Meriam gerak sendiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Meriam gerak sendiri AS-90 British adalah contoh moden sebuah meriam gerak sendiri berunut.
SPG tidak semestinya berunut atau berperisai: howitzer CAESAR, dibina berasaskan casis trak 6×6.

Meriam gerak sendiri (self-propelled gun atau SPG) ialah sejenis kenderaan artileri gerak sendiri, dan dalam penggunaan moden biasanya digunakan untuk merujuk kepada kelengkapan artileri seperti howitzer.

Meriam gerak sendiri dipasang atas casis bermotor roda atau berunut (disebabkan ini ia kadangkala dilihat serupa dengan kereta kebal). Dengan itu meriam ini boleh dioperasi dengan kuasa sendiri berbanding dengan meriam tunda yang bergantung pada sesuatu kenderaan atau cara lain untuk dipindahkan ke medan tempur. Meriam gerak sendiri adalah senjata sokongan tempur; ia bergerak bersama unit-unit sokongan tempur yang berjuang untuk menyokong, atau diserap ke, unit tempur utama: infantri dan armor (kereta kebal). Meriam gerak sendiri sangat bagus dalam menyediakan tembakan tidak langsung tetapi boleh memberikan tembakan langsung apabila diperlukan. Ia mungkin berperisai, yang mana ia dianggap sebuah kenderaan tempur berperisai (AFV). Biasanya, meriam gerak sendiri kurang berperisai dan mungkin tidak mempunyai turet dan tugasnya adalah berbeza dari kereta kebal.

Kelebihan taktikal terbesar dalam ciri meriam artileri ialah tahap mobiliti yang lebih tinggi berbanding dengan artileri yang ditarik. Bukan saja penting untuk menawarkan kekuatan tentera yang lebih fleksibiliti, tetapi ia penting untuk mengelak serangan dari (tembakan balas meriam) musuh dengan membenarkan meriam untuk menukar kedudukan segera selepas menembak satu atau lebih tembakan serentak dan sebelum kedudukan mereka boleh dikesan (taktik "tembak-dan-lari"). Kelebihan kedua dalam ciri – walaupun mudah – meriam berperisai ialah tawaran menambah perlindungan bagi krew meriam.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]