Mentor (musim 7)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mentor 7 ialah musim ketujuh bagi siri format baharu Mentor dimana ianya sebuah rancangan realiti televisyen berbentuk pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh TV3 dimana program ini memperlihatkan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air yang bergelar Mentor akan memilih dan membimbing peserta yang dipanggil Protege untuk menjadi seorang artis dan pelapis dimasa akan datang. Musim ketujuh mulai disiarkan pada 4 November 2018 iaitu pada hari Ahad jam 9 malam di saluran TV3.

Mentor
Musim 7
Dihoskan olehShuk Sahar
Nana Mahazan
JuriDato' Wah Idris
Mas Idayu
Bil. peserta8
JuaraZaaim Abdullah
Naib juaraPasya Fauzi
Negara asalMalaysia
Bil. episod11
Keluaran
RangkaianTV3
Tarikh siaran4 November –
30 Disember 2018
Maklumat tambahan
Laman web[1]
Kronologi musim
← Sebelumnya
Legend

Format[sunting | sunting sumber]

Format Pertandingan[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti enam musim yang lepas, format musim kali ini sangat berbeza apabila kesemua protege tidak lagi diasingkan kepada dua kumpulan. Kesemua protege disatukan dalam satu pentas setiap minggu dan persembahan mereka akan diadili oleh dua juri tetap. Protege yang mendapat markah dan undian terendah setiap minggu akan disingkirkan.

Format Permarkahan & Undian[sunting | sunting sumber]

Markah kesemua peserta diadili juri tetap mewakili 50 peratus, manakala juri awam 20 peratus dan 30 peratus lagi berdasarkan undian atas talian di laman web www.xtra.com.my.

Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Setelah siri ini direhatkan selama 4 tahun, Mentor musim ketujuh kini kembali disiarkan dengan menggunakan format yang berbeza daripada format asalnya, tidak seperti seperti enam musim yang lepas. Sesi uji bakat yang diadakan secara berasingan selama empat minggu bermula di Sabah pada 8 Ogos, bermula dengan ujibakat protege Datuk Syafinaz Selamat pada 8-9 September, Aizat Amdan pada 15-16 September, manakala Hafiz Suip pada 22-23 September dan yang terakhir, Siti Nordiana pada 29-30 September 2018.

Protege & Mentor[sunting | sunting sumber]

(Umur peserta dicatat sewaktu pertandingan)

Mentor Datuk Syafinaz Selamat[sunting | sunting sumber]

Protege Umur Asal
Farranisha Shazwany binti Mohd Faizal (Ranisha) 18 Sabah
Lazarul Afiezy bin Zakaria (Lazarul) 28 Kuala Lumpur
Rasmawatie binti Mohd. Thamrin (Aznona) 23 Sabah


Mentor Aizat Amdan[sunting | sunting sumber]

Protege Umur Asal
Faizul Ashraf bin Fauzi (Pasya) 24 Selangor
Mohammad Adzuan bin Mazlan (Megat) 25 Sabah
Mohd Faris Arif bin Malek (Faris) 26 Sarawak


Mentor Siti Nordiana[sunting | sunting sumber]

Protege Umur Asal
Zaaim bin Abdullah (Zaaim) 28 Kedah
Taufiq bin Rodzi (Taufiq) 24 Kedah
Nurshamimi binti Abdul Manan (Syamimi) 18 Kuala Lumpur


Mentor Hafiz Suip[sunting | sunting sumber]

Protege Umur Asal
Mohd Amal bin Mohd Faudzi (Amal) 21 Kuala Lumpur
Muhammad Azmirul bin Hafiz Azman (Azmirul) 24 Negeri Sembilan
Siti Nurnadia binti Mohd Rozi (Nadia) 24 Selangor

Konsert Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Minggu 1[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 4 November 2018
Tema: Pengenalan 1
Mentor: Aizat Amdan & Datuk Syafinaz Selamat

Protege Lagu (penyanyi asal)
Pasya "Aku Mau" (Once Mekel)
Megat "Menghujam Jantungku" (Tompi)
Faris "Sulit" (Aman Aziz)
Ranisha "Lelaki Teragung" (Dayang Nurfaizah)
Aznona "Akhirnya Kini Pasti" (Anita Sarawak)
Lazarul "I Believe I Can Fly" (R. Kelly)

Pilihan Aizat Amdan: Pasya & Megat
Pilihan Syafinaz Selamat: Ranisha & Lazarul
Protege Tersingkir: Faris & Aznona

