Pergi ke kandungan

Merbuk gurun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Merbuk gurun
Merbuk gurun ekor runcing
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Klad: Columbimorphae
Order: Pterocliformes
Huxley, 1868
Keluarga: Pteroclidae
Bonaparte, 1831
Genus
Sinonim
  • Peringkat order
    • Pteroclidiformes
    • Pterocleiformes
  • Peringkat keluarga
    • Pteroclididae
    • Pterocleidae

Merbuk gurun atau katah ialah nama umum bagi enam belas spesies burung dalam keluarga Pteroclidae, sebahagian daripada order Pterocliformes.[1] Ia secara tradisi dimasukkan dalam dua genus. Dua spesies dari Asia tengah dikelaskan dalam Syrrhaptes, empat belas spesies lain dari Afrika dan Asia pula berada dalam genus Pterocles. Ia sejenis burung yang hidup di tanah, di daerah luas tak berpohon, seperti dataran, savana dan separa gurun. Ia tersebar di utara, selatan dan timur Afrika, Madagaskar, Timur Tengah, dan India merentasi Asia tengah.[2]

Nama "katah" atau "qatah" dijejak daripada perkataan قَطَاة qaṭāh dalam bahasa Arab.[3]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama order Pterocliformes dan nama keluarga Pteroclidae burung ini dijejak daripada genus Pterocles; nama genus ini dijejak kepada kata-kata bahasa Yunani πτερόν pteron "sayap" dan -κλης -klēs "cantik".[4]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Sunan Ibnu Majah mencatatkan bahawa Jabir bin Abdullah meriwayatkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. mengenai kebaikan membina masjid walaupun masjid tersebut agak kecil sehingga disamakan kepada kecilnya sarang burung ini:[5]

مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
"Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung katah atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga."

  1. Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2025). "Turacos, bustards, cuckoos, mesites, sandgrouse". IOC World Bird List Version 15.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 24 May 2025.
  2. "Pteroclididae". www.gbif.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-02-22.
  3. Lihat:
  4. Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, England, UK: Christopher Helm. m/s. 322. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  5. Hadis no. 738, buku ke-4 Kitāb al-Masājid wal-Jamā`ah

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]