Mentor (musim 4)
Mentor 4 ialah musim keempat bagi siri asal Mentor dimana ianya sebuah rancangan realiti televisyen berbentuk pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh TV3 dimana program ini memperlihatkan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air yang bergelar Mentor akan memilih dan membimbing peserta yang dipanggil Protege untuk menjadi seorang artis dan pelapis dimasa akan datang. Musim keempat mulai disiarkan pada 11 April 2010 iaitu pada hari Ahad jam 9 malam di saluran TV3.
Mentor | |
---|---|
Format | Televisyen realiti |
Pengacara | Ally Iskandar |
Lagu pembukaan | "Tunjuk Ajarku Sifu" |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Melayu Inggeris |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 2 jam |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 11 April – 11 Julai 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Mentor 3 |
Diikuti oleh | Mentor 5 |
Am[sunting | sunting sumber]
Di samping mengekalkan format uji bakat yang mana setiap mentor mengadakan uji bakat masing-masing dengan kehendak tersendiri, dua uji bakat terdahulu diadakan di Sabah dan Sarawak untuk memilih peserta mana dari Malaysia Timur yang boleh diterbangkan ke Semenanjung untuk menguji bakat di hadapan mentor pilihan.
Mentor musim ke-4 menerima sumbangan penaja utama GlaxoSmithKline yang meletakkan jenama Dequadin dan Ribena.
Rancangan Mentor musim keempat ini terdiri daripada peringkat ujibakat (disiarkan pada 11 dan 18 April, 9.00 malam), Konsert Mingguan Mentor (Ahad, 9.00 malam, mulai 2 Mei), Jurnal Protege (Isnin hingga Jumaat, 7.28-7.30 malam) dan Jurnal Mentor (Ahad, 7.00 petang). Konsert Mingguan memberi laluan kepada Konsert Jomheboh sebulan sekali sepanjang pertandingan.
Musim ini diakhiri pada 4 Julai 2010 dengan kejuaraan Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd), anak didik Ziana Zain yang menggantikan tempat seorang protege pilihan terdahulu Ziana pada saat-saat akhir.
Mentor musim ke-4 telah menamatkan penyiarannya pada 4 Julai 2010.
Latar[sunting | sunting sumber]
Mentor 4 dilancarkan di sebuah sidang akhbar pada awal bulan Februari 2010, dengan memperkenalkan enam mentor termasuk kembalinya Mas Idayu. Di samping mengumumkan jadual uji bakat dan siaran Mentor, para mentor juga mengumumkan kehendak masing-masing:[1]
- Azmeer mencari protégé yang boleh menyanyi, mempunyai suara yang sedap tanpa mengira rupa paras
- Mus menginginkan protégé lelaki atau perempuan, boleh menyanyi dengan baik, lebih diutamakan adalah bergenre rock, mempunyai karektor yang disukai ramai tanpa mengira rupa paras
- Joe pula tidak mencari seorang rapper sebaliknya mahukan penyanyi yang boleh menyanyi lagu R&B, berbakat, boleh menyanyi, menghayati lagu dan menari
- Ziana memfokuskan protégé yang benar-benar berbakat, boleh menyanyi dan menari, ‘bertelinga kebal’ dan menepati masa
- Mas memilih protégé yang boleh menyanyikan pelbagai rentak lagu termasuk dangdut dan asli tanpa mengira jantina lelaki atau wanita
- Dayang memfokuskan protégé yang versatil, boleh menyanyi pelbagai genre muzik, berdisiplin tinggi, serius dalam nyanyian, sentiasa ingin memajukan diri dan bonus bagi yang pandai bermain gitar atau piano
Mengikut syarat-syarat penyertaan, peserta mestilah berusia 18 hingga 25 tahun, tidak kira bujang mahupun berkahwin, dan harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R ke ujibakat, serta membawa minus one lagu-lagu yang akan dipersembahkan kepada mentor pilihan mereka.[2]
Ketika disoal mengenai kembalinya untuk menjadi mentor, Mas Idayu menjelaskan: "Saya takut akan ada pandangan serong orang, yang mungkin melihat penglibatan saya sebagai peluang untuk mencipta kontroversi. Tapi mereka (pihak penerbit) ada alasan mereka sendiri untuk memilih saya. Ia satu penghargaan buat saya. Pihak penerbit sudi memujuk saya, memberi saya kepercayaan untuk mencungkil bakat yang ada di luar sana. Saya terima tawaran ini seikhlas hati dan akan membuat lebih baik daripada tahun lepas."[3]
Ujibakat[sunting | sunting sumber]
Peringkat uji bakat Mentor 4 bermula di Malaysia Timur, di tempat-tempat berikut:
- 21 Februari: Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
- 28 Februari: Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
Memandangkan keenam-enam mentor tidak dapat diterbangkan ke sana, kedua-dua sesi uji bakat di Malaysia Timur dikelola oleh ahli-ahli unit penerbitan sebagai juri. Daripada kedua-dua sesi ini hanya berjaya melayakkan dua orang peserta di ujibakat Kuching sahaja.[4]
Selepas itu, barulah sesi ujibakat bersama mentor dilangsungkan, keenam-enamnya di Amfiteater Sri Pentas, Bandar Utama.