Minggu 2[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 11 November 2018
Tema: Pengenalan 2
Mentor: Siti Nordiana & Hafiz Suip

Protege Lagu (penyanyi asal)
Taufiq "Lebih Sempurna" (Syamel)
Zaaim "Gugurnya Bunga Cinta" (Laksamana)
Syamimi "Cinta Tersimpul Rapi" (Anis Suraya)
Azmirul "Ghazal Asmara" (Jamal Abdillah)
Amal "Jadi Aku Sebentar Saja" (Judika)
Nadia "Gubahan Rindu Puisi Syahdu" (Fauziah Latiff)

Pilihan Siti Nordiana: Taufiq & Zaaim
Pilihan Hafiz Suip: Amal & Megat
Protege Tersingkir: Syamimi & Nadia

Klu
  •      Protege yang terpilih.
  •      Protege yang tersingkir.

Konsert Battle[sunting | sunting sumber]

Minggu 3[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 18 November 2018
Tema: Bebas

Protege Lagu (penyanyi asal)
Pasya "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" (Flybaits)
Amal "Bukan Cinta Biasa" (Afgan)
Taufiq "Fantasia Musim Cinta" (Iwan)
Zaaim "Dirantai Digelangi Rindu" (Exists)
Megat "Ku Mohon" (Datuk Sheila Majid)
Azmirul "Syair Si Pari-pari" (Zamani)
Lazarul "Izinku Pergi" (Kaer Azami)
Ranisha "Teruskanlah" (Agnez Mo)

Persembahan terbaik: Pasya
Dua tercorot: Taufiq & Amal
Tersingkir: Taufiq

Minggu 4[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 25 November 2018
Tema: Bebas

Protege Lagu (penyanyi asal)
Lazarul "Surat Cinta Untuk Starla" (Virgoun)
Zaaim "Cintamu Mekar Di Hati" (May)
Azmirul "Amalina" (Santesh)
Megat "Akad" (Payung Teduh)
Amal "Jampi" (Hael Husaini)
Pasya "Gerhana Cinta Luka" + "Juwita" + "Tinggal Kenangan" (Saleem)
Ranisha "Breathe" (Lee Hi)

Persembahan terbaik: Zaaim
Dua tercorot: Azmirul & Megat
Tersingkir: Tiada penyingkiran.

Minggu 5[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 2 Disember 2018
Tema: Bebas

Protege Lagu (penyanyi asal)
Megat "Merisik Khabar" (Dato' Sudirman)
Azmirul "Farhana" (Jinbara)
Ranisha "Rolling In The Deep" (Adele)
Lazarul "Aku Penghibur" (Jamal Abdillah)
Pasya "Versace On The Floor" (Bruno Mars)
Zaaim "Kehilangan" (Firman Siagian)
Amal "Sedetik Lebih" (Anuar Zain)

Persembahan terbaik: Zaaim
Dua tercorot: Amal & Lazarul
Tersingkir: Amal

Minggu 6[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 9 Disember 2018
Tema: 90an

Protege Lagu (penyanyi asal)
Azmirul "Samrah Mentari" (Jamal Abdillah)
Megat "Untukmu Ibu" (Exists)
Lazarul "My Baby You" (Marc Anthony)
Pasya "Hati Emas" (Kembara)
Ranisha "Anggapanmu" (Ziana Zain)
Zaaim "Ghazal Untuk Rabiah" (M. Nasir)

Persembahan terbaik: Zaaim
Dua tercorot: Megat & Ranisha
Tersingkir: Megat

Minggu 7[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 16 Disember 2018
Tema: Bebas

Protege Lagu (penyanyi asal)
Ranisha "Never Enough" (Loren Allred)
Zaaim "Januari" (Glenn Fredly)
Azmirul "Gelombang Cinta" (Heavy Machine)
Pasya "Izinkan Selamanya Namamu Dihati" (EYE)
Lazarul "Jeritan Batinku" (Tan Sri P. Ramlee)

Persembahan terbaik: Lazarul
Dua tercorot: Azmirul & Ranisha
Tersingkir: Tiada penyingkiran.

