Merpati hias
Merpati hias adalah merujuk kepada kepelbagaian baka yang dibiakkan berdasarkan baka burung Pergam Batu (Columba livia). Ia dibiakkan oleh peminat burung merpati untuk menghasilkan kepelbagaian ciri-ciri yang diinginkan seperti saiz, bentuk, warna and kelakuan.[1] Pembiak baka merpati hias biasanya mempamerkan burung-burung mereka di pertandingan atau pesta burung merpati selain pameran binatang ternakan.[2]
Terdapat lebih daripada 300 jenis baka merpati hias terdapat di seluruh dunia pada masa sekarang.
Pameran merpati
[sunting | sunting sumber]Pembiak merpati hias dari pelbagai negara mempamerkan burung-burung mereka di peringkat daerah, negeri dan negara dan bertanding antara satu sama lain bagi merebut hadiah.[1] Sebuah pameran biasa di Australia mempunyai beratus-ratus merpati yang dipertandingkan dan menawarkan hadiah bagi pemenang.[3]
Beberapa peminat telah mengadakan pameran hanya untuk merpati hias sahaja; salah satunya yang diadakan pada setiap tahun di Blackpool, England yang dianjurkan oleh Persatuan Merpati Pos Diraja telah dikunjungi oleh 25,000 orang pengunjung. Sejumlah £80,000 keuntungan yang diperolehi dari pameran ini telah didermakan kepada pertubuhan kebajikan.[4]
Pameran terbesar diadakan di Nuremberg, Jerman yang mana menjadi lokasi bagi Pameran Merpati Kebangsaan Jerman. Sejumlah lebih daripada 33,500 ekor merpati telah dipamerkan pada tahun 2006.[5]
Merpati hias dari baka terkenal
[sunting | sunting sumber]Sistem penggelasan ini diterima pakai berdasarkan buku standard The Australian Fancy Pigeons.[6] Di mana pertimbangan diberikan kepada buku standard baru UK yang mana berdasarkan sistem kumpulan Jerman dan Eropah. Versi ini sedikit berbeza dari sistem kumpulan Eropah here Diarkibkan 2008-05-14 di Wayback Machine.
Bulu dan suara (baka Asia)
[sunting | sunting sumber]
- Ekor kipas atau merpati merak
- Merpati bulu balik
- Merpati Ais
- Jacobin
- Lahore
- Trumpeter
Warna
[sunting | sunting sumber]
Kebanyakan jenis ini berasal dari Jerman. Kepelbagaian jenis berdasarkan pemilihan warna dan tanda.
Bulu balik dan burung hantu
[sunting | sunting sumber]
Perkataan "Frill" atau "ropol" di sini merujuk akan ciri ropol yang terdapat pada bahagian dada merpati. Merpati di dalam kumpulan ini juga memiliki paruh pendek.
Merpati Homer dan Ayam betina
[sunting | sunting sumber]Merpati Homing
[sunting | sunting sumber]
Kumpulan ini mengumpulkan baka-baka yang asalnya dibiakkan kerana keupayaan untuk pulang ke sarang. Ia termasuk jenis pameran merpati lumba.
Merpati ayam
[sunting | sunting sumber]Merpati dalam kumpulan ini dikelaskan sebagai merpati ayam betina di sebabkan bentuk ekornya yang menyerupai ayam betina.
Pouter dan Cropper
[sunting | sunting sumber]
Kumpulan ini terdiri dari baka-baka yang dibiakkan kerana kemampuannya untuk mengembungkan temboloknya.
- Pouter Reversewing
- Pouter Inggeris
- Pouter Pomerania
- Pouter Brunner
- Pouter Gaditano
- Cropper Holle
- Cropper Norwich
- Pouter Pigmy
- Pouter
- Cropper Perissai Voorburg
Tumbler pameran
[sunting | sunting sumber]
Asalnya anggota di dalam kumpulan ini adalah baka-baka tumbler tetapi kini diperbaiki bagi digunakan untuk tujuan pameran atau kecantikan.
Tumbler dan Highflier
[sunting | sunting sumber]
Kumpulan ini memiliki dua kegunaan di sebabkan keupayaan aerobatik atau kesukanan dan juga digunakan dalam pertandingan lumba.
Daging
[sunting | sunting sumber]
Termasuk baka-baka asalnya yang dibangunkan untuk pengeluaran dagingnya (squab).
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Merpati hias |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Levi, Wendell (1977). The Pigeon. Sumter, South Carolina: Levi Publishing Co, Inc. ISBN 0853900132.
- ^ Blechman, Andrew (2007). Pigeons-The fascinating saga of the world's most revered and reviled bird. St Lucia, Queensland: University of Queensland Press. ISBN 9780702236419.
- ^ "Bird lovers flock to pigeon show" (Web article). Wauchope Gazette. Dicapai pada 2008-05-22.
- ^ "Fanciers flock to fund foundation". Bebden Bridge Times. Diarkibkan daripada yang asal (Web article) pada 2008-07-04. Dicapai pada 2008-05-24.
- ^ Child, Brad (2007). ""Pigeon Pals Tour" Part II". Purebred Pigeon (March/April 2007). m/s. 71, 72..
- ^ Seymour, Rev. Colin (Ed)(2006) Australian Fancy Pigeons National Book of Standards.