Mentega syi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebekas mentega syi yang dijual di Benin
Biji-biji pokok syi yang dituai sebelum diproeses menjadi mentega

Mentega syi ialah lemak yang diekstrak dari buah kacang pokok Vitellaria paradoxa dari benua Afrika. Ia biasanya berwarna kuning dalam keadaan mentah, dan warna kegadingan atau putih apabila ditapiskan.[1] Mentega ini ialah trigliserida (lemak) berasal terutamanya dari asid stearik dan asid oleik. Ia digunakan dalam kosmetik sebagai pelembap, salap atau losyen. syi boleh dimakan dan digunakan dalam penyediaan makanan di Afrika.[2] Ia juga kadangkalanya digunakan dalam industri coklat sebagai pengganti mentega koko dalam campuran dengan minyak lain, walaupun rasa produk akhirnya mempunyai perbezaan ketara.[3][4]

Nama "syi" datangnya dari s'í, iaitu nama pokok ini dalam bahasa Bambara di Mali melalui istilah bahasa Inggeris iaitu "shea".[5]

Komposisi dan sifat[sunting | sunting sumber]

Ekstrak mentega syi ialah sebatian lemak yang kompleks di samping banyak komponen yang tidak boleh disabunkan (bahan yang tak boleh bertukar sepenuhnya menjadi sabun apabila dirawat dengan alkali) mengandungi lemak berikut: asid oleik (40-60%), asid stearik (20-50%), asid linoleik (3-11%), asid palmitik (2-9%), asid linolenik (<1%) dan asid arakidik (<1%).[6]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Mentega syi digunakan dalam industri kosmetik untuk produk kegunaan kulit dan rambut (penggilap bibir, krim pelembap kulit dan emulsi, dan rambut yang dingin untuk rambut kering dan rapuh).[7] Ia juga digunakan oleh pembuat sabun biasanya dalam jumlah yang kecil (5-7% daripada  kandungan minyak di) kerana ia mempunyai banyak bahan tidak boleh disabunkan, dan jumlah bahan sebegini yang lebih tinggi menghasilkan sabun lebih lembut yang kurang daya pembersihannya. Ia adalah bahan pelembap yang sangat baik untuk kulit kering. Tidak ada bukti yang menunjukkan ia bersifat mengubati, namun ia meringankan rasa sakit yang berkaitan dengan rasa senak dan gatal-gatal.

Di beberapa negara Afrika seperti Benin, mentega ini digunakan sebagai minyak masak, lilin kalis air, kemasan rambut dan bahan dalam ubat salap. Ia digunakan dalam pembuatan genderang tradisional Afrika untuk meningkatkan ketahanan kayu, labu parang kering dan tali talaan kulit alat.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Alfred Thomas (2002). "Fats and Fatty Oils". Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. Weinheim: Wiley-VCH. doi:10.1002/14356007.a10_173.
  2. ^ National Research Council. Lost Crops of Africa: Volume II: Vegetables (2006). ISBN 978-0-309-10333-6.
  3. ^ E. T. Masters, J. A. Yidana and P. N. Lovett (2004). "Reinforcing sound management through trade: shea tree products in Africa".
  4. ^ Fold, N. 2000. "A matter of good taste? Quality and the construction of standards for chocolate in the European Union. Cahiers d'Economie et Sociologie Rurales, 55/56: 92–110" (PDF).
  5. ^ "Reference.com Dictionary Entry". Dicapai pada 25 August 2012.
  6. ^ Davrieux, F., Allal, F., Piombo, G., Kelly, B., Okulo, J. B., Thiam, M., Diallo, O. B. & Bouvet, J.-M. (2010). "Near Infrared Spectroscopy for High-Throughput Characterization of Shea Tree (Vitellaria paradoxa) Nut Fat Profiles. Journal of Agricultural and Food Chemistry, 58, 7811-7819".CS1 maint: multiple names: authors list (link)CS1 maint: Multiple names: authors list (link)
  7. ^ "African Shea Butter Benefits". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-16. Dicapai pada 8 October 2017.