Mentor Legend
Mentor Legend adalah merupakan sebuah program realiti TV terbitan Media Prima yang disiarkan di TV3. Program ini secara rasmi merupakan siri ketujuh bagi siri Mentor yang menggunakan tajuk sebagai Mentor Legend.[1] Format siri kali ini masih lagi mengekalkan format asal (musim 1 - musim 6) dimana barisan mentor kali ini adalah terdiri daripada bekas-bekas juara mentor selama enam musim. Rancangan ini mulai disiarkan pada 16 November 2014 setiap hari Ahad jam 9 malam hanya di TV3. Manakala siaran ulangannya pada hari Jumaat jam 12 tengah hari disaluran yang sama.
Mentor Legend | |
---|---|
Format | Televisyen realiti |
Pengacara | Awal Ashari Zuan Azmi |
Juri | Azmeer Adlin Aman Ramlie |
Lagu pembukaan | "Tunjuk Ajarku Sifu" |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 2 jam |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 16 November 2014 – 22 Februari 2015 |
Kronologi | |
Mengikuti | Mentor 6 |
Diikuti oleh | Mentor Milenia 2016 |
Format[sunting | sunting sumber]
Barisan mentor[sunting | sunting sumber]
Kesemua barisan mentor kali ini adalah bekas juara-juara Mentor musim lalu iaitu Zainal Abidin (musim 1), Amy Search (musim 2), Mas Idayu (musim 3) dan Ella (musim 6). Namun begitu, juara musim keempat, Ziana Zain dan juara musim kelima, Erra Fazira tidak dapat menyertai musim kali ini diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan maka tempat mereka telahpun digantikan dengan Ajai dan Dayang Nurfaizah dimana kedua mereka adalah bekas pemenang naib juara musim ketiga dan musim keempat.
Bagaimanapun secara rasminya musim ini adalah musim terakhir yang menggunakan format asal program ini sebelum diubah kepada format baharu setelah siri Mentor Milenia diperkenalkan pada tahun 2016.
Mentor Legend telah menamatkan penyiarannya pada 22 Februari 2015.
Format permarkahan[sunting | sunting sumber]
Format permarkahan adalah 50% daripada juri tetap, 30% daripada undian SMS penonton dan 20% daripada juri awam yang ada di studio.
Ujibakat[sunting | sunting sumber]
Protege & Mentor[sunting | sunting sumber]
- Umur protege dicatat sewaktu pertandingan berlangsung.
Kumpulan A[sunting | sunting sumber]
Protege | Umur | Asal | Mentor |
---|---|---|---|
Mohd Zulfahmi bin Esmail (Fahmie) | 26 | Shah Alam, Selangor | Ajai |
Maishara Fazny binti Mahadzir (Sarah) | 19 | Kuala Lumpur | Amy Search |
Mohd Farhan Zahi bin Mohd Zaini (Tuah) | 22 | Sungai Petani, Kedah | Mas Idayu |
Kumpulan B[sunting | sunting sumber]
Protege | Umur | Asal | Mentor |
---|---|---|---|
Nurul Aina binti Abdul Ghani (Aina) | 21 | Seremban, Negeri Sembilan | Ella |
Azmil bin Karim (Azmil) | 22 | Tawau, Sabah | Dayang Nurfaizah |
Farah Nadeera binti Zaini (Nadeera) | 21 | Mersing, Johor | Zainal Abidin |
Konsert Penentuan[sunting | sunting sumber]
Konsert Penentuan 1[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan: 23 November 2014
- Mentor: Ajai, Dayang Nurfaizah & Amy Search
Protege | Lagu | Mentor |
---|---|---|
Mal | "Dari Kekasih Kepada Kekasih" (Dato' Hattan) | Ajai |
Fahmie | "When I Was Your Man" (Bruno Mars) | |
Sandra | "Cinta dan Benci" (Geisha) | Dayang Nurfaizah |
Azmil | "Bukan Diriku" (Samsons) | |
Zelmi | "Hilang Naluri" (Once) | Amy Search |
Sarah | "Skyfall" (Adele) |
- Protege Pilihan Ajai: Fahmie
- Protege Pilihan Dayang: Azmil
- Protege Pilihan Amy Search: Zelmi
- Protege Yang Tersingkir : Mal, Sandra & Sarah
Konsert Penentuan 2[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan : 07 Disember 2014
- Mentor: Mas Idayu, Ella & Zainal Abidin
Protege | Lagu | Mentor |
---|---|---|
Firdaus | "Mungkir Bahagia" (Hazami) + "Selama Ku Bernafas" (Syam Kamarul) | Mas Idayu |
Tuah | "Luka Seribu Rindu" (Fotograf) | |
Aina | "Hurt" (Christina Aguilera) | Ella |
Putera | "Warisan Wanita Terakhir" (Teacher's Pet) | |
Wada | "Hijau" (Zainal Abidin) | Zainal Abidin |
Nadeera | "Jar Of Hearts" (Christina Perri) |
- Protege Pilihan Mas Idayu: Tuah
- Protege Pilihan Ella: Aina
- Protege Pilihan Zainal Abidin: Nadeera
- Protege Yang Tersingkir: Firdaus, Putera & Wada
Protege kepada Amy Search, iaitu Zelmi telah menarik diri daripada bertanding diatas sebab masalah kesihatan. Amy Search kemudian menggantikan tempat Zelmi dengan Sarah, iaitu protege yang tidak terpilih sebelum ini.
