Merawan jangkang
| Merawan jangkang | |
|---|---|
| Biji benih Merawan jangkang | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Eudikot |
| Klad: | Rosid |
| Order: | Malvales |
| Keluarga: | Dipterocarpaceae |
| Genus: | Hopea |
| Spesies: | H. nervosa |
| Nama binomial | |
| Hopea nervosa King. | |
Merawan jangkang (Hopea nervosa) merupakan spesies tumbuhan yang berkeluarga Dipterocarpaceae genus Hopea.[2][3]
Ia dikenali juga sebagai merawan penak dan cengal rawan di Pahang, selangan jangkang di Sabah serta luis jangkang di Sarawak.
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Merawan jangkang boleh tumbuh sehingga 45 m (148 ka). Ciri-ciri lapangan fizikal seperti berikut:[4]
- Daun: berbentuk bulat (ovat), hingga eliptik-oblong. daunnya nipis berkulit.
- Bunga: bentuknya kecil dengan petal berwarna keunguan serta hujung kepucatan.
- Biji benih: bersayap panjang sebanyak 5 hingga 2 sahaja.
- Batang pokok: batangnya licin bentuknya bulat silinder. Banirnya kadangkala berjangkang serta berakar jangkang.
Taburan
[sunting | sunting sumber]Taburan pokok merawan jangkang hanya di Semenanjung Malaysia, Borneo dan Kalimantan sahaja.[2]
Bagi kawasan Semenanjung Malaysia dengan menurut buku Malaysia Red List: Plants of Peninsular Malaysia Volume 1, Part 1 dan Kaum Dipterokarpa Negeri Pahang, merawan jangkang boleh ditemui di Kedah, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor dan Johor. Di negeri Pahang, pokok ini boleh ditemui di Kuantan dan Rompin. Manakala di Malaysia Timur, merawan jangkang boleh ditemui di Sabah dan Sarawak.[3][4]
Merawan jangkang hidup di kawasan kaki bukit di ketinggian 300 meter (kawasan lembah) sehinggalah 600 meter.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Chua, L.S.L.; Cicuzza, D.; Ganesan, S.K.; Hamidi, A.; Rachmat, H.H.; Julia, S.; Khoo, E.; Kusuma, Y.W.C.K.; Kusumadewi, Y.; Ling, C.Y.; Maycock, C.R.; Randi, A.; Robiansyah, I.; Strijk, J.S.; Tsen, S.; Bodos, V.; Nilus, R.; Sugau, J.; Pereira, J.T. (2023). "Hopea nervosa". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2023: e.T31762A68070521. doi:10.2305/IUCN.UK.2023-1.RLTS.T31762A68070521.en. Dicapai pada 23 Januari 2026.
- 1 2 "Hopea nervosa King". mybis.gov.my. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai pada 23 Januari 2026.
- 1 2 Malaysia Red List: Plants of Peninsular Malaysia. 1 (ed. 1). Kepong: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). 2021. ISBN 978-967-2149-91-0.
- 1 2 3 Kamaruzaman, Haji Mohd Paiz; Yunus, Norhaidi; Abdul Jalil, Abdul Rahman; Mohd, Mohd Nasir (2011). Kaum Dipterokarpa Negeri Pahang. Kuantan, Pahang: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP). ISBN 978-983-41623-1-3.