Meriam batang kelapa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Meriam batang kelapa atau dalam bahasa Jawa, meriam gelugu, adalah sejenis mercun buatan sendiri yang popular semasa musim perayaan Hari Raya di Malaysia suatu masa dahulu. Tradisi meriam kelapa itu dikatakan berasal dari Jawa dan popular di kawasan sekitar Sabak Bernam, Selangor. Seperti juga mercun letupan yang lain, meriam batang kelapa diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan 1957; ironinya, semakin ramai kanak-kanak Melayu beralih kepada meriam batang kelapa yang lebih berbahaya sebagai alternatif kepada mercun komersial yang diharamkan oleh kerajaan.

Bagaimana ia berfungsi[sunting | sunting sumber]

Sesebuah meriam batang kelapa biasanya dibuat dengan menggunakan batang pokok kelapa yang telah ditebang dan dibelah menjadi dua dan kemudian dibahagian tengahnya akan dikorek seperti lubang. Kemudian, kedua-dua batang kelapa itu dicantum semula dan diikat dengan kuat menggunakan buluh yang lembut atau tali tebal.

Satu lubang pencucuh akan ditebuk pada pangkal batang kelapa dan campuran kalsium karbida dan air dimasukkan. Tindak balas kimia yang terhasil daripada campuran kalsium karbida dan air di dalam batang kelapa akan menghasilkan asetilena, gas yang mudah meletup. Gas asetilena akan meletup apabila didedahkan kepada api. Letupan tersebut boleh mengakibatkan kecederaan teruk jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati.

Minyak tanah juga digunakan sebagai bahan api. Kurang daripada secawan (lebih kurang 200 ml) minyak tanah panas dibubuh di dalam lubang kecil pada meriam buluh. Sebatang kayu kecil digunakan untuk membakar wap yang terhasil dan seterusnya menghasilkan letupan meriam. Seterusnya udara segar dibiarkan masuk ke lubang kecil itu dan meriam dibakar lagi. Sedikit latihan diperlukan bagi menghasilkan letupan yang paling kuat.


Bahaya bermain meriam batang kelapa[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana batang kelapa yang digunakan telah dibelah dan diikat semula dengan menggunakan buluh yang lembut atau tali tebal, ia tidak bahagian yang lemah. Dengan itu tidak terdapat jaminan batang kelapa yang digunakan mampu bertahan dengan letupan yang terhasil, maka ia mampu pecah berderai. Ini menjadikan ia tidak dapat dijangka. Letupan inilah yang merbahaya kerana batang kelapa yang berderai akan terpercik, tak termasuk bahanapi yang mungkin akan terpercik dan menyebabkan kelecuran dan kecacatan kekal pada muka dan anggota badan akibat letupan tadi.

Selain itu terdapat bahaya dari 'sisa toksik' kabaid yang berasid dan mampu menipiskan kulit yang terdedah dan juga wapnya mengancam paru-paru sekiranya di hidu untuk tempoh yang lama. Selain itu terdapat bahaya melecur terkena api lampu kabaid, dan juga bahaya ketika berlaku letupan terlewat. Bahaya letupan lewat berlaku apabila pemain cuba memeriksa meriam yang tidak meletup selepas dicucuh, dan meriam meletup ketika mereka sedang melihat ke dalam meriam.

Langkah pencegahan[sunting | sunting sumber]

Sesetengah orang akan membalut meriam batang kelapa tadi ketat-ketat dengan tiub basikal. Ini dilakukan pada tiga atau empat tempat penting. Antaranya adalah di bahagian muncung, tengah dan pangkal. Selain itu, untuk mengukuhkan lagi balutan itu, buluh itu akan di ikat pula dengan beberapa kali lilitan dawai kasar.

Kesannya, apabila batang kelapa mulai lemah, ia akan remuk sendiri akibat dari kesan menjerut tiub basikal itu sebelum ia sempat meletup keluar. Sekiranya ia meletup sekali pun, kebiasaannya batang kelapa akan meremuk terus kerana jerutan tiub basikal tadi. Dawai itu pula akan menghalang tiub basikal dari meregang banyak sangat dan menghembur serpihan orang sekeliling.

Bagaimanapun ini tidak mengurangkan bahaya melecur terkena api lampu kabaid.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]