Konsert Battle : Solo & Duet[sunting | sunting sumber]
Bermula minggu ini, setiap protege dari kumpulan A dan B akan bertanding selama 3 minggu secara bergilir-gilir dimana mereka akan mengumpul markah dan undian dari juri awam dan penonton dirumah. Setiap minggu mereka akan membuat dua persembahan iaitu persembahan solo dan persembahan duet. Battle pertama mereka akan berduet dengan mentor masing-masing, battle kedua pula berduet dengan protege kumpulan lain dan manakala battle ketiga mereka akan berduet dengan artis jemputan masing-masing. Pada minggu battle ketiga, kesemua markah dari battle pertama sampai battle ketiga akan dicampurkan. Protege yang mendapat undian dan markah terendah akan disingkirkan di konsert battle ketiga dari setiap kumpulan.
Konsert Battle 1 (Kumpulan A)[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan : 14 Disember 2014
Solo
Protege | Lagu | Markah |
---|---|---|
Tuah | "Raikan Cinta" (Dato' M. Nasir) | 66% |
Sarah | "Chandelier" (Sia) | 70% |
Fahmie | "Relakan Jiwa" (Hazama) | 63% |
Duet
Protege | Mentor | Lagu |
---|---|---|
Tuah | Mas Idayu | "Gelombang" (Salamiah Hassan) + "Suatu Masa" (Dato' M. Nasir) |
Sarah | Amy Search | "Fantasia Bulan Madu" (Search) |
Fahmie | Ajai | "Cintakan Membawamu Kembali" (Dewa 19) |
- Juara Mingguan: Sarah
Konsert Battle 1 (Kumpulan B)[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan : 21 Disember 2014
Solo
Pelajar | Lagu | Markah |
---|---|---|
Nadeera | "Karena Ku Sanggup" (Agnez Mo) | 66% |
Azmil | "Seribu Tahun" (Imran Ajmain) | 50% |
Aina | "Sesal Separuh Nyawa" (Alyah) | 74% |
Duet
Protege | Mentor | Lagu |
---|---|---|
Nadeera | Zainal Abidin | "Don't Stop Believing" (Journey) |
Azmil | Dayang Nurfaizah | "Get Lucky" (Daft Punk) + "Happy" (Pharrell Wiliams) |
Aina | Ella | "A Woman's Worth" (Alicia Keys) |
- Juara Mingguan: Aina
Konsert Battle 2 (Kumpulan A)[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan: 04 Januari 2015
Solo
Protege | Lagu | Markah |
---|---|---|
Sarah | "Matahariku" (Agnez Mo) | 63% |
Fahmie | "Laguku Untukmu" (Meet Uncle Hussain) | 69% |
Tuah | "Gugurnya Bunga Cinta" (Laksamana) | 73% |
Duet
Protege | Protege | Lagu |
---|---|---|
Sarah | Azmil | "Meniti Titian Usang" (Search) |
Fahmie | Nadeera | "Hati Yang Tersakiti" (d'MORGEN) |
Tuah | Aina | "Secangkir Madu Merah" (Amelina & Sheeda) |
- Juara Mingguan: Tuah
Konsert Battle 2 (Kumpulan B)[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan: 11 Januari 2015
Solo
Protege | Lagu | Markah |
---|---|---|
Aina | "Beribu Sesalan" (3 Suara) | 68% |
Azmil | "Ku Akui" (Hafiz Suip) | 74% |
Nadeera | "Isn't She Lovely" (Stevie Wonder) | 62% |
Duet
Protege | Protege | Lagu |
---|---|---|
Aina | Sarah | "Halo" (Beyoncé Knowles) |
Azmil | Fahmie | "Sedang Ingin Bercinta" (Dewa 19) |
Nadeera | Tuah | "Khayalan" (Black Dog Bone) |
- Juara Mingguan: Azmil
Konsert Battle 3 (Kumpulan A)[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan: 25 Januari 2015
Solo
Protege | Lagu | Markah |
---|---|---|
Fahmie | "Ketulusan Hati" (Anuar Zain) | 70% |
Tuah | "Farhana" (Jinbara) | 62% |
Sarah | "Merisik Khabar" (Dato' Sudirman) | 73% |
Duet
Protege | Artis Duet | Lagu |
---|---|---|
Fahmie | Misha Omar | "Januari" (Glenn Fredly) |
Tuah | Adira | "Muara Hati" (Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza) + "Ombak Rindu" (Hafiz & Adira) |
Sarah | Jaclyn Victor | "Bang Bang" (Ariana Grande & Nicki Minaj) |
- Juara Mingguan: Sarah
- Tersingkir: Tuah
Dipenghujung rancangan, kesemua markah protege dari battle pertama sehingga battle ketiga diumumkan. Setelah kesemua markah dicampur, Sarah mendapat markah paling tinggi iaitu sebanyak 206%. Fahmie pula mendapat markah sebanyak 202%. Manakala Tuah mendapat markah paling rendah iaitu sebanyak 200% sekaligus Awal mengumumkan bahawa Tuah sebagai protege yang tersingkir pada minggu ini.
