Meriam Penggawa
Penampilan
Meriam Penggawa merupakan sebuah meriam lama Selangor. Nama asal meriam ini adalah Petoi Boga yang bermaksud Puteri Putih. Meriam Penggawa telah dijumpai di makam bekas Sultan Selangor, di tebing Sungai Buluh, 12 km ke selatan Kuala Selangor pada 23 September, 1966.