- 6 Mac: Ziana Zain
- 7 Mac: Mas Idayu
- 13 Mac: Mus (May)
- 14 Mac: Azmeer
- 20 Mac: Joe Flizzow
- 21 Mac: Dayang Nurfaizah
Dalam setiap sesi uji bakat, para peserta yang diterima oleh mentor dikehendaki berkumpul pada akhir sesi untuk mentor menentukan yang mana di kalangan mereka yang mara ke pusingan seterusnya untuk menentukan satu-satu protege kepada mentor. Bagaimanapun, Ziana Zain menangguhkan pemilihannya ke 19 Mac "kerana ingin memastikan protege yang dipilih itu adalah yang terbaik," di mana beliau memilih lima orang wanita untuk diuji lagi.[5] Sementara itu, Mas Idayu yang tidak dapat mencari protege di Sri Pentas mengadakan satu lagi sesi ujibakat pada 3 April 2010 di Plaza Pelangi, Johor Baru, dengan harapan mencari protege yang dikehendakinya di kampung halaman sendiri.
Protege & Mentor[sunting | sunting sumber]
Pada 21 April 2010, barisan asal enam protege Mentor 4 diperkenalkan di sebuah showcase di Berjaya Times Square, tetapi pada 16 Mei, konsert pusingan pertama Kumpulan B, berlakunya perubahan mengejut, yang mana Ziana Zain pada asalnya memilih Ketty Natalia binti Rasul (Thalia), 23, [6] dari ujibakat, tetapi atas alasan kurang persediaan mental dan fizikal serta menghadapi masalah kesihatan, [7] Ziana terpaksa menggugurkan Thalia 48 jam sebelum konsert pertama Kumpulan B, dan Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd) menjadi penggantinya.
Senarai akhir para protege adalah seperti berikut:
(Umur peserta dicatat sewaktu pertandingan.)
Kumpulan A
Protege | Umur | Asal | Mentor |
---|---|---|---|
Ila Damiaa binti Johar (Ila) | 21 | Kuching, Sarawak | Joe Flizzow |
Nurhadzwani binti Salleh (Nani) | 24 | Sibu, Sarawak | Azmeer |
Mohd Shabini bin Ibrahim (Shaq) | 25 | Bachok, Kelantan | Mas Idayu |
Kumpulan B
Protege | Umur | Asal | Mentor |
---|---|---|---|
Adi Hamiz bin Johar (Adi) | 23 | Kuching, Sarawak | Dayang Nurfaizah |
Haimie bin Napsun (Ayiem) | 25 | Lahad Datu, Sabah | Mus May |
Mohd Izwan bin Mohd Nor (Mohd) | 22 | Kuala Lumpur | Ziana Zain |
Konsert Pengenalan[sunting | sunting sumber]
Konsert Mingguan Mentor diadakan setiap malam Ahad di Auditorium MBSA, Shah Alam, mulai 2 Mei 2010 (bersiaran langsung selama 1½ jam mulai pukul 9 malam). Format pemarkahannya ialah 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% lagi melalui juri awam.[8]
Pengenalan[sunting | sunting sumber]
Siaran langsung Mentor 4 bermula dengan rancangan pengenalan para protege yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 2 Mei 2010. Mulai malam persembahan ini juga, Nas Ahmad kembali menyandang tugas sebagai pembantu pengacara belakang tabir Mentor. Juara musim ketiga, Black menyempurnakan persembahan pembukaan dalam konsert ini.
