Menteri Hal Ehwal Luar Negeri (India)
Penampilan
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri | |
---|---|
भारत के विदेश मंत्री | |
Anggota bagi | Majlis Kesatuan Menteri India |
Bidang kuasa | India |
Institusi | Ministry of External Affairs (en) |
Dilantik oleh | Presiden India |
Dibentuk | 2 September 1946 |
sunting · sunting di Wikidata |
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri (atau ringkasnya, Menteri Luar Negeri; Hindi: Videsh Mantri) adalah ketua Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan India. Salah satu jawatan paling senior dalam Majlis Menteri-Menteri Kesatuan. Tanggungjawab utama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri adalah mewakili India dan kerajaannya dalam komuniti antarabangsa. Menteri juga memainkan peranan penting dalam menentukan dasar luar negara. Kadangkala, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dibantu oleh seorang Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri atau Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri yang berpangkat lebih rendah.
Menteri Hal Ehwal Luar semasa ialah Subrahmanyam Jaishankar, yang menggantikan Sushma Swaraj dari Parti Bharatiya Janata pada 30 Mei 2019.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Setiausaha Luar India
- S Jaishankar