Radang meninges

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Meningitis)
Lompat ke: pandu arah, cari
Meningitis
Pengelasan dan sumber luaran
Meninges of the central nervous system: dura mater, arachnoid, and pia mater.
ICD-10 G00.G03.
ICD-9 320322
P. Data Penyakit 22543
MedlinePlus 000680
eMedicine med/2613 emerg/309 emerg/390
MeSH D008581
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Meningitis ialah keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa jenis Meningitis, antaranya adalah :-

Meningitis meningokokus - adalah radangan pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus).

Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides. Penyakit Meningokokal berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi.

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Antara 5-10% adalah pembawa pembawa sihat yang tidak mempunyai gejala. Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:

  • sakit kepala yang teruk
  • demam
  • loya
  • muntah
  • sakit tengkuk
  • tidak boleh melihat (silau) cahaya
  • ruam
  • tanda-tanda lain seperti rasa mengantuk dan kebingungan

Komplikasi Berlaku Kematian:

5–15 % kes dengan terapi sempurna 50% tanpa rawatan 20 % di kalangan pesakit yang selamat mengalami masalah saraf termasuk pekak dan lumpuh.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Antibiotik kemoprofilaksis (pencegahan penyakit menggunakan antibiotik) adalah disyorkan kepada kontak rapat sahaja. Pemvaksinan hanya akan dilakukan sekiranya jangkitan tidak berkesan.

Pencegahan[sunting | sunting sumber]

Vaksin meningokokal[sunting | sunting sumber]

Vaksin ini (dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135) —yang boleh didapati di hospital kerajaan, klinik bergerak, poliklinik dan klinik swasta— disyorkan pengunaannya kepada pelancong atau pelawat yang ke kawasan endemikbseperti Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji atau umrah. Vaksin ini biasanya diambil 2 minggu sebelum tarikh melancong / melawat dan ia boleh bertahan selama kira-kira 3 hingga 5 tahun.

Imunisasi secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]