Konsert Battle 3 (Kumpulan B)[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan: 01 Februari 2015
Solo
Protege | Lagu | Markah |
---|---|---|
Azmil | "Kasih Tak Sampai" (Padi) | 82% |
Aina | "As Long As You Love Me" (Backstreet Boys) + "Problem" (Ariana Grande) | 56% |
Nadeera | "Rapuh" (Agnez Mo) | 72% |
Duet
Protege | Artis Duet | Lagu |
---|---|---|
Azmil | Azlan | "Kaulah Segalanya" (Ruth Sahanaya) |
Aina | Hazama | "Ghazal Untuk Rabiah" (Jamal Abdillah & M. Nasir) |
Nadeera | Hafiz Suip | "Aku dan Dirimu" (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari) |
- Pengacara Jemputan: AG Hot FM menggantikan Awal Ashaari
- Juara Mingguan: Azmil
- Tersingkir: Aina
Dipenghujung rancangan, kesemua markah protege diumumkan dan dicampurkan dari konsert battle pertama sehingga battle ketiga. Azmil mendapat markah tertinggi sebanyak 206%, Nadeera pula mendapat 199%. Manakala Aina mendapat markah paling rendah iaitu sebanyak 198%, dan secara automatik Aina diumumkan tersingkir pada minggu ini.
Namun, sejurus kemudian Awal mengumumkan bahawa kesemua protege yang telah tersingkir sebelum ini diserap semula ke pertandingan bagi merebut tempat ke konsert akhir.
Konsert Separuh Akhir : Medley[sunting | sunting sumber]
Kesemua markah protege kini menjadi kosong semula. Bermula pada konsert ini mereka harus mengumpul semula markah dan undian untuk melayakkan diri ke konsert akhir. Namun, dua konsert separuh akhir ini hanya markah juri awam diumumkan. Manakala markah keseluruhan protege tidak akan dipaparkan di skrin tv. Awal hanya akan mengumumkan senarai finalis yang layak ke konsert akhir pada penghujung konsert separuh akhir kedua nanti.
Separuh Akhir 1[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan : 08 Februari 2015
Protege | Lagu | Markah |
---|---|---|
Nadeera | "Sempurna" (Andra & The Backbone) + "Bring Me to Life" (Evanescence) | |
Tuah | "Romancinta" (Mojo) + "Love You Like A Hurricane" (Scorpions) | |
Aina | "Berhenti Berharap" (Sheila on 7) + "Fighter" (Christina Aguilera) | |
Fahmie | "I Surrender" (Celine Dion + "Tiada Lagi" (Mayangsari) | |
Sarah | "I'm Telling You I'm Not Going" (Jennifer Hudson) + "I Have Nothing" (Whitney Houston) + "Asmaradana" (Datin Sri Tiara Jacquelina) | |
Azmil | "Pupus" (Dewa 19) + "Sephia" (Sheila on 7) |
- Juri jemputan: Dato' Ramli M.S
- Juara Mingguan: Azmil
Separuh Akhir 2[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan : 15 Februari 2015
Protege | Lagu | Markah |
---|---|---|
Fahmie | "I Believe I Can Fly" (R. Kelly) + "Lelaki Ini" (Anuar Zain) | |
Aina | "Stay" (Rihanna) + "If I Were A Boy" (Beyoncé Knowles) | |
Azmil | "Sedang Apa dan Dimana" (Sammy Simorangkir) + "Inikah Cinta" (ME) | |
Nadeera | "Fatwa Pujangga" (Eddy Silitongga) + "Wrecking Ball" (Miley Cyrus) | |
Tuah | "Nuri" nyanyian Ella / "Permata Permotong Permata" nyanyian Ella / "Kemelut Di Muara Kasih" nyanyian Ziana Zain |
|
Sarah | "Single Ladies" nyanyian Beyoncé Knowles / "Love On Top" nyanyian Beyoncé Knowles / "Tunggu Sekejap" nyanyian P. Ramlee |
- Juri Jemputan: Dato' Ramli M.S.
