Merican Sutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Merican bin Sutan atau 'Uncle Mac' (JMN, PMP, SMK, PJK lahir 25 Mac 1918 di Alor Star-11 Disember 1991). Beliau merupakan Mantan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau telah berkahwin dengan Hasnah binti Abdullah dan mempunyai 6 orang anak. Beliau adalah ayah kepada Tan Sri Hassan Marican, bekas Presiden Petronas.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Merican bin Sutan berkhidmat dalam polis pada 4 Mei 1939 sebagai Sub-Inspektor Kadet. Beliau adalah anak Melayu yang pertama menjadi Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur selepas negara mencapai kemerdekaan, beliau memegang jawatan pada 25 November 1957 hingga 24 November 1959.

Beliau menjadi Ketua Polis Negeri di Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.Pada 1956 sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan, beliau ditugaskan mengiring HRH Putera Philip ketika melawat Kelantan.

Beliau menghadiri beberapa kursus di dalam dan diluar negeri termasuk di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

VAT 69[sunting | sunting sumber]

Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail Abdul Rahman mengarahkan Dato' Merican Sutan menubuhkan pasukan elit polis yang kini dikenali sebagai VAT 69 pada tahun 1969. Merican Sutan meminta bantuan daripada SAS dari United Kingdom dan New Zealand untuk melatih anggota-anggota VAT 69 ini.[1]

Akhirnya VAT 69 berupaya menhapuskan ancaman komunis. Sumber-sumber makanan (food dump) pengganas komunis yang ditanam di dalam tanah di hutan Semenanjung Malaysia berjaya ditemui dan dimusnahkan.

Kebangkitan semula komunis[sunting | sunting sumber]

Tahun 70an adalah tahun-tahun krbangkitan semula komunis. Komunis turun dari persembunyian mereka di sempadan Malaysia-Thailand dan melakukan hura hara di Raub-Jerantut, Ipoh-Tanjung Rambutan dan sampai ke Kuala Lumpur. Komunis berjaya membunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahman Hashim di Kuala Lumpur pada tahun 1974 semasa beliau dalam perjalanan ke pejabatnya. Oleh itu, Tun Hanif Omar naik sebagai Ketua Polis Negara termuda di dalam sejarah negara pada umur 34 tahun. PKM juga berjaya menembak mati Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Chong Kong di Ipoh pada tahun 1975. Tugu Negara di Tasik Perdana berjaya diletupkan pada 1975. Selepas itu VAT 69 bersama Angkatan Tentera Malaysia melancarkan Operasi Gonzales bagi memburu saki-baki komunis. Antara lokasi utama ialah Sadao, selatan Thailand.

Rujukan[sunting | sunting sumber]