- Adi: "Sejati" (Kumpulan Wings, Malaysia)
- Nani: "Awan yang Terpilu" (Ning Baizura) / "Lady Marmalade" (Labelle)
- Ayim: "Bila Aku Sudah Tiada" (Hujan)
- Ila: "Unfaithful" (Rihanna)
- Thalia: "Akhirnya Kini Pasti" (Anita Sarawak)
- Shaq: "Kasihnya Laila" (Jinbara)
Antara yang menarik dalam konsert pengenalan: selepas Thalia bernyanyi, Ziana Zain dijemput untuk mempersembahan sedikit sebuah lagu baru, sehingga dicelah secara mengejut oleh nyanyian "Happy Birthday" oleh protege dan kaum keluarga sendiri sempena hari jadi mentor berkenaan. Persembahan Shaq dihentikan di tengah jalan oleh mentornya, Mas Idayu dengan penjelasan berikut:[8]
Ini bukan dirancang. Sebenarnya doktor menyuruh Shaq berehat selama dua hari kerana dia mempunyai masalah di bahagian tekak menyebabkan suaranya tidak keluar.Tetapi selepas mendapat suntikan dan rawatan daripada doktor, suaranya ada kembali dan Shaq mengambil keputusan untuk menyanyi pada malam ini.
Saya memberikannya peluang tetapi ternyata dia masih belum dapat menyanyi pada malam ini. Daripada dia terus menyanyi dan akhirnya memalukan dirinya dan saya, lebih baik saya menghentikannya.
Menjelang akhir konsert pengenalan ini, selepas keenam-enam protege bersama-sama mempersembahkan lagu tema Mentor, Tunjuk Ajarku Sifu, Ajai dan Sazlan Mat Adnan yang bertindak sebagai juri malam ini, membahagikan keenam-enam protege kepada dua kumpulan pada akhir rancangan.
Dalam konsert-konsert seterusnya, para protege membuat persembahan untuk meraih markah juri, penonton di studio dan di rumah. Mereka membuat satu persembahan solo dan satu persembahan duet setiap minggu, diselitkan persembahan khas dari peserta yang ditolak dari ujibakat di tengah-tengah dan persembahan ketiga-tiga protege secara berkumpulan menjelang akhir malam konsert sambil menanti keputusan mereka.
Konsert Battle[sunting | sunting sumber]
Pusingan pertama[sunting | sunting sumber]
Kumpulan A (9 Mei 2010)[sunting | sunting sumber]
- Nani: "Gemilang" (Jaclyn Victor) / "Madah Berhelah (Ziana Zain) / "Kekasih Awal dan Akhir" (Jamal Abdillah)
- Shaq dan Mas Idayu: "Madu" (Amriz Ariffin) / "Cinta Sabun Mandi" (Jaja Miharja)
- Ila: "Fantasia Bulan Madu" (Search)
- Persembahan khas dari Amoster Alex (ujibakat Kota Kinabalu): "Pergi" (Aizat)
- Nani dan Azmeer: "Kamelia" (Sweet Charity)
- Shaq: "Teratai" (Ramli Sarip)
- Ila dan Joe Flizzow: "Killing Me Softly with His Song" (The Fugees)
- Persembahan khas dari Nani, Shaq, Ila dan Zainal Abidin: "Pelangi" / "Memori Luka" (Headwind) / "Debu Liar" / "Hijau" (Zainal Abidin)
Juri: Zainal Abidin dan Helen Yap
- Markah
- Shaq: 42
- Ila: 33
- Nani: 25
Sebagai pemenang malam ini, Shaq dan Mas Idayu menerima hadiah dua utas jam tangan sumbangan Roscani.
Kumpulan B (16 Mei 2010)[sunting | sunting sumber]
Pada permulaan malam persembahan, Ally Iskandar menggemparkan penonton dengan pengumuman bahawa Ziana Zain telah menggugurkan Thalia sebagai protege lalu dalam masa 48 jam sebelum persembahan dilangsungkan.
