitab yang dikarang oleh Abu Hamid al-Ghazali (Imam Al-Ghazali) pada abad ke-11.[2][3] Kitab ini dianggap sebagai karya utama beliau dan dikira sebagai pengenalan seorang yang beriman kepada Tuhan.[4]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Ihya Ulumuddin terdiri daripada 40 buah jilid yang dirangkumi ke dalam empat bahagian besar, yakni:

  • bahagian ibadat;
  • bahagian akhlak;
  • bahagian kerosakan; dan
  • bahagian metodologi.

Secara asasnya, kitab ini menerangkan doktrin dan amalan dalam Islam dan cara mengaplikasikan perkara tersebut dan menjadikannya sebagai asas kepada kehidupan kerohanian yang ketara lalu mencapai tahap kesufian (mistisisme) yang lebih tinggi.[5][6]

Ringkasan Kitab Ihya Ulumuddin

[sunting | sunting sumber]

Memandangkan kitab ihya ulumuddin merupakan kitab yang berjilid tebal maka ramai asatizah/ ulama yang menerbit kembali ihya ulumuddin dalam bentuk yang lebih ringkas. Antara kitab-kitab ringkasan yang popular termasuklah.

  1. Mau'izhatul Mu'minin min Ihya' Ulumiddin (Bimbingan Mukminin) karangan Imam Muhammad Jamaluddin Al-Qasimy
  2. Sairus-Salikin karangan Syaikh Abdus-Shamad Al Falimbani.
  3. Minhajul Qashidin karangan Ibnu Jauzi
  4. Mukhtasar Minhajul Qashidin karangan Ibnu Qudamah
  1. ^ Naser, Zahid M. (2024-07-17). "ULASAN | Ada Apa dengan Tasawuf al-Ghazali?". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-07-25.
  2. ^ Ghazzālī (1978). Ihya Ulum Al-din (dalam bahasa Inggeris). Sind Sagar Academy.
  3. ^ al-Ghazzali (16 April 1997). "Ihya' Ulum Al-din". Dar al-Tauzi' – melalui Google Books.
  4. ^ Watt, Montgomery. "Ghazali, /Abu /Hamed /Mohammad, ii, iii." Encyclopedia Iranica. 1-12. Print.
  5. ^ "al-Ghazali - Muslim jurist, theologian, and mystic".
  6. ^ Ghazali, Imam. "Ihya Ulum al-Din {إحياء علوم الدين} by Imam Ghazali - Maktabah Mujaddidiyah".