Minggu 8 (Separuh Akhir)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 23 Disember 2018
Tema: Solo & Duet

Persembahan Solo
Protege Lagu (penyanyi asal)
Pasya "I Don't Want Miss A Thing" (Aerosmith)
Lazarul "I Have Nothing" (Whitney Houston)
Azmirul "Hampa Hatiku" (Ungu)
Zaaim "Seroja" (Search)
Ranisha "Loving You" (Minnie Riperton)
Persembahan Duet
Protege Mentor Lagu (penyanyi asal)
Pasya Aizat Amdan "Juwita Citra Terindah" (M. Nasir)
Lazarul Syafinaz Selamat "O' Sole Mio" (Luciano Pavarotti)
Azmirul Hafiz Suip "Nakal" (Gigi)
Zaaim Siti Nordiana "Aankhen Khuli" + "Chori Chori Sapne Mein" + "Ladki Badi Anjani Hai" (Medley Artis)
Ranisha Syafinaz Selamat "And I Telling You I'm Not Going" (Jennifer Hudson)

Persembahan terbaik: Pasya
Dua tercorot: Lazarul & Azmirul
Tersingkir: Lazarul

Minggu 9 (Akhir)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 30 Disember 2018
Tema: Grand Finalé

Persembahan Duet
Protege Artis Duet Lagu (penyanyi asal)
Ranisha Siti Sarah "Beribu Sesalan" (3 Suara)
Pasya Jaclyn Victor "Bohemian Rhapsody" (Queen)
Azmirul Ernie Zakri "Bagaikan Sakti" (M. Nasir & Siti Nurhaliza)
Zaaim Lan Solo "Gemuruh" (Wings & Search)
Persembahan Solo
Protege Lagu (penyanyi asal)
Ranisha "Listen" (Beyoncé Knowles)
Pasya "Bunga Bunga Cinta" (Misha Omar)
Azmirul "Laksamana Raja Di Laut" (Iyeth Bustami)
Zaaim "Bukan Rayuan Gombal" (Judika)

Tempat Ke-4: Ranisha
Tempat Ke-3: Azmirul
Naib Juara: Pasya
Juara: Zaaim

Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Protege Berdasarkan Undian
(Selepas Talian Undian Ditutup)

Ked. Konsert Battle Mingguan
1 2 3 4 5 6 Finale
1 Pasya Zaaim Zaaim Zaaim Lazarul Pasya Zaaim
2 Zaaim Pasya Pasya Pasya Zaaim Zaaim Pasya
3 Lazarul Ranisha Azmirul Lazarul Pasya Ranisha Azmirul
4 Ranisha Lazarul Ranisha Azmirul Ranisha Azmirul Ranisha
5 Megat Amal Megat Ranisha Azmirul Lazarul
6 Azmirul Megat Lazarul Megat
7 Amal Azmirul Amal
8 Taufiq
  •      Protege yang menjadi juara.
  •      Protege yang menjadi naib juara.
  •      Protege yang menduduki tempat ketiga.
  •      Protege yang menduduki tempat keempat.
  •      Protege yang terselamat daripada penyingkiran.
  •      Protege yang telah tersingkir daripada pertandingan.

Hadiah[sunting | sunting sumber]

Tempat Hadiah
Juara Wang tunai RM80,000.00
Sebuah Kereta tajaan Aerocar
Sebuah Trofi
Naib Juara Wang tunai RM40,000.00
Sebuah Trofi
Ketiga Wang tunai RM20,000.00
Sebuah Trofi
Keempat Wang tunai RM10,000.00
Sebuah Trofi

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

  • Netizen mula mempertikaikan format undian online yang digunakan Mentor musim kali ini apabila Aizat Amdan membuat keputusan untuk tidak memilih Faris iaitu salah seorang protegenya yang mendapat undian online tertinggi iaitu sebanyak 85% ketika konsert pengenalan pertama berlangsung, namun sebaliknya Aizat lebih memilih dua lagi protegenya iaitu Pasya dan Megat yang masing-masing mendapat undian terendah sebanyak 9% dan 6% sekaligus dijadikan sebagai protege.
  • Ketua juri pertandingan ini, Dato' Wah Idris dikecam netizen dan penonton apabila menyingkirkan Taufiq, iaitu salah seorang protege kepada Siti Nordiana di konsert battle yang pertama. Ini kerana tindakan beliau disifatkan sebagai kejam kerana penonton beranggapan bahawa keputusan penyingkiran Taufiq adalah berat sebelah kerana seharusnya di minggu pertama tiada penyingkiran dilakukan kerana kesemua protege masih dalam proses pembelajaran dan masih banyak yang perlu dipelajari. Disebabkan isu tersebut, maka Dato Wah Idris tidak mengadakan sesi penyingkiran pada konsert minggu seterusnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]