Meshaal Tamo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Meshaal Tamo (53 tahun) merupakan pemimpin pembangkang etnik Kurdis yang mati dibunuh di Syria pada hari Jumaat, 7 Oktober 2011.Beliau merupakan pemimpin Parti Masa Depan Kurdish.

Tamo, 53, ditembak mati oleh empat lelaki bersenjata manakala anak lelakinya cedera dalam satu serangan di kediamannya di utara Syria. Jurucakap Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria menyatakan jenazah dibawa keluar dari hospital dan dikebumikan di bandar Qamishli. Penyerang menggunakan kereta berwarna hitam dam melepaskan tembakan ke arah keretanya.

Seramai 2900 telah terbunuh semenjak rusuhan di Syria.Delegasi dari Venezuela dan Cuba cuba berunding dengan Presiden Assad bagi menyelesaikan tuntutan dan pertikaian.[1]

Perhimpunan semasa pengkebumian[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Oktober 2011, seramai 50,000 penunjuk perasaan anti-rejim Presiden Bashar al-Assad berhimpun dan menyatakan rasa tidak puas hati.Pasukan keselamatan Syria terpaksa melepaskan tembakan bagi menyuraikan tunjuk peraaan. Empat terbunuh apabila pasukan keselamatan Syria melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan ketika upacara pengkebumian Tamo di bandar Qamishli.[2] [3]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

  • Catherine Ashton jurucakap Kesatuan Eropah mengecam pembunuhan itu. Tamo menjadi sasaran pembunuhan tidak boleh diterima langsung. Di Beirut, aktivis berhmpun di luat Kedutaan Syria mendesak Assad berundur.
  • Di Vienna, seramai 11 orang ditahan kerana cuba mengambil alih Kedutaan Syria dan bersorak di balkoni.
  • Di London , polis menangkap tujuk penunjuk perasaan Kurdis yang berhimpun di luar Kedutaan Syria dan mengibarkan bendera Kurdis di bumbung kedutaan.
  • Syria menutup pintu sempadan ke Turki di Nusaybin dan melarang rakyat Turki memasuki Syria.Nusaybin terletak kira-kira beberapa kilometer dari Qamishli, yang ditadbir oleh Gabenor Murat Girgin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]