Meristem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Model Tunica-Corpus bagi meristem apeks. Lapisan epidermis (L1) dan subepidermis (L2) pada lapisan luar ialah tunika. Lapisan L3 dalaman ialah korpus. Sel-sel L1 dan L2 membahagi ke sisi lalu membentuk lapisan berbeza sementara sel-sel L3 membahagi dalam gaya yang lebih rawak.

Tisu meristem ialah sejenis tisu biologi pada tumbuhan. Meristem merangkumi sel-sel tak khusus (sel meristem) yang mampu mengalami mitosis (pembahagian sel). Sel-sel meristem berupaya menjadi apa-apa jenis sel atau tisu khusus pada tumbuhan (pembezaan/pengkhususan). Sel-sel ini terus membahagi sehingga mengalami pembezaan, ketika sel-sel hilang keupayaan pembahagian.

Pembahagian sel meristem memberi sel-sel bahari bagi perkembangan dan pengkususan tisu, serta membentuk organ-organ baharu yang memberi bentuk kepada tumbuhan. Sel-sel meristem adalah kecil, dengan tiada atau sedikit vakuol, dan protoplasma yang memenuhi sel. Plastid (kloroplas atau kromoplas) tidak dibeza, tetapi wujud dalam bentuk asas (proplastid). Sel meristem juga terhimpit antara satu sama lain tanpa ruang di antara sel-sel. Dinding sel meristem adalah jenis primer yang nipis.

Tisu meristem ada tiga jenis: apeks (di hujung), basal (di tengah) dan lateral (di sisi). Di puncak meristem, ada sekumpulan kecil sel yang membahagi secara perlahan-lahan yang biasanya dipanggil sebagai zon pusat. Sel-sel pada zon ini memiliki keupayaan sel tunjang dan penting dalam penyelenggaraan meristem. Kadar pertumbuhan di puncak meristem lazimnya banyak berbeza dengan meristem sisi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Meristem di Wikimedia Commons