Menongkah Arus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menongkah Arus
Album studio oleh
Dilancarkan pada1 Januari , 2010
Dirakamkan padaSeptember-Disember 2009 at Studio , Shah Alam, Malaysia
GenreEastern Melodic death metal, death metal
Panjang40:45
SyarikatNeochronicles
PenerbitFarasu, Neochronicles
Kronologi Farasu
Black Moon Eclipse
(2006)
Menongkah Arus
(2010)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album 'Menongkah Arus' merupakan album rakaman studio pertama kumpulan Farasu yang telah memulakan rakamanya pada penghujung tahun 2009 lalu antara bulan September hingga Disember. Album ini telah dilancarkan pada 1 Januari 2010.

Menongkah Arus telah menampilkan lapan lagu yang berkonsepkan 'Eastern Metal' yang berteraskan muzik Death-Thrash Metal. Bentara Guru a.k.a Sam (ex-Langsuyr), editor Krenmaut telah mengklasifikasikan album ini sebagai bentuk 'Eastern Metal' versi baru yang berkembang daripada konsep 'Eastern Metal' yang dipelopori oleh kumpulan As-Sahar, kumpulan Langsuyr dan kumpulan Sil-Khannaz. Lagu-lagu dalam album ini terdiri daripada tema lirik yang pelbagai yang menyentuh tentang sindiran politik, mistik, ketuhanan dan kehidupan.

Album ini telah diterbitkan oleh Farasu sendiri bersama Neochronicles. Lagu-lagu yang terdapat dalam 'Menongkah Arus' adalah:

  • 1. Keris Songsang
  • 2. Akustika Jiwa
  • 3. Patrasari
  • 4. Tangisan Malam
  • 5. Gempita Mastika
  • 6. Bayangan Hidup
  • 7. Bisikan Suara Halus
  • 8. Manifestasi Kedangkalan

Ulasan Album[sunting | sunting sumber]

Album 'Menongkah Arus' turut perhatian pengulas album di akhbar Utusan Malaysia yang telah membuat ulasan dalam sisipan Mega-Hits pada 11 Januari 2010. Album ini telah diberi tiga bintang oleh pengulas ruangan tersebut.

Farasu seterusnya mendapat perhatian dari majalah muzik metal tempatan, Karisma dengan menampilkan ulasan ringkas yang lengkap berkisarkan album 'Menongkah Arus'. Ulasan tersebut telah diterbitkan dalam majalah Karisma isu #3 April 2010. Ulasan tersebut telah dikeluarkan pada muka surat 26 & 27 edisi tersebut.

Temuramah Live Radio Muzik Fm[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Febuari 2010, Farasu telah diberi peluang untuk muncul dalam satu temuramah secara langsung di Radio Muzik FM di rancangan 'Rock Selamba'. Temuramah tersebut telah dikendalikan oleh DJ Kroll dan dihadiri oleh semua anggota Farasu. Sejak kemunculan Farasu di Radio Muzik, telah ramai yang mula mengenali Farasu. Lagu-lagu Farasu daripada album 'Menongkah Arus' kerap disiarkan semasa rancangan Rock Selamba.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]