Pergi ke kandungan

Meriam V-3

Hochdruckpumpe
("pam bertekanan tinggi")[1]
Prototaip meriam V-3 di Laatzig, Jerman (sekarang Poland) pada tahun 1942.
JenisArtileri
Tempat asalJerman Nazi
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1944 – 1945
Digunakan olehJerman Nazi
PerangPerang Dunia II
Sejarah pengeluaran
PengeluarKrupp[2]
Spesifikasi
Panjang130 m (430 ka)[3]

KelongsongPeluru meriam 140 kilogram (310 lb)
KaliberKaliber 150 milimeter (5.9 in)
Ketinggiantetap
Rentastetap
Kadar tembakan300 peluru sejam (projected)
Halaju muncung1,500 metres per saat (4,900 ft/s)
Jarak tembakan maksimum165 km
Sisa-sisa V-3 di Zalesie berhampiran Misdroy, Pulau Wolin, Poland (2008)

V-3 (Jerman: Vergeltungswaffe 3, "Senjata Pembalasan 3") adalah sebuah meriam besar Jerman dalam Perang Dunia II yang beroperasi pada prinsip berbilang-cas dimana cas pendorong sekunder dilepaskan untuk menambah halaju pada projektil.

Senjata ini dirancang penggunaannya untuk mengebom London dari dua bunker besar di wilayah Pas-de-Calais utara Perancis, tetapi ia tidak dapat digunakan kerana di bom pihak Bersekutu sebelum siap dibina. Dua meriam serupa digunakan untuk mengebom Luxembourg dari Disember 1944 hingga Februari 1945.

Meriam V-3 juga dikenali sebagai Hochdruckpumpe ("Pam Bertekanan Tinggi," singkatan HDP), adalah nama kod yang bertujuan untuk menyembunyikan maksud sebenar projek itu. Ia juga dikenali sebagai Fleißiges Lieschen ("Busy Lizzie").[4]

Meriam itu menggunakan cas pelbagai propelan yang dipasang sepanjang laras meriam dan tepat waktunya untuk menyalakan api sebaik saja projektil melintasinya untuk memberikan dorongan tambahan. Penggalak (booster) roket bahan api pepejal digunakan sebagai ganti cas letupan kerana kesesuaian mereka yang lebih besar dan mudah digunakan. Ia disusun dalam pasangan simetri disepanjang laras meriam, bersudut menaik untuk melepaskan bedilannya pada pangkal projektil sewaktu ia dilintasi. Susunan ini melahirkan nama kod Jerman Tausendfüßler ("lipan"). Laras dan kebuk sampingan direka sebagai bahagian yang sama untuk mempermudahkan hasil dan membolehkan bahagian yang rosak digantikan. Keseluruhan meriam akan menggunakan pelbagai bahagian tersebut yang digerakkan bersama. Meriam laras licin (smoothbore) membedil peluru bersirip stabil yang bergantung pada tenaga aerodinamik dan bukannya tenaga giroskopik untuk mencegah jatuh kebawah (berbeza dari senjata rifel konvensional yang menyebabkan projektil berputar); ini menghasilkan pekali seret yang lebih rendah.[5]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Rujukan dan nota

[sunting | sunting sumber]

Nota

Citations

  1. ↑ Thompson, Peter (1999). The V-3 Pump Gun. London: ISO Publications.
  2. ↑ Henshall 1985, halaman 61
  3. ↑ "Fortress de Mimoyecques". theotherside.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-28. Dicapai pada 24 December 2007. (bottom of page)
  4. ↑ "The V3 weapon system (HDP), "High pressure pump" or "Centipede"". Current museum specials & news. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-22. Dicapai pada 24 December 2007. (bottom of page)
  5. ↑ "V-3". www.astronautix.com. Astronautix. Dicapai pada 11 June 2008.

Bibliografi

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan V-3 cannons di Wikimedia Commons
  • Diagram of Mimoyecques site
  • Various photos

50°51′15″U 1°45′30″T / 50.85417°U 1.75833°T / 50.85417; 1.75833