- Mohd: "Sampai Syurga" (Faizal Tahir)
- Ayim dan Mus May: "Dalam Kembara" (May)
- Adi: "Lagu Kita" (Aizat)
- Persembahan khas Faizul Razi (ujibakat Dayang): "Nirmala"
- Mohd dan Ziana Zain: "Senja Nan Merah" (Awie)
- Ayim: "Making Love Out of Nothing at All" (Air Supply)
- Adi dan Dayang Nurfaizah: "Seandainya Masih Ada Cinta" (Dayang Nurfaizah) / "Meri Jaan" (Juggy D feat Jay Sean) / "Nakal" (Gigi)
- Persembahan khas dari Mohd, Adi dan Ayim: Medley M. Nasir
Juri: Ad Samad dan Aidit Alfian
- Markah
- Ayim: 38
- Adi: 32
- Mohd: 30
Sebagai pemenang malam ini, Ayim dan Mus May menerima hadiah dua utas jam tangan sumbangan Roscani.
Pusingan kedua[sunting | sunting sumber]
Dalam pusingan kedua, para peserta bernyanyi bersama protege kumpulan lain dalam persembahan duet.
Kumpulan A (23 Mei 2010)[sunting | sunting sumber]
- Shaq: "Zapin Ya Salam" (Noraniza Idris)
- Ila dan Ayim: "Paling Comel" (Achik dan Nana)
- Nani: "Sepi Sekuntum Mawar Merah" (Ella) / "Bencinta" (Faizal Tahir)
- Persembahan khas MC Freze (ujibakat Joe Flizzow): "Dengarkan Kawan" (lagu asli)
- Shaq dan Mohd: "Aduhai! Seribu Kali Sayang" (Iklim)
- Ila: "Jeritan Batinku" (P. Ramlee)
- Nani dan Adi: "Ghazal untuk Rabiah" (M. Nasir dan Jamal Abdillah)
- Persembahan khas dari Nani, Shaq, Ila dan Dato' A. Rahman Hassan
Juri: Aubrey Suwito dan Yasin
- Markah
- Ila: 37
- Nani: 36
- Shaq: 27
Sebagai pemenang malam ini, Ila dan Joe Flizzow menerima hadiah telefon bimbit LG BL20v.
Kumpulan B (30 Mei 2010)[sunting | sunting sumber]
- Mohd: "Madu Tiga" (P. Ramlee)
- Ayim dan Shaq: "Teman" (XPDC)
- Adi: "Selamat Malam" (Faizal Tahir)
- Mohd dan Nani: "Jangan Pisahkan" (Deddy Dores & Mayangsari)
- Ayim: "Dan Sebenarnya" (Yuna) / "Memburu Impian" (Kristal)
- Adi dan Ila: "Kini Bebas" (Anuar Zain dan Camelia)
- Persembahan khas dari Mohd, Ayim, Adi dan Noraniza Idris
Juri: Nora dan Edrie Hashim
- Markah
- Adi: 37
- Ayim: 32
- Mohd: 31
Sebagai pemenang malam ini, Adi dan Dayang Nurfaizah menerima hadiah telefon bimbit LG BL20v.
Konsert Suku Akhir[sunting | sunting sumber]
Pusingan ketiga[sunting | sunting sumber]
Inilah konsert penentuan yang menyaksikan satu protege disingkirkan dari setiap kumpulan sebelum pusingan separuh akhir. Para protege berduet dengan penyanyi terkenal dalam pusignan ini.
Kumpulan A (6 Jun 2010)[sunting | sunting sumber]
- Nani: "Tak Ada Logika" (Agnes Monica) / "Beraksi" (Kotak)
- Ila dan Noh Hujan: "Kau Harus Ada" dan "Aku Skandal" (Hujan)
- Shaq: "Hampa Hatiku" (Ungu)
- Persembahan khas Damien Chew (ujibakat Joe Flizzow): "I'm Yours" (Jason Mraz)
- Nani dan Siti Sarah Raisuddin: "If I Ain't Got You" (Alicia Keys)
- Ila: "Teruskanlah" (Agnes Monica)
- Shaq dan Black: "Hati Rindu" (R. Azmi) / "Kitalah Bintang" (Ella)
- Persembahan khas dari Nani, Shaq dan Ila: "Ku Pendam Sebuah Duka", "Milik Siapakah Gadis Ini", "Sekadar di Pinggiran"
Juri: Edry Abdul Halim dan Lah Ahmad
- Markah
- Nani: 38
- Ila: 35
- Shaq: 27
Sebagai pemenang malam ini, Nani dan Azmeer menerima hadiah kamera Canon EOS 1000D.
