Pengukusan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mengukus)

Pengukusan adalah satu proses memasak yang menggunakan wap dari air yang mengewap dalam ruangan tertentu atau haba untuk memasak. Air dipanaskan atau aliran haba dari arus elektrik membolehkan makanan dimasak. Tekanan yang tinggi menyebabkan air mengewap dan memanaskan ruangan sekeliling.

Kebaikan[sunting | sunting sumber]

Mengukus makanan dikategorikan sebagai gaya hidup dan satu langkah baik dalam penjagaan makanan.[1] Bila dibandingkan dengan makanan mentah, mengukus boleh mengurangkan asid folik sebanyak 15%, manakala merebus boleh mengurangkan sebanyak 35% dari zat makanan. Bagi menjaga dan mengekalkan zat makanan dari berkurang,teknik ini disarankan berbanding merebus atau secara mikrogelombang.[2]

Mengukus dapat menjimatkan masa dan tenaga, dengan meletakkan pelbagai makanan secara bertingkat. Selain itu, mengukus dapat tekstur makanan.[3]

Cara Memasak[sunting | sunting sumber]

Suhu tertinggi mengukus bagi membolehkan makanan dimasak ialah 212°F/100°C.[4] Tempoh masa yang baik untuk mengukus jenis makanan ialah:

  • 5-7 minit untuk kebanyakkan sayur-sayuran.
  • 3-10 minit untuk ikan dan daging (bergantung kepada saiz dan ketebalan).


3 cara mengukus ialah:-

  • Secara langsung
  • Tidak langsung
  • Tekanan tinggi

Peralatan[sunting | sunting sumber]

Mengukus dapat mengekalkan kebanyakkan nutrisi makanan, memandangkan makanan tersebut tidak terendam didalam air. Untuk memilih peralatan mengukus, pilih yang dibuat daripada besi atau buluh. Pengukus yang besar adalah baik kerana udara panas akan mengisi ruang yang ada.[5]

Untuk proses pengukusan berlaku, bekas untuk mengisi air yang boleh dipilih adalah samada kuali atau periuk. Ketuhar mikrogelombang juga mempunyai fungsi untuk mengukus. Di Amerika Syarikat, U.S Food and Drug Administration mendapati terdapat kes kelecuran daripada penggunaan ketuhar gelombang.[6]

Di Maghribi, untuk memasak makanan tradisi kaum Barbar iaitu Tajin, bekas tembikar dipanggil tajin digunakan. Ketika memasak, penutup yang berbentuk kubah diletak diatas makanan, bagi membenarkan proses pengukusan berlaku.

Jenis-jenis makanan[sunting | sunting sumber]

Contoh makan yang boleh dimasak dengan cara mengukus adalah;-

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 4 Langkah Gaya Hidup Sihat.
  2. ^ Vallejo, F; Tomás-Barberón, FA; García-Viguera, C (2003). "Phenolic compound contents in edible parts of broccoli inflorescences after domestic cooking". Journal of the Science of Food and Agriculture. 83 (14): 1511–1516. doi:10.1002/jsfa.1585.
  3. ^ Cooking With Steam
  4. ^ "Steaming Technique | How to Steam Food". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-17. Dicapai pada 2013-10-16.
  5. ^ The Best Cooking Techniques & Utensils
  6. ^ Microwave Oven Radiation