- Juara Mingguan: Sarah
- Tersingkir: Fahmie, Nadeera & Tuah.
Konsert Akhir : Grand Finale[sunting | sunting sumber]
Minggu Akhir[sunting | sunting sumber]
- Tarikh Disiarkan : 22 Februari 2015
Duet bersama Mentor
Protege | Mentor | Lagu |
---|---|---|
Aina | Ella | "Layar Impian" (Ella) |
Azmil | Dayang Nurfaizah | "Aku Jatuh Cinta" (Broery Marantika) + "Menceceh Bujang Lapok" (P. Ramlee, Aziz Satar & S. Shamsuddin) |
Sarah | Amy Search | "Isabella" + "Pawana" (Search) |
Solo
Protege | Lagu | Markah |
---|---|---|
Aina | "Menghitung Hari" + "Mencintaimu" (Krisdayanti) | 68% |
Azmil | "Mentera Semerah Padi" (M. Nasir & Tam Spider) | 86% |
Sarah | "Dangerously In Love" (Beyoncé Knowles) + "Tanpa Kekasihku" (Agnez Mo) | 61% |
Duet bersama Artis jemputan
Protege | Artis Duet | Lagu |
---|---|---|
Aina | Mila Jirin | "Fallin" (Alicia Keys) |
Azmil | Alif Satar | "Al Jannah" (Mawi) |
Sarah | Atilia Haron | "Ikut Rentakku" (Jaclyn Victor) + "Mercy" (Duffy) |
- Juri Jemputan: Cakra Khan
- Juara: Azmil
- Naib Juara: Aina
- Tempat Ketiga: Sarah
Kedudukan markah[sunting | sunting sumber]
Konsert Battle[sunting | sunting sumber]
- Kumpulan A
Ked. | Battle Mingguan | ||||
---|---|---|---|---|---|
Protege | Battle 1 | Battle 2 | Battle 3 | Jumlah | |
1. | Sarah | 70% | 63% | 73% | 206% |
2. | Fahmie | 63% | 69% | 70% | 202% |
3. | Tuah | 66% | 73% | 62% | 200% |
- Kumpulan B
Ked. | Battle Mingguan | ||||
---|---|---|---|---|---|
Protege | Battle 1 | Battle 2 | Battle 3 | Jumlah | |
1. | Azmil | 50% | 74% | 82% | 206% |
2. | Nadeera | 66% | 62% | 71% | 199% |
3. | Aina | 74% | 68% | 56% | 198% |
Konsert Separuh Akhir[sunting | sunting sumber]
Ked. | Battle Mingguan | |||
---|---|---|---|---|
Protege | Separuh Akhir 1 | Separuh Akhir 2 | Jumlah | |
1. | Azmil | 19% | 16% | 35% |
2. | Aina | 17% | 19% | 53% |
3. | Sarah | 18% | 19% | 37% |
4. | Fahmie | 15% | 16% | 31% |
5. | Nadeera | 19% | 19% | 38% |
6. | Tuah | 15% | 18% | 33% |
Konsert Akhir[sunting | sunting sumber]
Ked. | Persembahan Akhir | |||||
---|---|---|---|---|---|---|
Protege | Juri Awam | Juri Tetap | Undian SMS | Jumlah | ||
1. | Azmil | 20% | 50% | 16% | 86% | |
2. | Aina | 17% | 44% | 7% | 68% | |
3. | Sarah | 17% | 37% | 7% | 61% |
Hadiah[sunting | sunting sumber]
Kedudukan | Pemenang | Hadiah |
---|---|---|
Juara | Azmil | RM300,000.00 Trofi Sebuah Proton Iriz Baucar Zalora bernilai RM10,000.00 Set TV |
Naib Juara | Aina | RM200,000.00 Trofi |
Tempat Ketiga | Sarah | RM100,000.00 Trofi |
Trivia[sunting | sunting sumber]
Tuah diumumkan tersingkir selepas tiga pusingan battle Kumpulan A diadakan dan manakala Aina Abdul telah tersingkir di pusingan ketiga battle Kumpulan B. Bagaimanapun mereka diserap semula untuk bertanding di konsert Separuh Akhir 1 bagi merebut tempat bersama empat lagi protege mara ke konsert final. Namun hanya Aina Abdul yang mara ke konsert akhir bersama Azmil dan Sarah. Manakala Fahmie, Tuah dan Nadeera tersingkir di konsert separuh akhir kedua.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Salbiah Said (17 Februari 2015). TV3's Mentor Legend, springboard to stardom Bernama. Dicapai pada 26 Disember 2015.