- Markah terkumpul
- Ila: 105
- Nani: 99
- Shaq: 96
Maka, Shaq dan Mas Idayu tersingkir dari pertandingan.
Kumpulan B (13 Jun 2010)[sunting | sunting sumber]
- Ayim: "Getaran Jiwa" (P. Ramlee)
- Mohd dan Meet Uncle Hussain: "Lagu Untukmu" dan "Drama King" (Meet Uncle Hussain)
- Adi: "Nobody" (Wonder Girls) / "Down" (Jay Sean) / "Bila Resah" (Anuar Zain)
- Persembahan khas Mohd Hafeez (ujibakat Ziana Zain): "Dingin" (Ziana Zain)
- Ayim dan Tom: "Situasi" (Bunkface)
- Mohd: "Usang" (Rahim Maarof)
- Adi dan Tam Spider: "No Woman No Cry" (Bob Marley) / "Rela Ku Pujuk" (Spider) / "Mentera Semerah Padi" (Spider dan M. Nasir)
- Persembahan khas dari Ayim, Mohd dan Adi: "Andai Ku Tahu", "Doa"
Juri: Audi Mok dan Faizal Tahir
- Markah
- Mohd: 41
- Adi: 31
- Ayim: 28
Sebagai pemenang malam ini, Mohd dan Ziana Zain menerima hadiah kamera Canon EOS 1000D.
- Markah terkumpul
- Mohd: 102
- Adi: 100
- Ayim: 98
Maka, Ayim dan Mus May tersingkir dari pertandingan.
Konsert Separuh Akhir[sunting | sunting sumber]
Separuh Akhir 1 (20 Jun 2010)[sunting | sunting sumber]
- Adi: "Mencintaimu" (Kris Dayanti)
- Ila dan Joe Flizzow: "Dua Dunia" (Too Phat feat. Siti Nurhaliza) + rap freestyle
- Mohd: "Pelesit Kota" (Search) / "Hukum Karma" (Kumpulan Wings, Malaysia)
- Nani dan Azmeer: "Hero" (Mariah Carey) (dengan lirik bahasa Melayu)
- Ila: "Halo" (Beyoncé)
- Adi dan Dayang Nurfaizah: "Dua Insan Bercinta" (Ella) / "Enter Sandman" (Metallica)
- Nani: "Langit Ketujuh" (Sharifah Zarina) / "Di Bawah Pohon Asmara" (Jaclyn Victor)
- Mohd dan Ziana Zain: "Maria Mariana" dan "Korban Cinta" (Ziana Zain)
- Persembahan Ila, Adi, Nani, Mohd – Tribut kepada Awie Wings: "Opera Hidup", "Sejati", "Permainan Duniawi"
Juri: Liza Hanim dan Ramli M.S.
Markah keseluruhan dibawa ke konsert seterusnya dan tidak diketahui kepada umum (selain undian juri awam di studio). Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai protege pilihan, Liza memilih Mohd manakala Ramli memilih Nani.
Separuh Akhir 2 (27 Jun 2010)[sunting | sunting sumber]
- Nani: "Setelah Aku Kau Miliki" (Shima) / "Fighter" (Christina Aguilera) / "It's Gonna Be Me" ('N Sync)
- Adi: "Inikah Cinta" (Akim) / "Tapi Bukan Aku" (Kerispatih)
- Ila: "Cinta di Akhir Garisan" (Nora, Ziana Zain, Ning Baizura, Dessy) / "Asmaradana" (Tiara Jacquelina)
- Mohd: "Kau Ilhamku" (Man Bai) / "Srikandi Cintaku" (Bloodshed) / "Ibu Kota Cinta" (Def-Gab-C)
- Persembahan Ila, Adi, Nani, Mohd - Tribut kepada Sheila Majid: "Opera Hidup" "Memori", "Antara Anyer dan Jakarta", "Warna"
Juri: Adnan Abu Hassan dan Dato' Sheila Majid
Sebelum keputusan diumumkan, Ally membuat pengumuman gempar bahawa pihak penerbit menentukan tiga peserta layak ke peringkat akhir nanti.
