Mesin maya Java

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mesin Maya Java)
Jump to navigation Jump to search

Mesin maya Java (bahasa inggeris: Java virtual machine) atau singkatannya JVM ialah sebuah mesin maya yang membolehkan sesebuah komputer menjalankan atur-atur cara Java atau atur-atur cara yang ditulis dalam bahasa-bahasa lain yang turut dikompilkan kepada kod bait Java. JVM mempunyai spesifikasi yang memperincikan secara formal apa yang perlu ada pada sesebuah pelaksanaan JVM.

Pelaksanaan rujukan bagi JVM dibangunkan oleh projek OpenJDK sebagai sebuah projek bersumber terbuka dan dilengkapi dengan pengkompil JIT bergelar HotSpot. Keluaran-keluaran Java yang disokong secara komersial oleh Oracle Corporation adalah berdasarkan kepada masa jalanan OpenJDK.