Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nine Phyne Ballerz
KelahiranMeor Zulkarnain Bin Mohd Zamhuri
(1982-09-09) 9 September 1982 (umur 37)
Middlesex Hospital, Westminster, London
Pusat pendidikanUniversiti Malaya
Kampung asalKedah

Meor Zulkarnain bin Mohd Zamhuri atau juga dikenali sebagai Nine merupakan penyanyi bagi kumpulan Phyne Ballerz, iaitu satu kumpulan penyanyi di Malaysia.[1] Dilahirkan pada tahun 1982. Mengangotai kumpulan Phyne Ballerz sejak tahun 1999.

Phyne Ballerz akhirnya berpisah akhir tahun 2004. Febuary 2005 KRU membuat kumpulan duo baru dinamakan Billy Zulkarnain. Ahlinya adalah Nine dan bekas kumpulan Phyne Ballez iaitu Sheikh Ahmad Rabily bin Sheikh Abdul Rahman atau dikenali sebagai Billy. Hits lagu mereka adalah Hati Terluka, Kembali Lagi dan Talian Terputus.Pada akhir 2005 album Billy Zulkarnain tidak berjaya lalu bertahan hanya setahun sahaja.

Pada 26 Mei 2006 Nine menyertai pertanding uji bakat menyanyi realiti 8TV One In A Million Season 1 (OIAM)

Pada Ogos 2007, Nine adalah ahli kumpulan Malaysia Ruffedge.

Setelah kian lama menghilang, kini Nine muncul kembali dengan album berjudul 'Selamanya Hilang'. Nine kini berada di bawah pengurusan Angsana Music. Nine menghilangkan diri sejak tahun 2009 sebab Phyne Ballerz tidak begitu aktif lagi dan dia sendiri dah kahwin serta sibuk dengan kerja.

Nine telah mendirikan rumah tangga dan memiliki dua orang anak. Nine berkahwin pada tahun 2008.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.