Markah:
- Nani: 55
- Adi: 44
- Ila: 42
- Mohd: 59
Maka, Ila dan Joe Flizzow tersingkir di peringkat ini.
Konsert Akhir[sunting | sunting sumber]
Minggu Akhir (4 Julai 2010)[sunting | sunting sumber]
Tiga protege – Nani, Adi dan Mohd – merebut kejuaraan Mentor 4 di Auditorium MBSA. Konsert akhir yang dilangsungkan selama 2 jam 15 minit bermula 9 malam ini dimulakan dengan persembahan istimewa dari protege-protege yang tersingkir sebelum ini, iaitu Chaq, Ayim dan Ila.
Setiap finalis dikehendaki membuat persembahan tiga kali; iaitu satu persembahan solo lagu popular, satu persembahan duet bersama artis mendendangkan lagu artis berkenaan, dan satu persembahan solo lagu baru nukilan komposer tempatan khas untuk acara ini. Juri undangan khas ialah Acis, Adibah Noor dan Sheikh Haikel.
Bahagian 1:
- Adi: "Kenangan Terindah" (Samsons) / "Sesuatu Janji" (Taufik Batisah)
- Nani dan Ramli Sarip: "Istilah Bercinta" / "Jikalau Berkasih"
- Mohd: "Cinta" (lagu baru ciptaan Aswandi)
Bahagian 2:
- Adi dan Aizat: "Hanya Kau Yang Mampu"
- Nani: "Terhenti di Tanda Koma" (lagu baru ciptaan Azmeer)
- Mohd: "Tragedi Oktober" (Awie) / "Itu Kamu" (Estranged)
Menerusi undian di laman web, dua peserta ujibakat ditampilan khsuus untuk konsert akhir ini, dan juri menentukan peserta mana yang membawa pulang hadiah istimewa.
- Saiful: "Pulangkan" (Misha Omar)
- Merah: "Langit & Bumi" (Search)
Ketiga-tiga juri memutuskan Merah sebagai pemenang yang membawa pulang hadiah tunai RM 1,000.
Bahagian 3:
- Adi: "Tafsirkan Cinta" (lagu baru ciptaan Omar K)
- Nani: "Suci dalam Debu" (Iklim) / "Livin' la Vida Loca" (Ricky Martin)
- Mohd dan Fiq: "3 Malam Tanpa Bintang" / "Bujang Senang"
- Persembahan Adi, Nani dan Mohd - Medley Ajai: "Hadirlah Kasih", "Airmata Kasih", "Aku Lebih Tahu", "Tak Mungkin Kerna Sayang", "Tuhan Tolong Nyatakanlah"
Keputusan muktamad:
- Mohd: 71 markah – hadiah RM 100,000 dan kontrak rakaman Monkey Bone Records
- Adi: 62 markah – hadiah RM 30,000
- Nani: 52 markah – hadiah RM 10,000
Dengan itu, Mohd, protege Ziana Zain dinobatkan sebagai juara Mentor musim keempat.
Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Ujibakat 'Mentor 4' Bermula!". mStar. 7 Februari 2010. Dicapai pada 13 April 2010.
- ^ Syarat-Syarat Kelayakan
- ^ "Mentor 4: Mas Idayu Kembali Mencari Protege". gua.com.my. 4 Februari 2010. Dicapai pada 13 April 2010.
- ^ "Uji Bakat". Mentor. Musim 4. Episod 1. 2010-04-11. Dicapai pada 13 April 2010.
- ^ Li Ee Kee (20 Mac 2010). "Ziana Zain Belum Lagi Nampak 'Wow Factor'". gua.com.my. Dicapai pada 13 April 2010.
- ^ Protege Profile Tahlia
- ^ Ziana gugur Talia Diarkibkan 2010-05-20 di Wayback Machine, Harian Metro, 17 Mac 2010.
- ^ a b Mentor 4 Tak Kering Gimik!, gua.com.my, 3 Mei 2010. Dicapai pada 4 Mei 2010.